Jalan-jalan Melbourne, Australia!



Assalamualaikum...


Hai gaisss, kali ni sis nak share tempat-tempat yang menarik yang korang boleh explore di Melbourne.


Lets check it out!



Melbourne salah satu destinasi melancong yang sangat menarik untuk semua lapisan masyarakat. Lagipun dekat gak kat Malaysia ni so takdelah jetlag sangat kalau nak ke sana. So aku nak cadangkan korang cara nak book tiket secara oline. Boleh tengok link ni :

book qatar airways flight ticket online.

Cara dia sebenarnya senang je tapi aku akan citer kemudian pasal tu. Sekarang ni aku nak share dengan korang apa yang ada kat Melbourne tu dan aktiviti yang korang boleh buat kat sana.

Syurga shopping souvenir di Melbourne terletak di Queen Victoria Market. Orang tempatan gelarkan tempat ni sebagai “Queen Vic” atau “Vic Market”. Korang boleh bayangkan Queen Vic ni lebih kurang macam Pasar Seni KL.

Barang yang dijual pun hampir sama contohnya macam lukisan, barangan seni, pinggan mangkuk dan sebagainya. Pastu, apa yang lebih interesting lagi, Queen Vic ni dah dibahagikan kepada beberapa bahagian tertentu seperti Fruit & Vegetables, Meat, Poultry & Seafood, Gourmet & Deli Foods.


Ini senangkan korang untuk cari barang-barang yang diingini, tambahan pula banyak juga kafe-kafe yang dibuka kalau korang nak lepak-lepak selepas penat berjalan kan. Selain itu, kalau korang jenis yang suka lepak dan enjoy tengok persembahan jalanan, hampir setiap minggu akan ada persembahan seni dan kebudayaan. Queen Vic ni dibuka setiap hari kecuali hari Isnin dan Rabu.


Route yang korang wajib pergi kalau dah sampai Melbourne ialah Great Ocean Road atau lebih dikenali sebagai GOR. Tempat ni dikenali antara world’s most scenic coastal drive. Korang akan lalu beberapa tempat menarik terutamanya pantai-pantai yang terkenal di sepanjang GOR ni. Di antaranya adalah Bell Beach yang terkenal sebagai tempat kegiatan meluncur air (surfing) dan yang specialnya korang jugak akan melalui Cape Otway Lightstation.


Kalau korang rajin, korang bolehlah mendaki sikit untuk melihat pemandangan dari rumah api ini yang teramatlah cantik. Untuk masuk ke rumah api ni, korang perlu bayar entrance fee bernilai A$19.50 bagi dewasa dan A$7.50 bagi kanak-kanak berusia 5 hingga 17 tahun.

Kalau pakej keluarga (2 dewasa & 4 kanak2), korang hanya perlu bayar A$49.50 sahaja! Satu lagi sebab utama kenapa korang wajib datang ke sini adalah kerana korang boleh tengok pemandangan The 12 Apostles yang sangatlah spectacular, indah dan menakjubkan. Memang Wow!


Ok, meh aku terangkan sikit tentang The 12 Apostles ni. The 12 Apostles yang located di Port Campbell National Park ni sebenarnya adalah jujukan batu kapur yang terjadi akibat hakisan air dan udara yang kuat di sini. Batu-batu ni dahulunya ada 12 buah, tapi hanya tinggal 7 buah sahaja sekarang. Namun, ada juga version yang mengatakan ianya memang tak pernah ada 12 buah pun, hanya ada 9 sahaja, namun dua daripadanya sudah runtuh pada tahun 2005 dan 2007.


Next destination yang best untuk dilawati adalah Phillip Island Wildlife Park. Dah sampai kat Australia yang sememangnya terkenal dengan Kangaroo dan Koala ni, takkan nak lepaskan peluang beramah mesra dengan kedua-dua haiwan ni kan?


kat sini korang boleh lihat sendiri betapa cute koala, kangaroo, helang, kasawari dan lain-lain. Di sini, kangaroo-kangaroo ni bergerak bebas dan jumlahnya dianggarkan melebihi 100 ekor. Jangan lepaskan kesempatan untuk memberi makanan kepada kangaroo-kangaroo jinak ni yang boleh dibeli di kaunter masuk ke sini ye.


Harga pon takde la mahal sangat! Hanya A$0.50 sahaja untuk satu pack! Okay, untuk entrance fee pula, dewasa akan dikenakan bayaran sebanyak A$19.00 manakala bagi kanak2 berumur diantara 4 hingga 14 tahun pula sebanyak A$9.00.

Terdapat juga pakej untuk keluarga (2 dewasa & 3 kanak2) dengan harga A$50.00 sahaja! Sebelum sis terlupa, korang semua akan diberikan 1 bag makanan kangaroo dengan setiap pembelian tiket masuk. Best kan?


Seterusnya, korang boleh bergerak ke Churchil Island Heritage Farm. Korang nak tau apa yang istimewanya kat sini? Kat sini korang boleh melihat sendiri pemandangan ala-ala cite omputih dulu-dulu, yela kat sini ada lembu, goose, kuda, kambing biri-biri dan rumah jenis cottage dengan bunga-bungaan yang cantik & menarik.


Korang teringin nak ambil gambar berlatarkan rumah kecil warna-warni di tepi pantai? Korang boleh berbuat demikian di Brighton Beach Bathing Boxes ni. Kalau korang nak tau, rumah-rumah kecil ni sebenarnya adalah bilik persalinan untuk orang yang mandi manda di Brighton Beach ni.

Then kalau korang nak tahu cara nak dapatkan harga tiket murah, first sekali korang kena pergi ke web Traveloka atau appsnya. Korang boleh pergi kat link ni terus sebab kat sini korang boleh search flight yang ada contohnya kalau korang nak ke Melbourne :

https://www.traveloka.com/en-my/qatar-airways

atau pergi kat link ni :

flights to melbourne online promo,

First sekali korang pilih tarikh yang korang nak plan, and suggestion aku korang pilih tarikh bukan cuti sekolah atau bukan musim perayaan sebab masa tu korang akan dapat harga yang best.

Pastu korang click search flight. Kalau tak dapat maksudnya takdelah kat tarikh tu so korang kena search tarikh lain. Dia keluar jugak result dari airline lain so korang boleh bandingkan harga senang je kat satu tempat.


Siapa sebenarnya Qatar Airways? Diorang ni based di Qatar dan boleh pergi ke 160 destination dan lebih kurang 70 negara so korang bayangkan ke mana sahaja korang boleh pergi.  Melbourne dan Qatar Airways pastinya akan menjadi satu pengalaman yang memang korang takkan dapat lupakan!



In a nutshell, Just sit back and enjoy the holidays guys!








Comments

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Paintball

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Gunung Besar Hantu, N9

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

BAHASA HIKERS