Taiwan Day 4 : Summit Attack, Xueshan!


Assalamualaikum


12 Mac 2019, Selasa, 2.00 am

369 Cabin - Peak of Xueshan - 369 Cabin




Hari ke-3 pendakian ke puncak Gunung Xueshan. Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Today is D-Day guys! 

Fuhhh adrenaline rush! Sis rasa sangat berdebar!


To be or not to be....



Persiapan terakhir sebelum mendaki, kena la isi perut dulu untuk memberi tenaga. #carboloading


Makan mee sup supaya boleh hiking dengan padu berdesup! Mee sup dengan citarasa Taiwan! hahaaa.. Thanks to gogo Kicok yang masak bangun awal pagi untuk kami! 



Seawal jam 5 pagi, semua pendaki sudah bersedia dan mula bergerak selepas bacaan doa dan taklimat ringkas. Didalam kepekatan pagi yang dingin menusuk ke tulang, hanya kedengaran dengusan nafas masing-masing yang semakin kencang, seiring dengan laju derap langkah kaki.


Memang mengah weh! Trek semakin mencanak, dengan salji yang semakin tebal dan licin! Aku pun hampir tersadung dan tergolek. So kena pakai crampon la nampaknya.




Time to praktik apa yang Kicok ajar haritu.. Haaa masing-masing dok kalut macam mana nak pakai kejadah crampon nih! Al maklumlah semua first time pakai! hahaa


Kena ikat tali dia kuat-kuat kat kasut. Crampon ni berat weh! Kalau tak nanti memang tercabut crampon tu, tak pun tertinggal dalam timbunan salji masa berjalan! hahaaa... 


Yeyyyy my crampon is done! hahaa

feeling good!


Masing-masing dah teruja nampaknya! Crampon onzzz gaiss!

Power puff girls! :p


Berhenti kejap untuk berehat dan solat suboh. So kami bertayamum je pakai salji. First time juga ni solat beralaskan hamparan salji yang memutih! Syukur alhamdulillah.


Pagi yang gelap, kini sudah terang! Aku adikmu & engkau abang... Ehh ternyanyi pula! #hujanband


Masa tengah syok trekking, kami sangat teruja apabila bertembung dengan rusa gunung yang besar dan gemuk! Memang haiwan liar bebas berkeliaran dalam Shei-Pa National Park ni.


Satu pengalaman indah yang memang tak dapat dilupakan apabila ‘trekking’ dalam hutan tebal yang bersalji!


Lawa gler view hamparan salji yang memutih dengan batu-batuan tersusun sepanjang lereng gunung!


Cuaca pagi itu dingin dan tenang. Kami berjalan kira-kira satu kilometer dari 369 kabin ke pintu masuk ‘Black Forrest’. Kami menempuh perjalanan yang agak sukar dan panjang de­ngan kawasan hutan pain tebal sejauh dua km.




Excused my naked face! Macam mana nak maintain jelita time hiking ni?? hahaa


And into the forest i go, to lose my mind and find my soul.... 

#inanutshell#soulsearching#snowmountain

Sap kok lu!

Kat sini adalah last water point. Kalau air korang dah habis, kat sini je la yang ada untuk isi air minum. Nak ke puncak jauh lagi beb! 


Nutshell was here!


Engraved my name on snow!


Trek semakin mencanak tak de diskaun gaiss! hahaaa


Cry me a river!


Meredah hutan tebal yang bersalji! Semput sis!


Ermmm, masa-masa yang kritikal ni, tiber perut aku buat hal pulak! Ni mesti sebab penangan sambal hitam yang pedas semalam! 

Aduhhhhh, contraction perut aku memulas seakan roller coster! Macam haram! Tapi aku cuba buat-buat cool untuk bertahan! hahaa



Steady gais!


Pemakaian crampon amat membantu kami apabila berjalan di atas salji tebal. Crampon ni agak berat, dan ia menjadikan kasut kami lebih menceng­kam di atas permukaan ais, sekali gus mengelakkan daripada tergelincir. 


