Kunming to Shangri-la (Dukezong)
15 Ogos 2024, Rabu, 9.30pm
Kunming Changshui International Airport
Perjalanan dari KLIA menuju ke Kunming mengambil masa lebih kurang 4 jam. Flight kami pukul 9.30 malam & sampai di Kunming pada pukul 1.30 pagi. Harga tiket haritu kami dapat dalam RM1,022.39 return Air Asia.
ada fossil dinosour kat sini!
Dari airport menuju ke Kunming Railway Station dalam setengah jam jer naik Didi. Tambang lebih kurang 110yuan.
Masa ni kami sampai dalam pukul 2.30 pagi. Stesen pun tak buka lagi. Ramai-ramai pun bersidai la kat tepi pintu tu. Gate buka dalam pukul 6.00 pagi. Kami ambil train yang paling awal untuk ke Shangrila iaitu pada pukul 7.54 pagi.
Tiber ada fans ajak bergambar plak! hahaa... sis layan je la.
Dorang macam excited pulak nampak orang muslim yang bertudung.
Untuk beli tiket train korang boleh beli di apps Trip.com 2 minggu sebelum date nak pergi. Masa mula tu aku search Shangri-La memang tak jumpa. Pastu aku cuba google Shangri-La dalam bahasa Cina. Rupanya Xianggelila. Kalau tak sampai ke sudah tak jumpa stesen mana la Shangri-La ni. hahaaa
Harga tiket RM142.67 one way. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam setengah.
Memang dah lama betul tak jadi backpackers kental macam ni! hahaaa
Standby siap-siap kat pintu gate high speed train
Train station dia memang besar & ramai betul manusia.
Tips untuk ke China :
Kat sini semua pakai cashless. Korang kena download siap-siap Alipay, Weechat & kalau nak book teksi dorang pakai DIDI. Kat apps touch & go e-wallet kita boleh tukar setting ikut negara mana yang kita pergi.
Pembelian semua guna qr pay. So pastikan korang kena ada internet. Macam aku haritu aku pakai roaming Maxis jer. Ambil pakej 15 day RM99 unlimited data.
Kat sini jugak kalau google maps tak function sangat. So kena pakai Apple Maps.
How to kill a time!
Dah boleh start balik my journaling about travel. Kunming ke Shangri-la berjarak lebih kurang 630KM. Keretapi bergerak dengan kelajuan malar 160 KM/H di atas landasan yang dibina tinggi di atas jejantas melalui berpuluh jambatan & terowong.
Sebenarnya keretapi ni mendaki dari 1,800 meter dpl di Kunming & 3,200 meter dpl di Shangri-la.
Breakfast with view! Sedap jugak buah bidara ni rangup! Kat atas train ni macam-macam makanan jugak dia ada jual. Nak masak maggi pun boleh sebab ada air panas.
View bukit bukau memang nice sepanjang perjalanan!
Boleh nampak ada dua jambatan merentasi dua gunung! Jade Dragon Snow Mountain & Haba Snow Mountain. Di bawah inilah terletaknya 'Tiger Leaping Gorge'
Bila sampai jer dah boleh feels vibes Tibet kat sini.
Kami dah deal dengan orang hotel untuk pick up di stesen Xianggelila
Finally sampai jugak kat hotel kami! Fuhhh
Kena naik tangga tingkat 3 gais! hahaa
Lawa macam konsep muji. Lantai kayu dia siap ada heater xde la sejuk kaki malam-malam bila nak pijak lantai. Time ni suhu memang sejuk gler dengan hujan renyai-renyai.
Terus la bukak segala stok makanan. Kebulur sudah! hahaaa
Kami stay di Shangrila Fanxi Boutique Inn 2 mlm RM617.52. Hotel ni memang terletak dalam DUKEZONG ANCIENT TOWN.
Dengan ketinggian lebih 3,200 meter di atas paras laut, ia adalah salah satu bandar purba tertinggi di dunia.
Kami just standby cash sikit je la dalam 300 yuan in case of emergency. Kadang kalau dekat atas gunung tu line tak berapa nak ada nak buat payment online. Nasib baik la ada cash sikit.
Petang tu sis memang dah barai teruk sebab altitude tinggi bikin hidung sis meleleh & batuk2.. Nak kena acclimatize dulu dengan suhu yang sejuk.
Dorang berdua tu merayap kat pekan Dukezong sampai malam. Sis tido jer dalam bilik recharge energy.. hahaa.. First time ni travel masa tak sihat.
Dengan sejarah lebih daripada 1,300 tahun daripada Tang, Ming & Qing Dynasti, Bandar Lama Dukezong menjadi tempat pertukaran budaya antara orang Tibet di kawasan bersalji dan kumpulan etnik di Yunnan.
Ia juga dikaitkan untuk perdagangan ekonomi di wilayah Sichuan-Tibet-Yunnan dan merupakan hab Tea Horse Road.
Sebutan Tibet bagi nama "Dokezong" mempunyai dua makna, satu ialah "istana yang dibina di atas batu" dan satu lagi ialah "kota cahaya bulan".
To be continued.......
Previous post :
Comments
Post a Comment
In a nutshell, Thanks for your comment!