Paintball



Assalamualaikum




Baru-baru ni, sis berkesempatan untuk main Paintball di Kombat Zone Painball, Kemensah. Kat belakang Zoo Negara. Memang dah lama teringin nak try game ni. For your info, Paintball ialah sejenis sukan dimana para pesertanya menggunakan “marker” untuk menembak "pallet" (saiz guli, 0.68 caliber) kapsul gelatin yang dipenuhi dengan cat berwarna kepada pemain yang lain.

 Sukan ini diperkenalkan pada tahun 1980an. Sukan ini boleh dimainkan secara indoor atau outdoor dalam pelbagai style. Tidak ada peraturan tertentu dalam permainan ini. Ianya terpulang kepada objektif, strategi dan daya imaginasi para pemain itu sendiri. 


shoot to kill!

Package RM90.00 kitorang dapat :

*500 pallets 
*Marker
*Mask + Jacket
*Breakfast + Lunch (Nasi lemak, ayam penyet)
*Air mineral + 100plus
*lebam-lebam & kenangan pahit manis... hahaa



Team adik beradik! #sis

Ain & Nuenue
sama tapi tak serupa! ehhh


Briefing sebelum start game.


Peralatan Paintball

Paintball Marker atau paintball gun adalah peralatan yang paling utama. Marker ini memiliki loader / hopper yang merupakan tempat / simpanan peluru cat serta sebuah tabung gas bertekanan tinggi sekitar 4500 Psi. Marker ni juga dilengkapi kunci pengaman / lock untuk mencegah hal-hal yang tidak diinginkan.

Ia bukan senapang, pistol atau machine gun. Dilarang untuk panggil dengan nama yang demikian bagi mengelakkan orang tersalah anggap bahawa ia senjata api.


*Kutip pallet yang xpecah dan masukkan kembali ke dalam hopper merupakan satu kesalahan sebab boleh mengakibatkan marker jammed.

Marker

Ini dipanggil pallet. Mengikut peraturan paintball, janganlah ianya dipanggil peluru. Biasanya pallet akan pecah dan mengeluarkan cecair berwarna sejurus ia mengenai sesuatu objek. Kalau main waktu tengahari/panas, pallet tu macam jadi keras. Tu yang jadi kejadian tembak-tembak xmati. Dapat sakit ja lebih sebab pallet tu tak pecah! haha

Pallet
Team hijau! #bukanmakohijo
One love! auchhh... #alphateam
Faiz tu dah kenapa??? hahaa #siribercakapdengandinding

Team pink
Alaa... Jambunya awaa! 
Merah bikin abam marah! hahaa
Oren sunkist!

Gaya harus ada! hahaa


 Face mask ialah benda yang SUPER DUPER WAJIB dipakai ketika dalam field, xkira la kalau korang dah kena tembak atau belum. Safety is #1 dalam sukan paintball. Ingat! Bukak face mask = game batal!

Tips untuk mengelakkan face mask jadi berkabus dan xnampak sewaktu permainan berlangsung ialah dengan bernafas melalui mulut. Face mask dia agak kepam! Macam nak pengsan bau peluh! hahaa.. So better korang bawak buff ok!


Baju loreng siap untuk tempur! ehhhh



ready dah pakai body vest


Tips keselamatan:

1. Pastikan kawasan paintball tu ada jaring keselamatan. Kalau tak ada, sure orang luar yang datang tengok pun kena tembak sekali.

2. Facemask kena pakai sepanjang masa bila ada kat dalam padang (tak kira la game belum start ke, game dah abis ke atau dah kena tembak).

3. Jangan hala marker tu ke arah orang, haiwan atau harta benda orang lain. Tembak bila dalam game je.

4. Jangan hempas marker.

5. Jangan tembak lagi orang yang dah kena tembak.

6. Angkat tangan bila dah kena tembak (jangan main tipu!)

7. Barrel sock (sarung muncung marker tu) kena pasang bila dah abis game.

8. Lain lain tip safety, korang tanya la marshal tempat paintball tu... hehehe.





Barrel Plug digunakan sebagai penutup barrel (muncung marker) bagi mengelakkan pemain melepaskan tembakan secara tidak sengaja.

Are u ready??? Game on!


Sementara 2 team tegah berperang tu, 2 team lagi boleh berehat jap. Tapi battle dia kejap jer, setiap 5 minit. Kadang macam tak sempat nak rehat pun dah kena lawan lagi. Memang berkicap weh sebab cuaca panas giler! #barai

Dah nampak dah aura champion team hijo! hahaa


Aku rasa seram tiap kali masuk dalam battlefield ni! Bunyi tembakan marker je dah kasi terkejut! hahaa... Bila masuk dalam ni, pallet memang melilau pergi dia.. Game dia sape yang dapat pergi kat kubu lawan tanpa kena tembak & dapat touch tong kaler biru tu dikira menang. Macam gol la. hahaaa

Masing-masing akan backup kawan-kawan. Kena ada strategi nak menyelit & nak tembak. Best! Rasa berdebar & berkobar! Macam main perang-perang! hahaa


Game ni sebenarnya bahaya. Mana-mana team yang bukak mask dalam kawasan ‘perang’, dikira kalah walaupun dia dah menang.

Nampak macam tak adil tapi sebenarnya itu syarat keselamatan. Kalau tertembak mata, hampir confirm akan buta! Sebab tu ia jadi rule paling penting dalam paintball.

oren vs red


Kuang ajaq punya Haziq! Dia bagi aku headshot bertubi-tubi! Bergegar weh kepala otak aku! Nasib baik tak mereng jer... Benjol terok jugak weh! Ko tunggu next game aku balas dendam! hahaa

Patut kena pakai helmet la main paintball ni. Xpon pakai helmet moto yang full face tu! hahaa.. Sebab aku rasa kalau kena tembak kat kepala boleh mendatangkan cedera juga. Nasib la aku jenis kepala keras ke kepala keras! ehhhh... 


We were soldier! ehh


Tembak kat Shooting range pulak nak kasi habis pallet! Bila piring tu jatuh rasa puas sebab tembakan tepat! hahaa

Acah-acah sniper!
Gaya dah macam penembak tepat tu sis! Tapi nampak pallet macam tersasar jer... hahaa

Marksman!
Acah-acah pubg! hahaa


“Bolt actions speak louder than words.”

Let's kill this love!

keep calm & reload

Behind the scene! hahaa

Kredit to our Mr photographer, Abam Rezqi yang rajin melayan kami posing tangkap gambar! Memang padu angle gambar dia ambik! Moga murah rejeki selalu! hehee

ehem-ehemm... kawan lama katanya... ehh
Tak de gun, pakai botol pon memang gaya! hahaa
Team gadis-gadis!

Champion! Yeayyy


Bila lepas main tu, lenguh rasanya kaki dan peha. Masing-masing cek seluruh badan, ada banyak kesan lebam. Satu kat bahu, kepala, kat siku, kat peha, kaki tangan semua. Rasa macam kena pakai baju besi la main ni. Nak selamat, kena beli baju kebal, sarung tangan kebal, selagi apa yang boleh dikebalkan, silalah kebalkan. hahaaa

Ada yang kena kat betis sampai keluar darah – pecah kulit sebab kena tembak dari jarak kurang 2 meter. Fuhhh seram!


Till we meet again guys!


So far, permainan paintball ni memang mencabar tapi seronok & 'awesome', main sekali rasa nak repeat lagi dan lagi, tak cukup puas menembak kawan-kawan. Paintball boleh dianggap sebagai medan tempur untuk 'sesi membalas dendam kesumat'! hahaha...


Layan video dulu :




Shoot to ur heart!


In a nutshell, "Paintball isn't a lifestyle, it's a life, style is optional."


Until next game guys! See ya..






Comments

  1. terima kasih atas perkongsian pengalaman ini. sangat membantu untuk memahami sukan paintball.

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Jumaat Di Kota Mekah

Gunung Silipat, Betong Thailand

YUNNAN, CHINA

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS