TAIWAN DAY 3 : Cika Cabin - 369 Cabin


Assalamualaikum


11 Mac 2019, Isnin, 7.00 am

Cika Cabin - 369 cabin


Ready angkat sauh gaiss!

Morning from Cika!


Agak-agak berapa kilo beg boss kita ni?? hehee

Sejuk bak ang!



Suasana kat sini yang berkabus, sepi macam teringat pula dengan satu cerita horror ' The Cabin in the Woods' hahaaa... So far tiada la kejadian aneh-aneh malam tadi! Cuma dia punya sejuk tu tak boleh bincang gaiss! Freezing Cold!

Dah pakai baju 5 lapis pon macam tak de efek dengan dibalut sleeping bag lagi!  Menggigil terok! Adehhh... Memang 'hot patch' amat la berguna nak kasi panas skit tapak kaki & tangan yang dah rasa macam nak kena frostbite! hahaa.. Ni belum kena salji lagi ni..:p


Kan selalu banyak kisah seram pasal kabin kat tengah-tengah hutan! Pastu ada keluar makhluk pelik-pelik la. Haa ni semua pengaruh movie! Banyak sangat tengok cerita hantu... hahaa

Cuma dengkuran je la yang kedengaran diselangi bunyi cengkerik! Krikk-krikk... Berlawan-lawanan... Memang padu! hahaa

Sijil yang bakal kami dapat nanti!
Geng-geng tanker ni semuanya! hahaa.. Training nak jadi porter!
Team pewai! :)

Team Gagah Perkasa idola gadis-gadis! :p

Hari kedua pendakian kami akan bergerak dari Cika Cabin menuju ke East Peak of Syue Mountain dan seterusnya ke 369 Cabin. 


Perjalanan bermula seawal jam 8.30 pagi selepas bersarapan secara ringkas yang disediakan oleh Kichok. 


Pendakian kami kian mencabar dengan bentuk laluan yang semakin curam dan menegak, manakala cuaca dingin menusuk hingga ke tulang. 


Jumpa dengan team porter kat tengah jalan! Memang jarang sangat ada porter kat gunung ni! Mungkin dorang bawa bekalan makanan atau barang untuk ke kabin 369. Kalau beg yang kitaorang bawak ni dah berat, bayangkan beg yang dorang bawa ni 2 kali ganda lebih besar & of course la lagi berat!

Fuhhhh... Tengok pon rasa macam nak terkehel pinggang! Memang respect weh! That's why la upah porter dorang sangat mahal sebab tak ramai anak muda yang sanggup jadi porter ni...


Tak macam di Indon atau Nepal, Sherpa atau porter tu merupakan pekerjaan utama bagi mereka yang duduk di kawasan pergunungan! So memang bersepah porter kat sana.


Trek pendakian hari kedua ini masih di kawasan hutan pokok pain dan pokok renek yang biasa tumbuh di kawasan pergunungan.



So far so good! Padahal dah start barai! hahaaa... Lebih kurang dah 4-5 jam, jalan-jalan tak sampai-sampai! Trek dah semakin mencanak!


Go wild, for a while...


Misty forest!


Lepak jap kat sini hilangkan lenguh kat bahu!

Selfie dulu gaisss
Tahan berak ke tu Atai?? hahaa
Tampak ganas, tapi Penjinak haiwan rupanya bro nih! hahaa

Menuju ke platform


Kabus tebal diiringi gerimis mengundang syahdu beb!


Kat atas platform ni kalau tak boleh nampak view gunung ganang, tapi disebabkan kabut ribut, ku lihat putih aja..



You can take the girl out of the mountains, 
But you can't take the mountains out of the girl...


Perampok gunung!

 Jaga-jaga kami mungkin tercuri hati awaa tanpa sengaja.. ehh :p


Muka excited masing-masing bila kabus dah berlalu sebab dah nampak view awesome kat belakang tu! haha



Thank abam-abam yang telah menyediakan luncheon kami yang berupa roti prata dengan tuna & cheese! Yummeh!


Action!


Ready untuk mendaki trek penyesalan kejap lagi! hahaa


Kawasan ini dikenali sebagai "crying slope" kerana jalurnya agak menegak dan menyebabkan pendaki merintih ketika mendaki. Namun bila sampai di bahagian atas, pendaki pasti terpesona melihat pemandangan yang memukau!

Baru lepas cry! hahaaaa :p


Yang ada cuma view kabus yang memutih!






Ingat ke dah habis mendaki kat 'cerun tangisan' tu, trek santai-santai je la. Tapi rupanya trek lagi hanat, mencanak tak de diskaun weh! So layan jela selow-selow walaupun mental kami dah koyak sikit. Bukan apa, sebab beg berat jer ni sis jadi tak kuadd! uhukkk

So kita cry lagi! No women no cry! hahaa







You are not in the mountains,
The mountains are in You...









“Hike more. Worry Less”


Perjalanan hari ini agak jauh dan amat meletihkan dengan beban yang dipikul dibahu kami. Never give up gaiss!


Menuju puncak gemilang cahaya....

Feels so good!
Lihatlah doniaaa!



Kami singgah sebentar di ‘East Peak of Xue Mountain’ di ketinggian 3201 meter. Pemanda­ngan di puncak itu amat menakjubkan dengan pergunungan memutih dan di selang-seli kehijauan hutan pain.


Puncak Timur Gunung Syue 3201 mdpl checked!


The Godfather! :p
partner in crime!



“It’s not the mountain we conquer, but ourselves.” (Sir Edmund Hillary)



Helipad!





Lapan jam berjalan dan berehat seketika melepas lelah kemudian sambung semula pendakian. Akhirnya pada pukul 4.30 petang, kumpulan kami tiba di Kabin 369 atau Sanliujiu Hut yang berada diketinggian 3100 mdpl.


Nah iolls lanje dulu video menuju ke puncak untuk tatapan kalian :




Kami sama-sama menyediakan makan malam di dapur yang dikongsi bersama kumpulan pendaki lain serta renjer hutan yang ditugaskan memantau kumpulan pendaki Gunung Syue. 

Selepas menikmati makan malam berupa nasi putih bersama masak lemak daging salai, ikan masin dan sambal hitam, kami berehat sambil mempersiap segala keperluan dan peralatan untuk menyerang ke puncak awal pagi esok.



To be continued.....



Previous post :




Comments

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS