Hiking Bukit Kutu



Assalamualaikum...




Baru-baru ni aku sempat hiking ke Bukit Kutu. Perjalanan untuk tiba di sini sekurang-kurangnya mengambil masa selama 90 minit dari bandar Kuala Lumpur. Ia terletak di daerah Hulu Selangor iaitu di Kuala Kubu Baru yang  berhampiran Kampung Pertak, Selangor. 


Line up for today, Ayu selaku gogo, aku, Xue Li & sweeper my bro, Arip!



Perjalanan ke Bukit Kutu agak mudah pada permulaannya, tetapi selepas melintasi dua buah jambatan besi, kesukaran mula dirasai apabila perlu merentasi bekas laluan balak. Terdapat juga dua buah gua yang dikenali sebagai Gua Air dan Gua Kambing sebelum sampai ke puncak.


Perjalanan atau pendakian untuk sampai ke puncak Bukit Kutu mengambil masa lebih kurang kira-kira empat jam perjalanan yang bermula melalui kawasan perkampungan orang Asli pertak penempatan baharu Kampung Orang Asli Simpang, tidak jauh dari Empangan Hulu Selangor. 



 Bukit Kutu ataupun dahulunya dikenali sebagai Treacher’s Hill sememangnya mempunyai pelbagai kesan peninggalan sejarah sewaktu era pemerintahan British dahulu. Nama Treacher’s Hill adalah sempena Sir William Hood Treacher yang menemui tempat ini pada tahun 1893 dan menurut sejarah, Sir WH Treacher, telah berkhidmat sebagai Residen British di Selangor dari 1892 hingga 1896.


Sebenarnya trek ke Bukit Kutu dan ke Air Terjun Lata Medang adalah di laluan yang sama tetapi akan terpisah di simpang ‘Y’. Trek ke kiri menuju ke Lata Medang dan trek ke kanan akan menuju ke Bukit Kutu. Next time boleh la ke Lata Medang pulak nak pi mandi & terjun tiruk kat air terjun!


Kat sini memang dah start pewai! Trek akar mencanak-canak! Fuhhhh!


Trek akar lagi dan lagi yang perlu ditempuh!




Banyak juga laluan dibawah pokok-pokok buluh yang patah yang perlu ditempuhi. Hati-hati dengan duri dari pohon buluh!

Bukit Kutu banyak menyimpan seribu satu khazanah alam semulajadi yang belum diterokai. Selain kaya dengan kepelbagaian spesies flora dan fauna, terdapat juga beberapa kesan peninggalan sejarah semasa era pemerintahan British suatu ketika dahulu yang belum diketahui umum. Bukit kutu ini juga adalah merupakan tempat peranginan bangsawan-bangsawan British suatu ketika dahulu.




Sebuah dataran tinggal yang amat luas dan di sekitarnya kelihatan monumen lama kesan peninggalan British satu ketika dahulu. Antaranya ialah bekas cerobong asap,dua buah perigi lama yang salah satunya masih boleh digunakan dan masih terdapat sumber air di dalamnya.


Kira-kira 50 meter dari puncak terdapat sebuah bekas lot bangunan lama tinggalan tentera British. Bagaimanapun, sebahagian binaannya telah rosak dan runtuh serta ditumbuhi semak-samun dan pohon rimba. Kini, yang masih kekal hanyalah bahagian tiang, lantai, rangka bangunan dan tangga.



With my favourite hiking partner! #duohikers. Pendakian terakhir kami sebelum orang tu nak naik pelamin! Selamat Pengantin Baru babe! yuhuuu.... Lepas ni memasing dah gantung beg & kasut la nampaknyer! huhuuu...



Negaraku, ohhh darahku, ku beri sepenuhnya....... Dirgahayu semua!


Terdapat satu lagi runtuhan Banglo atau Villa lebih kurang 500 meter daripada Puncak Bukit Kutu dan ni juga antara lokasi peninggalan sejarah yang boleh dilawati sekiranya mendaki Bukit Kutu.


Masa on trek, terjumpa pulak dengan member lama yang satu ofis dengan aku dulu, Khamarul Hazim aka Hazim Reizler! Apa lagi bikin kecoh la mamat tu masa tengah trekking! Bab membahan aku memang no 1! hahaaa.... btw memang best la hiking dengan ko & the geng yang memang sempoi! Next time ade trip roger aku k!


Sementara tunggu turn nak naik ke puncak! Lepak dulu atas batu ni.




Di bahagian puncak bukit terdapat sebongkah batu besar dan tinggi berhampiran kawasan perigi yang boleh melihat panorama sekitar Empangan Hulu Selangor, Pekan Kuala Kubu Bharu dan kawasan pergunungan berhampiran seperti Gunung Rajah dan Gunung Ulu Semangkuk.


Walaupun diklasfikasikan sebagai bukit tetapi ianya mempunyai ketinggian setaraf dengan sebuah gunung iaitu di paras 3456 kaki ataupun 1053 meter daripada aras laut. 


Gayat beb duduk kat atas batu yang kiri kanan ko gaung! fuhhh....


Puncak Bukit Kutu hanyalah sebuah batu besar yang hanya boleh dinaiki oleh 2 atau 3 orang sahaja pada setiap masa dan memang agak bahaya sekiranya dinaiki beramai-ramai.


 Ketika zaman kolonial British, puncak Bukit Kutu adalah stesen pemantauan tentera British. Namun ia terbengkalai setelah dibom oleh tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua.


Ajet-ajet cool & steady, padahal gayat terokkk weyh! hahaa... View kat atas ni 360 & memang superb! Cuaca hari tu memang cantik! Tapi tak boleh nak dok lama-lama kat sini coz orang ramai dok beratur kat bawah tu tunggu turn nak naik! hahaa


Bukit Kutu Checked! Tertanya-tanya jugak aku kenapa bukit ni nama kutu? Tak de pulak nampak kutu. hahaa... Mungkin kutu rayau adelah kot!


In a nutshell, Bukit Kutu bukan sekadar bukit! Ia sebenarnya sebuah gunung yang agak mencabar dengan trek yang jauh dan sememangnya menjanjikan pewai kepada aku yang dah lama tak hiking ni! hahaaa... Tetiba terfikir macam mana askar British boleh bina residen & banglo kat tengah-tengah hutan atas gunung nih??? 





Comments

  1. As salam.. hi.. i baru 1st time nak naik bukit kutu nie.. kalo naik sendiri tanpa org guide okay x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok jer. Trek dia tak susah sangat. Boleh follow jer sesiapa yang tengah naik tu

      Delete
    2. Nak tye kene ada permit ke nk naik .. kalau kene ada. Nk minta kat sape.?? Ada no telefon x

      Delete
    3. xde permit. Cuma kena bayar parking jer.

      Delete
  2. Salam , naik bukit kutu kena bayar permit ke ?

    ReplyDelete
  3. Hi nadz, awak ni comel la. dah berpunye ke belum? ihik. :)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum saya azim . Saya nak bertanya boleh ke hiking bukit kutu pukul 2 pagi ?? Boleh masuk parking ke kul 2 pagi tu ?? Dan nak hiking malam ni memang wajib buat permit ke ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu saya tak pasti pulak. Klu nk hiking pagi2 slalu ada org camping kat Lata Medang. Sebab laluan nak masuk tu ade orang jaga berpagar. Tak pasti dia buka ke tak klu malam2.

      Delete
  5. SALAM...agak2 berapa jam ye nak sampai puncak??

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum. .nk tanya..saya nk ke bukit kutu on week days..boleh ke hike..atau dia bukak cuma on weekends je..tq

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum. .nk tanya..saya nk ke bukit kutu on week days..boleh ke hike..atau dia bukak cuma on weekends je..tq

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum. .nk tanya..saya nk ke bukit kutu on week days..boleh ke hike..atau dia bukak cuma on weekends je..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buka je hari biasa tak ramai org. Leh selfie lama2 kat atas batu kat puncak tu. Kalau weekend, sempat selfie 2-3 keping je la kt puncak tu cz org rmi beratur tunggu turn nak naik batu tu. hihii

      Delete
  9. Assalamualaikum... Berapa ye bayar parking utk daypack

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum... Berapa ye bayar parking utk daypack

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum... Berapa ye bayar parking utk daypack

    ReplyDelete
  12. Kak..bukit kutu or bukit saga yg lg mencabar ? Brape jam nk sampai puncak bukit kutu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukit kutu lg mencabar sebab trek dia panjang, jauh & mencanak. Bukit saga mencanak juga tapi kejap jer dah sampai atas.

      Delete
  13. Nk pergi sdiri tp tgk td byk simpang Y ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak de la banyak sangat. xpe boleh follow jer org yang tgh naik tu ramai2 selit kat group dorg. hahaa

      Delete
  14. Nama tempat starting point ke bukit tu?

    ReplyDelete
  15. Kene pakai guide ke tuk naik bukit kutu?

    ReplyDelete
  16. kalau nak hilangkan kutu kucing jemput baca

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS