Jade Dragon Snow Mountain (JDSM)


Assalamualaikum


Day 4 - 18/8/2024, Ahad


Today is D-day! 

Kami akan naik gunung, Jade Dragon Snow Mountain (JDSM)


Hari ini kami akan menghabiskan masa satu hari untuk ke Jade Dragon Snow Mountain (JDSM) yang juga dikenali sebagai Yulong Snow Mountain bagi masyarakat lokal di sini.

 Jaraknya dari Old Town Lijiang lebih kurang 30km.


Okey sebenarnya aku nak ke Yunnan semata nak pergi sini je,
sebab utamanya adalah aku nak salji. Hehe.

Last main salji masa pergi Gunung Xueshan dulu la kat Taiwan tu pon 5 tahun dulu sebelum pkp. hahaa

Sebab tu, masa dok prepare iti, aku memang list-kan JDSM ni sebagai must go walaupun agak kopak jugak la bajet, sebab nak ke sini je dah makan belanja besar. Tapi pi sini pun main redah jer, salah timing, sekali xde salji! hahaaa.. siap pakej hujan & kabus skali. sedih betul rasa! sadis!

So kalau korang nak datang sini nak musim snow kena datang hujung tahun atau awal tahun ye!


Walaupun tak de salji kita enjoy je la the journey ok! uhukkkk2


Sebelum naik dorang akan bekalkan jacket & tong oksigen 


Tiket kami beli siap-siap dengan agen dari Malaysia. Dia akan bagi qr code so nanti scan je kat sini. Sebabnya kami datang ni musim peak holiday. Selalu tiket dia memang ada kuota dalam sehari. 

Daripada tak dapat tiket kalau walk in, kami beli siap-siap dulu. So tak de la kalut-kalut. Kami beli dari Cuti Yunnan kat Tiktok. Dia dah termasuk transport pergi balik ke hotel, makan tengahari & Impression Lijiang. Total tiket kami RM490 per pax. 


Glacier Park

Di JDSM, kita boleh memilih 3 tempat / viewing point menggunakan 3 cable car berlainan iaitu Glacier Park (ketinggian 4680 meter), Yak Meadow (3700 meter) dan Spruce Meadow (3240 meter). Hanya Glacier Park sahaja yang akan membawa kita ke puncak bersalji.



Jade Dragon Mountain terdiri daripada
13 puncak dengan puncak tertinggi 5,596 meter.


beratur nak naik cable car



View kabus je la sepanjang perjalanan... sekabus hati sis! ehhh




Gunung ni lagi tinggi dari Gunung Kinabalu. Disebabkan kita akan naik cable car keatas, so disarankan ambil ubat untuk elak acute mountain sickness, AMS sebelum naik and bawak oxygen tank.


Gunung Kinabalu - 4,095 m

Jade Dragon Snow Mountain - 4,506 m


Mintak nyawa! hahaaa


Lagenda berkata, JDSM dan Haba Snow Mountain (salah satu gunung salji lain yang ada kat sini) merupakan adik-beradik kembar yang teramat berani. Satu masa tu diorang pun bergaduh dengan orang jahat sebab nak mempertahankan Gold Sand River (tempat diorang tinggal). 

Si Haba mati terbunuh, si Yulong ni pun terus-terusan menentang si golongan jahat ni dengan 13 bilah pedang yang ada. Lama kelamaan, Yulong dan Haba ni pun bertukar menjadi gunung salji (pelik kan) erkk. 13 bilah pedang tu pulak jadi 13 puncak tu. Arakian, begitulah hikayat dan legenda gunung salji ni.


Haa, ada lagi satu. Gunung salji ni jugak dulunya jadi tempat pasangan kekasih mengorbankan nyawa diorang atas nama cinta, mengelak daripada perkahwinan yang diatur, dan jugak lari sistem etika feudal. Kiranya, simbolik kepada cinta la. 

So, bagi sesiapa yang rasa cinta terhalang tu sila laa bertandang ke gunung salji ni ye. Siam dan Lombok tu dah biasa sangat. Nak rare, meh buktikan cinta kat China pulak. Amacam? hahaaa.. 

Nanti dekat impression Lijiang pun akan ada penceritaan kisah ni.

Okey tamat penceritaan sejarah JDSM.






Kat sini aku dah rasa macam mual-mual dah.. 
Mabuk kepayang ke mabuk cinta ni?? ehh




Sampai je kat atas dengan ketinggian 4,576 meter, aku dah mula rasa pening. Ni antara symptom Acute Mountain Sickness (AMS) iaitu bila kita pergi ke kawasan yang lebih tinggi, oxygen makin kurang, then kita akan rasa pening dan loya. 

Walaupun kitaorang dah tonggang sebotol ubat sebelum naik ni aku still rasa macam semput. Dada ketat. Sebabnya aku masih belum recover sepenuhnya dari Influenza. Masih batuk lagi skit2. ermmmm... double sedih lah aku! uhukk


Bila dah rasa pening macam ni, dinasihatkan agar duduk kejap, sedut oxygen yang kita bawa, minum air kosong dan bertenang. So take note utk yg nak pergi sendiri tanpa tour guide, jgn lupe beli portable oxygen tank tu kt Lijiang area. Banyak tmpt ade jual, kat pharmacy or kat kedai runcit. Bila pening dah ok sikit and dah stable, barulah teruskan perjalanan. 


Jangan paksa diri, tunggu badan betul2 boleh adapt dengan tekanan udara kt tmpt tinggi dulu. 


So cukuplah pendakian aku takat ni jer! Walaupun beberapa meter jer lagi nak sampai puncak tu.. uhukk... Tak pernah aku mengalah macam ni sepanjang aku jadi hikers tegar tau! hahaaa.. Sebab aku tak sihat jer ni.

Ke sebenarnya aku kena ripit trip ni tapi musim snow pulek?? ehh.... hahaaa


So aku wish goodluck la kat Fuzah & Abi untuk sampai ke puncak chenta, ehh puncak JDSM. Dorang memang sahabat aku yang kental! hahaaa


Aku pun turun semula ke bawah ditemani adik-adik ni. Dah macam kembar plak dorg ni. hahaa


Ever tried and ever failed? 

As long as you feel the pain, you're still alive. ... Don't ever lose hope. ...


Sesiapa yang berjaya sampai ke puncak tu boleh beli medal ni. 

Aishhhh, benci lah macam ni! hahaaa


Siap boleh engrave nama tuh! And ade tarikh! ermmm sedih sis xde medal! uhukkkk


Tu ha kalau sesiapa yang berjaya sampai puncak 4680m tu boleh dapatkan medal kemenangan korang ok!


Next kami nak ke blue moon lake. 

Shuttle bus ke Blue Moon Valley kat dalam bangunan yang sama dengan shuttle bus ke JDSM, cuma lorong yang berlainan.

Perjalanan dalam 20-25 minit.


lunch nasi goreng cina. sedap!


Blue Moon Valley di Yulong National Park Lijiang. Sungai membiru berlatar belakangkan puncak Yulong Mountain.



Hujan dengan percikan air terjun lagi.. memang lenjun semata nak bergambar kat sini! hahaa




Blue Moon Valley

Mudah sahaja untuk ke Blue Moon Valley. Semua bas yang turun menuju ke terminal akan melalui Blue Moon Valley ini, bas akan berhenti sekejap di bus stop, sesiapa yang mahu singgah boleh turun. 

Bayaran di sini adalah termasuk dalam pembelian tiket cable car tadi. Macam pakej la. Kami akan berehat santai di sini. View di sini memang terbaik. Air tasik yang mebiru, lembah yang menyaksikan landskap JDSM dalam keadaan paling cantik. 








Sungai berwarna biru kehijauan yang wujud dari salji cair Jade Dragon Snow Mountain (JDSM). Bila cuaca cerah, anda dapat lihat refleksi landskap sekeliling yang sempurna pada permukaan air kebiruan dan melihat air mengalir melalui batu berteres yang berbentuk bulan sabit dan menjadi asbab ia dipanggil Blue Moon Valley.





Last sekali menonton pertunjukan budaya di Impression Lijiang. Berbaloi menonton pertunjukan tentang kisah hidup dan struggle suku kaum tempatan Naxi arahan sutradara terkenal China - Zhang Yimou. Pertunjukan di buat di pentas terbuka berlatar belakangkan Jade Mountain.


Memang gah persemebahan ini yang melibatkan 400 artis. Dikhabarkan persembahan ini diadakan setiap hari, tak kira panas, hujan atau salji.
Lazimnya setiap hari ada 2 persembahan. Tetapi pada musim panas persembahan akan diadakan sehingga 4 kali bagi memberi kesempatan kepada pengunjung Jade Mountain menyaksikannya.





To be continued.......


Previous post :




Comments

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Tibet Traditional Outfit

Jumaat Di Kota Mekah

Catch flights not feelings!

Paintball

Kunming to Shangri-la (Dukezong)

Balagezong, Shangri-La Grand Canyon

Shangri-La to Lijiang