Kapak ais dan juga hiking stick sentiasa di tangan berfungsi seolah-olah seperti tongkat yang menyokong keseimba­ngan ketika berjalan. Manakala cermin mata hitam atau goggle salji sentiasa melekap di mata bagi memastikan pendaki tidak mengalami gejala ‘buta salji’.



Abam Amir Lejen!


Tengah pewai ni ha mencangkul ais nak buat snowman dalam Blackforest! hahaaa


Sonata Musim Salju!


View kat sini sumpah tak boleh move on gais! hahaa



Rasa macam nak main ski la! hahaa


Keluar sahaja dari Kawasan hutan tebal ‘Black Forrest’ salji disini bertukar dari "Softsnow" kepada "Hardsnow" menyebabkan perjalanan mengambil masa lebih lama kerana perlu berhati-hati. 




Geng kapak sudah mari! Lu langsi lu mati! hahaa

Baba trekker!

Axeman!


Kulit sudah tanned dengan panahan terik sang mentari pagi, sunkissed! hahaa


Dekat di mata saiaa, tapi jauh di kaki awaa...


Basic Alphine technical climbing lesson & practical session!




The snow is sparkling like a million little suns.


Abam Azlee lejen



Kicok tengah buat demo kalau kita terjatuh dari tebing salji. In worst case scenario, kita kena pusingkan badan dan cangkukkan kapak dalam ais supaya kita stop dari menggelongsor. Kena gunakan kekuatan tangan dan kaki. Lepas tu sorang-sorang kena try buat. 


Sebabnya lepas ni memang kena mendaki tempat yang tinggi dan sangat curam. In case of emergency kalau terjatuh, at least kami tahu macam mana nak stop dari tergelongsor masuk gaung! Yang penting jangan panik gaiss!


Fuhh macam seram la pulak nak ke puncak ni! hahaa






Pelbagai aksi terpamer! hahaa.. Teringat pula cerita 'Vertical Limit' Avalanche scene!


nice try!


Journey to the peak is begin! 


Summit attack!


Pendaki yang berada di hadapan perlu memecahkan ais menggunakan kapak untuk membuat trek. ‘Summit Attack’ mempunyai sudut kecuraman yang tinggi dan pendaki hendaklah mengelakkan dari tergelincir yang dimana boleh menyebabkan kemalangan serius dan kematian.


Kami masing-masing berjalan dalam satu barisan dan diikat dengan tali. Sumpah ini adalah pendakian yang amat gayat bagi aku! Terus aku teringat suasana ni seperti dalam filem ‘Everest’! hahaaa


Walk as a roped party on a glacier guys!




Lagi sekali perut sis buat hal macam nak terberanak dah rasa dia punya contraction! hahaaaa.. Kicok suh sis bertahan sampai kat puncak! Rasa macam 2-3 jam lagi ni nak sampai puncak! Adehhh... Nampak je macam dekat, tapi seksa! Ok tenang.... Tarik napas lu!




2 orang Singaporean yang terkandas tak dapat ke puncak, diorang patah balik untuk turun. Sebabnya dorang tak de safety equipment yang cukup untuk naik ke puncak yang licin dan curam tu. Memang bahaya trek dia.

So Kicok ajak diorang join team kami. Walaupun tak de harness, tapi Kicok dah pro ape dehal, ikat dorang sekali dalam 1 tali. Padu!


Traffic jem! hahaa


Susah weh sebab ada ais dia yang lembut, kaki tenggelam sampai ke peha! Nak keluar balik dari ais tu, punyalah seksa!


The reality is we are all struggling, to different degree & complexity levels, each & every single steps!


A true lady doesn't demand, she thanks, and the true man doesn't promise, he commits!



Alpine climbing can also be absorbed into a greater mountaineering expidition that can feature ice climbing and glacier traversing!



Mangsa-mangsa yang terkandas di tebing gunung! hahaaa.. Take 5 dulu!




Orang paling depan kena yang paling kuat sebab kena tarik orang yang dibelakang dan nak pecahkan ice untuk buat trek bagi kami lalu... Fuhhh memang letih weh! Sebabnya ice dia keras dan licin. Memang kena mencangkul sepanjang jalan. Sumpah gayat gler masa lalu kat sini sebab tebing curam!

Rasa nak give up! Tapi jangan berangan la nak give up! Sebabnya orang depan akan tarik ko untuk naik! Kena ikut pace orang depan!





Team paling padu 4 orang ni gagah perkasa, laju berdesup kat depan! Kami yang kat belakang tu jauh tercicir sebab kalau sorang dah stop tak boleh nak bergerak! hahaa



It's not easy, but it's worth it!


Hampir separuh nyawa nak sampai sini weh! hahaaa



Selepas berhempas pulas hampir 8 jam yang penuh rintangan mengharungi angin kencang, salji tebal dan trek ais akhirnya puncak Gunung Syue berjaya digapai kira-kira jam 1.00 tengah hari. 


Masing-masing berpelukan sambil mengucapkan syabas! Puncak Xueshan setinggi 3,886 meter telah berjaya kami tawan!

 Yeahhhhh! 


The final attack, Xueshan aka Syue @ Snow Mountain 3886 meter above sea level checked! Another great achievement unlocked!

Who knew Taiwan would take me from average day hiker to mountaineer? In a nutshell, it's all done & dusted! Mission accomplished!

Baba epic selfie! hahaa
tengok apa tu bang?



Buang air berjemaah ke tu! Ohoiii... Huntunglerrr jadi lelaki! kahh kahh


Muka tengah tahan nak beri! hahahhh


Korang posing la dulu puas-puas.. Kicok tengah cari port untuk aku.. Tapi sini view dia 360.. Tak de tempat yang sesuai untuk aku nak melepaskan hajat! hahaaa.... Aduhhh..

So aku kena turun jauh skit la sampai tenggelam dalam salji sampai ke pinggang! Nasib baik aku boleh keluar dari salji tu. Kalau tak, dah beku kena frosbite nanti. hahaaa.. Semua ingat aku dah hilang ke mana tah sebab nak amik group photo! 

When nature is calling, fuhh... lega bak ang! Istinjak pakai ais, terasa sungguh suci murni, heaven beb! The best feeling ever kat peak of Xueshan! kahhh3


Salju di danau rindu!


Merenung masa depan ke tu bang? hahaa


Awaa ni ais ke?

Sebab aisee my future with you..... hahaaa 

#siscuba#pickuplinehambar


woww kita ada duta makanan kat puncak ni! hahaa

Amboihhh bersantai nampak! hahaa
Great!


16 Malaysian & 2 Singaporean at the peak of Xueshan! 


We made it to the top! Yeayyyy


Congratulations all! U guys are awesome!


Jalur Gemilang kami keluarkan dan berkibar megah di Puncak Xueshan! Langit berwarna biru cerah waktu itu. Pemandangan di puncak dikelilingi salji memutih amat indah lagi menakjubkan dengan cuaca yang amat baik dan tenang! 


Gumpalan awan berlapis seperti kapas di bawah kami. Terasa seperti berada ni ‘Negeri Salju di atas Awan’. Alhamdulillah Syukur!

Malaysia boleh!


Geng krik-krik selamanya!


My lovely family!



Tribute to all my friends, Dewi Remaja, Atlantis kat OPA! I heart u guys! Tapi macam harey kan korang kasi kantoi kat opis! Aku cakap kat bos nak pi jalan-jalan ja kat Taiwan. Sekali hampa siap forward gambar aku kat puncak dalam group wasap opis! Kecoh la... hahaa




Thanks Kicok yang banyak bersabar dengan kerenah kami, tolong tangkap gambar angle baik & berjaya bawak kami semua sampai ke puncak Xueshan! The best guide ever! 

Kalau uolls teringin nak join trip Alpine, boleh roger bro Kicok yang kacak lagi padu ni! #donepromote hahaaa


Selepas puas merakamkan momen indah di puncak, kami pun turun kira-kira pukul 2.00 petang. 


Perjalanan turun lebih mencabar dan menguji kemampuan teknikal berjalan di cerunan salji . Kudrat yang ada juga semakin terhad hingga ada antara kami yang terus berbaring di atas salji setiap kali berhenti rehat. 




Saat yang mencemaskan apabila Abi tergelincir dari trek yang curam! Mujur kami diikat dengan tali dan aku yang berada di belakang Abi juga tertarik dan hampir menggelongsor tapi aku cepat-cepat duduk dan cangkuk kapak aku pada ais! It was crazy guys! Nasib baik tak jatuh gaung weh! Aku dah mengucap dah! Fuhh, jantung aku berdegup kencang!

Setelah bertenang, kami lebih berhati-hati mengatur langkah untuk turun. 



Jika orang depan turun terlalu laju, orang belakang akan tertarik, that's why boleh jatuh menggelongsor. So kami turun slow-slow jer sebab trek yang terlalu curam!


Masa turun ni, tiber kapak bang Azlee tercampak & terjatuh kat gaung.. So menggelungsur sampai bawah. Marah ke tu bang turun tak sampai-sampai, terus buang kapak! hahaaa

Lepas tu kicok pun turun ke gaung tu pakai kapak dia! Fuhh dah macam spider man! Kami semua yang terpana tengok kagum giler, tak sempat aku nak kuarkan tepon rakam aksi-aksi stunt sebab laju giler Kicok turun! #idola hahaa

Take a break!

Mangsa yang tersadai keletihan! 


Mom, i'm fine here! heheee... 

Bossku yang ceria sokmo!

Latepackers!

Harimau Malaya



Eternal sunshine of the spotless mind!



Team santai sepak salji!

Machonya abam Cruizer nih! Bukan biasa-biasa! hahaa


Siapa yang rajin buat snowman nih! Terharu sis! hahaaaa... Tapi awat lain macam je tajam dia punya dada tuh! Macam hareyy..


Ok sis dah kapak dada snowman ni kasi flat! Xde la tersembul-sembul! kehh3


Dah penat berjalan, kita main sliding je la! hahaaa




Perjalanan turun dirasakan terlalu jauh dan panjang mungkin disebabkan kami terlalu penat. Nakmati rasa dengan sejuk dan lapar! hahaa.. Macam dah tak mampu dan tak larat nak angkat kaki sebab crampon berat. Rasa nak campak crampon dalam gaung! Mujur la ada abam Amir yang penyabar tolong bawa crampon kami! hahaa.. Thanks abam Mir!

Letih ke tu bang?? hahaaa
Berkicap dah ni sis! hahaa... Bila la nak sampai kat kabin ni....


Weh amik gambar macam angle ni.. Perbualan serius abi & fuzah! hahaa


Hampir pukul 7.00 malam barulah kami tiba semula di Kabin 369. Total perjalanan harini lebih kurang 14 jam. Pendakian kami yang paling panjang diabad ini! Pheww, pewai terok, barai bersepai!... Lutut pun dah jelly! hahaaa...


Early sunset over monroeville






Late dawns and early sunsets

Just like my favorite scenes

Then holding hands and life was perfect
Just like up on the screen



Sementara yang lain dah tido sebab dah tak sabar nak dengar ringtone 'Bang bang banggggg'! hahaaa

Aku nak pi cari pasal kat luar yang tengah sejuk beku tu kot ada milky way di kepekatan langit malam! Fuhh gigil! hahaa


Thanks bro Ariff yang ajar setting nak amik gambar bintang! Padu!



Million stars from 369 cabin! Wowwww!


Bapak la sejuk giler kat luar ni semata nak ambil gambar bintang! hahaa.. Tapi bila lagi nak buat kerja gila macam ni... 


Nah iolls lanje video menuju ke puncak idaman untuk tatapan kalian. Mana la tau kot boleh jadi inspirasi ke... hehehh 







To be continued....



Previous Post :







Comments

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS