Taman Tasik Perdana KL


Assalamualaikum


Hai gais! 

Kali ni sis nak bawa korang joging kat lokasi yang cantik kat tengah KL ni! Sebenarnya ni training sebelum sis pergi ke Xueshan haritu. Sekarang baru nak update kat blog! hahaa


Taman Tasik Perdana atau Lake Gardens ni terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Tasik ini terletak di sebelah kiri Jalan Mahameru menuju ke bangunan Parlimen Malaysia. 

Nama Tasik Perdana dipilih kerana berhampiran dengan kediaman bekas Perdana Menteri Malaysia ke-2, Allahyarham Tun Abdul Razak.


Kini ia lebih dikenali sebagai 'Taman Botani Perdana' iaitu sebuah taman awam yang besar di Kuala Lumpur. 

Taman Botani Perdana merangkumi kawasan 226 ekar (91.6 hektar). Ia diurus oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, dan merupakan sebahagian daripada Taman Warisan Tun Abdul Razak.


Terjumpa arnab kat celah-celah bunga ni! Wallaweh!

main sorok-sorok ye!


OMG too cute too handle bunny! Gemok & Gebu gebas! hahaa


Aduhhh comel sangat la rabbit nih! Rasa nak culik bela kat umah!


Baik nau senyap je dia tak de nak menggelupur macam aku peluk kucing! hahaa..Tapi sis seram tengok kuku dia tu tajam betul! Kalau kena cakar ni mati aku! hahaa

Ok la babai rabbit, sis nak pergi jogging ni! Bulu-bulu rabbit pun habis melekat & bertebaran kat baju aku! hahaa


Taman Tasik Kuala Lumpur mula-mula diasaskan pada tahun 1888. Ia hasil cadangan The Kuala Lumpur Lake Gardens date back to 1888, apabila Bendahari Negeri Selangor, Alfred Venning, yang mencadangkan sebuah taman botani diasaskan di kawasan tadahan Sungai Bras Bras. 


Cadangan ini telah mendapat sokongan dari Residen British Frank Swettenham, dan peruntukan pun dialihkan untuk tujuan ini.


Tujuan taman cadangan Venning adalah serupa dengan pembentukan Taman Botani Singapura dan Taman Botani Pulau Pinang, iaitu sebuah taman rekreasi yang juga dapat memainkan peranan untuk menyelidiki tumbuhan tropika untuk potensi ekonomi.


Pada 13hb Mei, 1889, taman yang dicadangkan ini pun dibuka. Pada mulanya, ia dipanggil Public Gardens (Taman Awam) sebelum ditukar namanya kepada Lake Gardens (Taman Tasik). Pembukaan taman ini telah dirasmikan oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat, Sir Cecil Clementi Smith. 

Pada masa itu, kediaman rasmi Residen British juga berada di dalam taman ini. Bangunan itu hari ini dikenali sebagai Carcosa Seri Negara. Setahun setelah taman ini diasaskan, Venning telah menubuhkan sebuah kelab sosial bernama Lake Club, dan menempatkannya dalam taman ini. Pada masa itu, Lake Club hanya dibuka kepada Orang Eropah sahaja.


Tasik ini merupakan sebuah bekas lombong bijih timah pada zaman penjajahan British. Ketika itu lombong ini diusahakan pelombong bijih timah menggunakan lombong palung. Setelah jumlah bijih timah berkurangan, lombong ini tinggal terbiar dan dimajukan sebagai sebuah tasik rekreasi.


Canopy at the Main Square


Cantik kan ruang legar berbumbung ni! Sangat unik design dia!




Barai jugak weh 2 round lari! hahaaa



Testing Huawei P20 Pro mate portrait mode.



u jump, i jump!


Panorama





Di dalam Taman Botani Perdana Kuala Lumpur juga ada Taman Rusa dan ia adalah PERCUMA.





Kawasan sekitarnya dijaga dengan rapi dengan menanam pelbagai spesis pokok hiasan. Trek joging, kerusi rehat, Panggung Anniversari, gelanggang permainan dan lain-lain ada disediakan di sini.





Setengah hari pun mungkin tak cukup untuk menghabiskan masa di sini kerana selain kawasannya yang luas, anda mungkin mahu bersantai lebih lama kerana suasananya yang damai dan jauh dari hiruk pikuk kota.



Tu ha rusa tengah bersantai!


Ada rumah kartun kat sini & juga kedai souvenier.



In a nutshell, kalau anda ingin menikmati keindahan alam bersama rakan-rakan atau keluarga, atau ingin melakukan aktiviti sukan riadah, datanglah ke sini!




Comments

  1. Dekat taman tasik perdana ni boleh berkelah tak

    ReplyDelete
  2. Kak sini ade tmpat simpan barang tak? Macam locker?

    ReplyDelete
  3. Stesen LRT/MRT/Monorel/KTM paling dekat ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. KL sentral ataupun Masjid Jamek. Lepas tu maybe kena naik grab sebab kalau nak jln kaki agak jauh

      Delete
    2. Ada stesen mrt muzium negara. Dekat je, walking distance

      Delete
  4. Kereta park kt mana ye? dlm ke luar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat luar. Dekat dengan balai polis kat tepi-tepi jalan & pintu masuk taman. Nak parking berbayar pun ada juga basement dekat luar juga.

      Delete
  5. Ada kena bayaran apa apa ke.. btw kalau pada waktu nii buka ke taman tuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. masuk free jer mcm pergi taman rekreasi. Rasa buka jer sbb ada nmpk kwn yang pergi jogging kat sana

      Delete
  6. kalau naik grab , nk turun kt manee eh location tuk tmpt ni ?

    ReplyDelete
  7. macam mana nak naik buggy hijau yang duk pusing dalam tu

    ReplyDelete
  8. Respect and I have a dandy offer you: House Renovation What To Do First house remodel before and after

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS