Forest City, Johor



Assalamualaikum


Forest City yang terletak di Kampung Tanjung Kupang bersebelahan dengan Pelabuhan Tanjung Pelepas pada awalnya merupakan kawasan hutan paya bakau dan didiami oleh penduduk tempatan yang bekerja sebagai petani dan nelayan. Kini Forest City sedang menjalani proses pembangunan hartanah mewah dan elit.


Forest City atau Hutan Bandar Johor merupakan Pembangunan hartanah serba Mewah dan Elit yang terletak di Mukim Gelang Patah, Johor, Malaysia seluas 1,370 hektar. 

Dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan diperkenan oleh Baginda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail. Forest City dijangka mewujudkan lebih 220,000 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan menjelang tahun 2035. 


Sis tengok dari jauh dah macam bangunan terbiar jer. Lama-lama memang jadi hutan bangunan ni sebab dia tanam pokok kat setiap balkoni. Kalau tak dijaga memang jadi tempat pembiakan nyamuk jer. Katanya tak sampai 20% pun yang dah tinggal kat sini, padahal tempat ini mampu menempatkan 700 ratus ribu orang pada satu-satu masa.

Projek ni berdepan dengan pelbagai masalah dari awal pelancarannya antaranya menjadi keresahan rakyat Malaysia berikutan pengaruh China yang semakin berkembang selain harga rumah disana yang disifatkan tidak mampu dimiliki oleh rakyat Malaysia.

Terbaru, nama Forest City menjadi bualan apabila sebuah saluran Youtube, Top Luxury telah menyenaraikan projek mega ini sebagai salah satu di antara lima projek mega yang paling tidak berguna di dunia.


Rumah-rumah sini memang mampu tengok jer. Sis datang sini nak usha-usha apa yang menarik. Tempat ni cantik jer pemandangan dia. 

Tapi nampak macam ramai warga asing tengah melepak macam orang Bangladesh ke Nepal tah. Dia conquer semua tempat yang teduh bawah pokok kelapa.


Antara yang menarik dekat sini ialah terdapat beberapa sculpture haiwan laut seperti singa laut, ketam, ikan Dory dan penyu dibina untuk tarikan pengunjung. Memang rata-rata akan bergambar sakan lah dekat sculpture ni.












Starting from March 2022

Admission: RM 10/person*

Operating hours: Friday to Sunday: 10 am – 6 pm

Ticket Counter: Sales Gallery Ground Floor


Next time datang lagi boleh bawak dak kecik tu mandi pool kat sini. Ada banyak kolam kat sini. Gelongsor dia pun nampak macam best.







Ada kerusi pantai disediakan untuk para pengunjung menikmati pemandangan pantai dekat sini. Pondok-pondok rehat pun ada banyak. Memang selesa habis lah. Cumanya pantai dekat sini dilarang untuk mandi. Memang sentiasa di awasi oleh guard bertugas. Salah sikit tunggu lah wisel dia berbunyi. 

Ada juga watersport kalau nak main jetski or banana boat kat pantai.




So suwitt mak & abah mertua sis! Aumm


Panas terik bak ang bergambo tepi pantai tengahari buto.. hahaa







Stairway to heaven katanyer! hahaa


Menuju ke langit!








Balik tu singgah umah pak su di Pontian.


In a nutshell, kalau nak santai-santai hujung minggu bersama family boleh la datang ke Forest City ni.

Jom layan video : 




 

Comments

Popular posts from this blog

Asykar Pencen!

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

Gunung Besar Hantu, N9

Paintball

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

YUNNAN, CHINA

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha