Pantai Perpat, Johor



Assalamualaikum.

Alhamdulillah, untuk pertama kalinya sis bawa mak ke Pantai Perpat.

Pantai Perpat Laut atau lebih dikenali sebagai Pantai Raja Sehari merupakan pantai milik persendirian yang terletak di Rengit Mukim Sungai Punggor Batu Pahat.

Sejak akhir-akhir ini lokasi pantai ini menjadi tular dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya penduduk di negeri ini berikutan ia merupakan lokasi popular dalam kalangan pasangan pengantin baharu untuk mengabadikan foto perkahwinan mereka.


Masa datang ni dalam tengahari panas terik jugak la! Berpinau mato sis. hahaa. Air laut pun tengah surut




Model of the day! hehehh


Mak & sis


Edisi Throwback :

Sis ingat pernah pergi sini dulu masa mula-mula kawen. Picnic sambil layan angin bayu laut





Kat depan tu meriah orang jual makanan dah macam bazar dah. hahaa.. Kalau petang2 ni memang selalu ramai orang lepak, air laut pun dah pasang. So xde la panas sangat



4 PERKARA JIKA DI PANDANG SAHAJA DAPAT PAHALA : 

 Diterangkan dalam sebuah Hadis Rasulullah SAW. Hanya dengan memandang empat perkara ni pun kita sudah dapat pahala.4 perkara itu ialah :

1. wajah ibubapa
2. Al-quran
3. Lautan
4. Ka’abah

Alhamdulillah, kat Batu Pahat Allah bagi banyak laut dan pantai untuk kami pandang. Dekat dan percuma. Terima kasih Allah...


Next, pak mertua sis bawa kami ke port makan dan lepak santai seisi keluarga di Sungai Lurus, Senggarang. 


Macam-macam ada di sini termasuklah steamboat, goreng2 ala mamak, asam pedas dan lain-lain. Sebelah kiri masih ada kedai2 lama yang popular dengan kerang bakar sambal, satay dan makanan goreng2. Sebelah malam ada masakan belangkas.


Kalau nak datang melepak sambil menikmati keindahan laut boleh jer duduk atas batu atau jeti lama, juga tempat orang memancing.



In a nutshell, kita jumpa lagi gaiss! 

tata

















Comments

Popular posts from this blog

Asykar Pencen!

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

Gunung Besar Hantu, N9

Paintball

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

YUNNAN, CHINA

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha