Taiwan Day 5 : Goodbye Xueshan!




Assalamualaikum



13 Mac 2019, Rabu, 9.00 am

369 Cabin - Cika Cabin - Wuling Park - Taipei



Hari keempat, pendakian turun ke kaki gunung Xueshan.



Seperti Cika Cabin, 369 Cabin juga menyediakan kemudahan asas seperti dua buah dewan tidur yang dibina katil dua tingkat, dapur untuk memasak dan tandas. 



369 Cabin boleh menampung sekitar 106 pendaki dalam satu masa. Pendaki tidak dibenarkan merokok dan membuat bising di kawasan cabin kerana pendaki di Taiwan mementingkan ketenangan dan rehat yang cukup.




Bergambar kenangan bersama 2 orang pendaki dari Singapore yang join group kami semalam.



Hei what's up guys, pagi ni kita nak masak nasi goreng! Jom kita start! (nada Khairulaming) hahaa


Nasi goreng kampung 369 is done! hahaaa



Breakfast with view! Memang padu!


Tapi menggigil woi makan kat luar ni sebab bila datang angin kuat, sejuk dia tak boleh bincang! Menggigil! hahaa


Angkat sauh!


Gudbye 369 cabin!



Kami turun secara santai selepas sarapan pada pukul 9.00 pagi. 


Btw kat belakang tu adalah toilet. Toilet kat 369 cabin ni sangat teruk! Aku masuk-masuk toilet dia terus rasa nak termuntah! Tak sanggup la aku nak masuk toilet dia tuh! Aku lagi rela pi masuk dalam hutan! hahaa

 Sebabnya toilet dia bercampur laki perempuan dengan xde air, xde flush, xde pintu! hahaaa.. Yang ada hanya lubang jamban yang....... eiyewwww.... Kau rase? So korang standby la wet tissue banyak-banyak! Tapi jangan buang merata pula tisu tu. Hahaaa...



Aku bukanlah nak complain apa pun, tapi biasa la kita skang berada dalam 'out of our comfort zone'. hahaa. Harus tabah menempuh liku-liku kehidupan yang penuh pancaroba!






Sampai semula di helipad! Kalaulah ada heli... hahaa

sempat pula photobomb! huiii


#gengpakcikbawang hahaa


sap kok lu


Momo tengah update kat girlfriends... 

U i ok je kat sini.. Sikit lagi nak sampai kat kaki gunung dah! U jangan risau tau... Walaupun awek2 kat Xueshan ni comey2, i tetap setia dengan u... 

ehhh :p

take 5 dulu





Nadz, Abi, Fuzah

Let's kill this love!


The crying slope! Turun pun rasa nak cry juga, sebab gigil lutut curam! haha


Kami berehat seketika di Cika Kabin untuk makan tengahari. Di Cika Kabin, dia ada tandas yang proper sikit la. Walaupun tak de air, tapi ada sinki yang ko boleh tadah air, tong sampah dan ada flush. 

Tapi tandas dia agak sempit bagi aku yang berketinggian 5'7 ni. Kalau korang yang lebih tinggi dari aku pandai-pandai lah nak mencangkung macam mana... hahaa.. Macam harey.. Sebabnya lutut aku dah bertemu dengan dinding! Nak kata orang Taiwan ni badan kecik-kecik tak juga. hahaa



Perjalanan turun mengambil masa lebih kurang enam jam. Kami menjerit sebagai tanda puas meraikan kejayaan sebaik sahaja menjejakkan kaki semula di pejabat renjer Taman Hutan Wuling. 


Bagi anda yang ingin mendaki gunung ini pada musim sejuk, sila update ramalan cuaca dan sentiasa bersedia dengan cuaca yang buruk di sepanjang gunung ini. 

Terima kasih kepada Kichok, selaku guide yang amat cekap dan bertanggungjawab, rakan pendaki yang sama-sama ‘barai’, Abi, Fuzah, Arip, Kamilan, Kamloi, Baba, Amir, Momo, Azlee, Atai dan seluruh team ‘Get Lost Asia’ kerana menjaga kami dengan baik. Selamat tinggal Gunung Syue! Kenangan pahit manis sepanjang perjalanan ini akan sentiasa terpahat di hati kami. 


Xiexie, Xueshan!



Singgah kat Wuling Park nak ambil sijil dan beli souvenier sikit.





Yeayyy sekali lagi sampai kat peak! hahaaa.. Tapi now dah tak de salji.


Sijil ni dia akan cetak kat sini. Tapi dengan syarat korang kena bagi gambar dekat puncak sebagai bukti! hahaa... Kalau tak sampai peak tak boleh dapat sijil.


Kena bayar 150 NTD (New Taiwan Dollar) lebih kurang RM20 untuk sekeping sijil yang berwarna. Boleh la buat kenang-kenangan bila dah tua nanti! hahaa




Turun gunung memang kebulur giler tak jumpa kedai makan halal. Singgah family mart je la tengok apa yang ada. hahaa


Keledek manis! #sweetpotato




Telur Pindang. Ni first time aku makan weh.. Kat Malaysia tak pernah teringin pun nak makan. Ni dorang suma beli telur busuk sebab kicok beli. hahaaa


Rasa dia... ermm aneh-aneh sikit. hahaaa


Selamat kembali ke bandar Taipei. Taipei IOI tunggu kami datang! hahaa


Selonggok seploh riya!


Woww karoks onzz!




Check in hotel dulu





Susah juga nak cari makanan halal kat sini. Nasib baik la jumpa satu kedai mamak kat Taipei Main Station.


Nasi dengan kari ayam dan telur.




Jalan-jalan town


Taipei crossing!



Esok nak teroka, apa lagi yang menarik kat Taiwan ni. See ya!



Previous post :











Comments

  1. As'salam sis,

    Wahhhhh bestttnya nak pi sesgt huhuhu.. Sis boleh tak share kan contact guide di sana n ittinery disana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. amik guide dri Malaysia jer sbb jarang org naik sana especially musim salji. Boleh usha ig & fb Get lost Asia. Itienary boleh baca dari Episode 1 Taiwan.

      Delete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS