Taiwan day 2 : Shei Pa National Park




Assalamualaikum


10 Mac 2019, Ahad, 7.00 am

Taipei - Shei Pa National Park



Today is D-day! Adrenaline rush guys! haha

LOVE


Pagi ni kita akan bergerak dari bandar Taipei ke Shei Pa National Park.


Untuk ke gunung Xueshan, kami menaiki bas menuju ke Shei-Pa National Park dan seterusnya ke Wuling Farm.


Comel jer bas ni! 


Macam-macam gaya tidur ada! Gaya bebas terbabas! Mimpi macam dah sampai kat puncak Xueshan tu.. hahaa.. Terok sangat mengantuk tuh! 


Perjalanan memang terasa amat jauh melalui kawasan pergunungan. Lebih kurang 5 jam. Dah seploh kali tidur bangun tidur pun tak sampai-sampai. hahaa.. 

Just enjoy the view guys!



Singgah sebentar untuk membeli kudap-kudapan!



Shopping beli ape tu abam cok?? Kacang vabi ke limau vabi? #eatinghalal hahaa


Pemandangan gunung ganang yang kami lalui saat menuju ke Wuling Farm


Jalan dia memang berpusing-pusing tau! Pening. Perut aku dah bergelodak dengan amat kencang! Rasa nak muntah dah ni. hahaa


Limau ni bikin mabuk teruk & perut aku contraction! macam hareee... 


Team gadis-gadis! Fuzah, Nadz, Abi, Zana


Lepak jap kat 'Wuling Farm' sebab Kicok nak uruskan permit pendakian kami di pejabat renjer.


Taichung Wuling Farm, anda boleh merasai suasana kehidupan di ladang,  pemandangan luar biasa di pergunungan, air terjun, pepohon, buah-buahan seperti pear, pic dan epal, sayur-sayuran dan teh. 

Posing kat bas dulu! :p


Wuling Farm adalah kawasan rekreasi yang sangat luas. Terdiri dari berbagai tanaman yang tumbuh dan mekar disini. Terdapat beberapa buah hotel juga disini, namun tidak banyak restoran. Di sini juga adalah pintu masuk untuk mendaki ke beberapa buah gunung.


Wuling ini terdapat berbagai macam bunga dan pepohonan yang tumbuh secara bergantian sesuai dengan musimnya. Jadi setiap 2-3 bulan sekali, jenis bunga yang mekar akan berbeza. 

Disini juga terdapat Cherry Blossoms (Bunga Sakura) yang akan mekar di bulan Mac - April. Terdapat juga bunga Lavender yang akan mekar di bulan Oktober. 


Ni la guide kami aka abam idola, Kicok!


Wuling Farm, 3-1 Wuling Road, Pingdeng Li, Heping District, Taichung City, Taiwan



Angkut bag dari van. Dah rasa macam nak patah bahu ohoii!

Training nak jadi malim gunung ke tu? haha



Peta menuju ke puncak Xueshan 3886m.


Setting bag dulu



Wuling Ridge. Boleh nampak banyak puncak dari view point ni. 


Gunung Salji atau Xueshan mungkin jarang kedengaran dan didaki oleh pendaki dari Malaysia. Gunung ini terletak di Shei-Pa National Park, Bandar Taichung, Taiwan. 

Gunung Salji ini turut dikenali sebagai Gunung Xueshan atau Gunung Syue dengan ketinggian 3,886 meter dari paras laut (mdpl). Xueshan adalah gunung kedua tertinggi di Taiwan selepas Yushan 3,952 meter. 


Kasi stretching dulu. Acara pemanas badan. Padahal sejuk giler kat sini dah terasa menggigil weh! hahaa


Lead oleh abam Ironman, Arip!


Last briefing & bacaan doa. Moga pendakian kami selamat semuanya! Amin


Line up trip ni adalah seramai 16 orang pendaki iaitu aku, Fuzah, Abi, Arif, Kamloi, Kamilan, Momo, Faizal, Bird, Zana, Amir, Azlee, Baba, Yus dan Atai. Trip ini diketuai oleh Kichok dari ‘Get Lost Asia’. Kichok adalah seorang guide yang sangat berpengalaman luas dan amat mahir dalam pendakian di Kawasan bersalji dan ini adalah kali ke 10 beliau mendaki gunung ini. 

Padu beb!



Team Latepackers! Rupanya dorang semua ni Alumni UIAM. Bagus betul mereka ni walaupun dah lama habis study, tapi dorang punya persahabatan kekal utuh! Geng hiking sejak zaman universiti sampai lah sekarang. Sis kagum! #respect

Aku punya alumni UPNM krik2 jer... hahaa.. Lepas habis belajar semua pun meneruskan kehidupan masing-masing. Ramai yang dah kawen beranak pinak dan berjaya dalam karier especially 'civillian students'. Sis bangga tapi memang dah ramai yang lost contact. huhuu


Last group photo dengan pelancong dari Taiwan! Semua pun dah tazabarr tu nak start mendaki! hehee



Angkat sauh! Xueshan kami datang! yuhuuuu


Mountain is calling & i must go! :)


Aku join trip ni dengan 'Get Lost Asia'. Korang boleh usha dorang punya official page kat FB & IG. Ada banyak trip yang rare especially kalau korang nak try hiking & mountaineering on another level! Sebab dorang ni lebih fokus kepada Alpine Technical climbing & Ice Climbing. Guide nya Abam kacak lagi padu, Khafiz Al-Kicok! Boleh kalau nak contact beliau kat 'hotline' ni 016-7157912

#donepromote hahaa

Pakej ground pendakian Xueshan ni, 410usd bersamaan lebih kurang RM1700++. Termasuk penginapan di Taipei dan gunung, guide dan permit, group equipment, makanan sepanjang trekking, insurance & t-shirt.




Tepat pukul 12.40 tengahari, kami memulakan pendakian dari pintu masuk Taman Hutan Wuling ke kabin Cika pada ketinggian 2,400 mdpl yang mengambil masa selama 2 jam. 


Suasana perjalanan agak nyaman dengan udara segar tetapi sudah terasa kedi­nginan dan kadangkala hujan sepanjang jalan.


Trek awal-awal ni banyak layan tangga. Walaupun tak berapa curam tapi boleh tahan semput juga. hahaaa


Masih boleh bertahan!


Sis tak kuad dah ni! :p


Tido lu seploh saat!


Di awal pendakian, jalur 'zigzag' agak landai sekitar dua kilometer menuju ke Cika Cabin.


Harini trekking santai-santai je sambil sepak daun. Dalam 2 jam jer. So chill la walaupon beg berat namati! hahaa.. Laju-laju nak pergi mana bossku??


Beg yang perlu dipikul agak besar dan berat, lagaknya seperti malim gunung! Ini kerana para pendaki harus membawa sendiri peralatan tidur, peralatan mendaki, bahan makanan untuk memasak dan pelbagai lagi barang keperluan tanpa ada bantuan porter.


Sebab apa kami tak ambil porter? Sebabnya bayaran untuk porter lebih kurang RM2k++ untuk 4 hari 3 malam. Terlalu mahal bagi kami. Kos penginapan dan makanan pun memang mahal kat Taiwan ni. 

Porter kat Nepal pun lagi murah untuk trip yang 2 minggu. hahaa.. Biasa kat Taiwan ni memang jarang orang upah porter sebab kos bayaran yang tinggi dan porter pun tak ramai. So memang kena hangkut sendiri la beg! hehee


 Boleh dikatakan setiap se­orang daripada kami masing-masing memikul beg galas seberat 20-30 kilogram! Fuhh.. Betul-betul mencabar fizikal dan, mental agak sedikit koyak bila bawa beg berat ni! hehee


Take 5 dulu! Rasa macam mahu patah pinggang! hahaa


Keluarkan baju & seluar hujan masing-masing! Macam semakin lebat jer hujan ni! 

Aduhhh





Into the forest....


Pewai bersepai dah ni! hahaa


Colourful raincoat! hahaa... Dah macam teletubbies jer :p


Finally sampai di Cika Cabin lebih kurang pukul 3.00 petang!


Keadaan di luar kabin yang berkabus mendung awan berarak kelabu...


Terdapat dua kabin di laluan menuju ke puncak Xueshan. Kabin Cika, yang pertama, berada pada paras 2.0 kilometer (1.2 batu). Yang kedua, Kabin 369 , terletak pada tanda 6.9 kilometer (4.3 batu). Puncak Xueshan adalah pada paras 10.9 kilometer (6.8 batu). 

Kedua kabin ini mempunyai kemudahan yang sangat asas seperti katil bunker, iaitu berupa pangkin panjang dua tingkat dan tandas. Terdapat juga kawasan memasak disetiap Kabin dan merokok adalah dilarang.


Macam dorm di asrama. Cika Cabin boleh memuatkan sekitar 156 orang pendaki dalam satu masa.



Orang-orang ke nih?? hahaa


Misty forrest!



Rugi betul dulu masa kat uni main-main jer masa kelas bahasa cina. Sapa yang paham? Translate please! hahaa



Is there wifi in here, because i feel we have a strong connection! 

Kelajuan internet 2k. hahaa :p



FYI, tiada liputan internet kat sini ye sebenarnya... hahaa.. Siapa yang buat roaming tu boleh la kot dapat line. So 4 hari terputus hubungan dari dunia luar! :p



Keadaan di dalam kabin yang riuh dengan pak cik bawang... Ehhh.. 


Abam-abam idola sedang bertungkus lumus memasak di dapur!



Teatime!

Suhu kat sini melepasi paras beku 0. Sejuk dia tak boleh bawak bincang weh! hahaa.. Dah pakai baju sejuk 3-4 helai pun macam tak function! Fuhh.. Macam mana la nak tidur malam nanti, sure bergetar tulang rusuk! ehh


Makan petang! Maggi sup! Memang dah tahap kebulur ni memasing! hahaa


Ulat ke kat periuk tu?? hahaa... Sumber protein katanya... ehh


Sesi ice breaking! Kita tengok siapa yang kena! hahaaa.. 


Masing-masing memperkenalkan diri. Rupanya yang join trip ni semua otai-otai! Fuhhh, bukan biasa-biasa weh! Pengalaman mendaki dorang pun bukan calang-calang. 

Kebanyakannya yang join trip ni adalah guide yang hebat dan berpengalaman luas di arena pergunungan seperti Kicok, Baba Trekker, Azlee, Amir dlln. So next time, dorang boleh bawa group dorang pula untuk naik gunung ni.


Banyak tips-tips yang berguna disampaikan oleh Kicok dan abam-abam otai yang berkongsi pengalaman sepanjang sesi perkenalan. 


Apa yang menarik perhatian aku untuk mendaki Gunung Salji ni adalah kerana pengalaman untuk belajar mengenai ‘Basic Alphine Climbing’. 

Kami bermalam di Kabin Cika sambil mempersiap diri dengan pelbagai peralatan mendaki gunung ais yang kebanyakan terlalu baru bagi kami seperti kasut berpaku atau crampon, kapak ais, carabiner, trekking pole, harness, helmet, gaiter, tali dan sebagainya.


Next,kami belajar cara-cara nak pakai crampon. Susah juga sebenarnya sebab kena setting dulu ikut saiz tapak kasut. Jangan terlalu ketat atau longgar. Biar sedang-sedang jer ikut keselesaan.


Yeahhh i'm ready gaiss! Tazabarrr dah ni nak panjat ais! hahaaa... Sis teruja! :p

Belit jangan tak belit! Kalau tak ikat betul2 nanti senang tercabut masa trekking

Geng kapak!
Pro in action!

Ni kalau sekali hentak memang bersepai! haha.. Scary betul tengok paku tajam kat kasut tu. Kalau terpijak kasut member, mau hilang kaki jap lagi! kah kahh


Jom layan video dulu :


Selepas sesi sual kenal antara satu sama lain, Kichok mengajar kami cara-cara menggunakan dan memakai semua peralatan mendaki selain diberi taklimat mengenai pendakian untuk keesokan harinya.


Lepas dah habis sesi tutorial & briefing, time for dinner gais! Menu malam ni, nasi putih dengan daging salai masak lemak cili api gais! Tempe crispy & sayur mayur. Memang padu ditambah dengan kepedasan sambal hitam! Memang terangkat beb! 

Lepas tu masing-masing mula mencari toilet! hahaaa... Cerita pasal toilet, ermmm nanti la aku share di episode akan datang! 

So stay tuned gais!



To be continued.....



Previous Post :





Comments

  1. bro kicok nie suka tgk channel utube dia sbb very informative and structured penerangannyer

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup sebab dia mmg banyak pengalaman & idola pergunungan.. hehehh

      Delete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS