Episod 7 : Penyesalan di Danau Gunung 7



Assalamualaikum


Day 4 : 17 Ogos 2017, Khamis, 8.00am


Pagi ni kami akan mendaki ke Danau Gunung Tujuh. 




Danau Gunung Tujuh adalah danau yang indah dan unik di Indonesia. Danau Gunung Tujuh merupakan Danau yang terletak di Desa Pelompek, Kayu Aro Kerinci, Jambi. Danau ini berada di kawasan Gunung Tujuh, sebuah gunung yang berada tepat di belakang Gunung Kerinci. Gunung Tujuh masih termasuk dalam wilayah Taman Nasional Kerinci Seblat yang merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO. 


Pepagi ni bersih & comey lagi sebelum murung & comot terok layan trek hadkurr di Danau Gunung Tujuh tu! hahaa


Kata-kata keramat orang Jambi, Jangan mati dulu sebelum datang ke Kerinci!


Kat sebelah homestay kami ada kedai cenderahati. Macam-macam yang ada dijual macam T-shirt, keychain, fridge magnet dan lain-lain. Harganya pun murah dan menarik! So sebelum gerak, singgah dulu usha-usha barang yang ada. Nanti lepas turun dari gunung kami nak terus beli.

Aku sempat beli : 

T-shirt sehelai - IDR 100,000
Keychain Kerinci 8 pcs  - IDR 56,000 (dapat diskaun)

Total lost : IDR 140,000


Layan dulu minum kopi Kerinci! Asyikkk banget!

Akak riang main beskal depan homestay! haha


Ehemmm, Abam Gogo cover macho pula! Mane la hati wa tak cair! Puihhh... hahaa (kekmi jangan mara tau!)


Good morning from Ladang Teh Kayu Aro!


Sementara nak tunggu trak 4x4 datang pikup, kami pun jalan-jalan dulu kat ladang teh kat depan homestay ni jer! Best giler duduk kat sini! Ladang teh ada kat depan rumah jer!


Kak Aimi, model kebun Teh! hahaa




Fresh air! Aku menarik nafas dalam-dalam menghirup energy alam dan menghembuskan perlahan, ah nikmatnya!

Macam hidu Marijuana pulak! Feelin highhh... hahaa

Comey dah tu dik Farah! Tu yang Wak terpikat! ehh.. hahaha

Mama Zura steady boh!

Atin yang always cool!

Roja yang happy go lucky!



Muka pewai tak habis lagi ni lepas turun dari Gunung Kerinci semalam! Pastu hari ni nak kene hiking lagi ke Danau Gunung Tujuh pula! Adehhh.. Niat di hati macam nak lipak jer, sebab kaki pon sakit, jalan kepit dah macam ketam!... (Aku simpan niat ni dalam hati je sensorang) Sebab takut nanti Abam Gogo mengamuk kang! Ye la dia ajak aku join trip ni pon, aku rasa bersyukur dah! hahaa.. 


Bagi menunjukkan semangat setiakawan yang kukuh (Esprit de corps), so aku pun batalkan je la niat nak lipak tu! Kang kene kecam pula! hahaa... 

So, say cheese girls! :)


Ladang teh dia memang cantik! Rasa segar je pepagi ni masuk kat dalam ladang! 


Pepagi dah bikin havoc dalam ladang teh! Teruja! Hahaaa.. Bukan selalu jumpa ladang teh kan! 


Tak puas lagi nak bergambar kat sini, lepas tu Abang Gogo dah panggil balik! Semua orang pun lari mencicit sebab takut Abang Gogo marah kami! Adehhhh...


Bubye ladang teh yang dirindui!


Breakfast dulu, makan maggi. Kat sini memang pagi petang siang malam makan maggi jer! hahaa

Harga IDR 10,000


Naik trak 4 wheel menuju ke pintu masuk Danau Gunung Tujuh.

Dengan kak ipar tak jadi.. ehhh

Awat muka sedih Wak?

Demmit, muka bulat!


Yang lain tu excited betul berdiri ramai-ramai kat depan! hahaa.. Kitaorang kat belakang ni lek2 jer.. 



Muka suci murni sebelum digigit Agas! hahaaa #pandaeyes


Pemandangan indah sepanjang jalan!



Sampai dah di pintu masuk Danau Gunung Tujuh!





Kami start mendaki pada pukul 10.00 pagi.





Trek membajak sawah sama macam di Gunung Kerinci semalam!




Hari ni adalah hari kemerdekaan bagi Republik Indonesia. Mungkin cuti umum, jadi ramai betul orang yang naik danau hari ni. Sepanjang trek memang agak sesak dengan pendaki bawah umur iaitu budak-budak sekolah lah! Haihhh banyak pula drama sinetron sepanjang trek ni. Saweet sangat la tu bercanda naik gunung sambil berpegangan tangan! Kelakar pun ada! hahaa.. Dengan cantik bergaya bawak handbag, pakai seluar jeans, baju kemeja, kasut sneakers converse, macam nak pergi bercinta dekat mall! Turun nanti jangan menangis ye adik-adik! hehee

Tau tak trek menuju ke danau ni sebenarnya lebih hazab dan lumayan dari trek Gunung Kerinci tu! hahaa



Masa naik ni aku memang dah pewai teruk juga! Nasib baik ada Farah dan Wak yang setia menemani aku di belakang! #wakfarah


Sepanjang trek ni, banyak betul serangga dan agas berterbangan! Mungkin sebab keadaan hutannya yang basah dan lembap. Agak rimas dan gatal-gatal. Muka aku habis dah dinodai & dicium oleh agas! Habis la berparut! Kurang la nilai hantaran kawen nanti! hahaa... Wak pula terkena sengatan lebah! Adehhhh.. Bertabah je la!






Nama pun mendaki ke danau tertinggi di Asia Tenggara, jadi kena la hadap medan pendakian yang menyeksakan kaki dan lutut! Lebih kurang macam naik gunung datuk! Trek memang pacak dan mencanak!




Kat sini pun tak boleh berhenti rehat lama-lama. Taman Nasional Kerinci Seblat ni merupakan habitat Harimau Sumatera, jadi dikhuatiri bila beristirehat terlalu lama akan memancing Harimau mendekati kita. Harus terus bergerak walau perlahan dan berhenti hanya beberapa minit untuk meneguk air dan mengatur nafas!









Pendakian dari gerbang pos Taman Nasional Kerinci Seblat sampai ke Danau Gunung Tujuh selalunya mengambil masa dua hingga tiga jam. Tetapi disebabkan hari hujan dan keadaan trek sangat licin, kami mengambil masa sehingga 4 jam untuk sampai ke kawasan Danau.







Superman!



Nak terjun tiruk ke tu!


Sesampai di pinggir danau, kabut tebal menyamarkan permukaan danau di ketinggian 1,950 mdpl.


Hujan turun lagi dengan deras.




Aku orang yang last sampai kat sini. hahaa.. Memang selekeh la dengan selut semua dari hujung kasut sampai kat muka!


Lepas dah sampai sini, tengoklah kasut pun dah tak macam kasut dah! Aku tengah fikir, macam mana la agaknya rupa kasut budak yang pakai sneakers converse yang cantik warna putih tu?! hahaa


Betapa horrornya trek pendakian ke Danau Gunung Tujuh ni! Redho je lah kasut jadi macam ni.


Danau Gunung Tujuh adalah danau volcanic yang menawan terhasil dari proses letusan gunung berapi. Letusan gunung tersebut menyebabkan terbentuknya sebuah kawah besar yang kemudian terisi oleh air hujan sehingga membentuk sebuah danau. Danau Gunung Tujuh mengalirkan air ke beberapa sungai di daerah Jambi.


Memasing standby Gopro! In action we go! hahaa


Lepas tu kami naik sampan nelayan untuk menuju ke seberang tasik. Kena bayar IDR 15,000 seorang.


Yang duduk kat belakang tu semua dah menggelabah! Muka cuak memasing! Sampan kami macam sipi-sipi je nak tenggelam sebab masuk air! So Fizue & Wak gigih keluarkan air dari sampan! Dah la memang xde pon pakai safety jacket! Memang seram betul naik sampan nih! 

Berdebar!

Laju skit dayung tu kak Jura oi! hahaa

Macam pasangan kekasih je nih! Hahaaa... :p



You're an island, I'm just a little boat
I'm heading somewhere I don't even know
Hope you don't mind me stopping by your shore
Come with me and you'll never be alone

Open up your heart to me
We'll explore the seven seas
Sail away and find your dreams

And if you drown, I'll help you keep your head up
And if you drown, I'll help you keep your head up to breathe...






Kalau tengok paras air tasik tu memang skit lagi jer nak masuk dalam sampan tu woi! Memang cuak la memasing weh! hahaaa


Muatan berat!


Sampan dia unik! Diperbuat daripada batang pokok yang besar & ditebuk di tengahnya. Kemudian dicantumkan antara dua atau tiga sampan tu untuk jadikan ia lebih stabil! Kreatif juga mereka nih! Tapi dari aspek keselamatan sampan tu... sendiri mau ingat lah! hahaa.. Memang tak de pun pelampung disediakan! Agak scary!

Paddles on your own risk guys!



Memang campsite kat sini lecak dan basah. Sebabnya hujan turun dengan sangat lebat! Nasib baiklah kami decide tak nak camping kat sini! Dah la sejuk giler2! Dengan angin yang kuat, boleh beku kot! hahaa



Selut 5 inci ni weh! Kasut berat giler sebab selut melekat!






Our guide!


 Danau Gunung Tujuh merupakan salah satu Danau tertinggi di Indonesia. Danau ini berada di ketinggian 1,950 meter di atas permukaan laut dan merupakan danau yang berada diketinggian nombor dua di Indonesia setelah 13 Danau-danau kecil yang terdapat di Gunung Talamau Sumatera Barat di ketinggian 2,750 mdpl. 


Sesuai dengan namanya, danau ini dikelilingi oleh tujuh gunung, iaitu Gunung Hulu Tebo (2,525 mdpl), Gunung Hulu Sangir (2,330 mdpl), Gunung Madura Besi (2,418 mdpl), Gunung Lumut yang ditumbuhi berbagai jenis Lumut (2,350 mdpl), Gunung Selasih (2,230 mdpl), Gunung Jar Panggang (2,469 mdpl), dan Gunung Tujuh itu sendiri (2,735 mdpl). Di beberapa gunung ini terdapat sumber air, yang menyebabkan air di danau ini tidak pernah habis.




Walau jalur pendakian menuju danau ni sangat melelahkan, tapi setidaknya ia terubat dengan keindahan danau gunung tujuh.


Indahnya pemandangan yang tersaji dihadapan kami rupanya tak mampu mengenyangkan perut. Yeah..perut sudah mulai lapar dan bergendang gendut berirama! Pukul 1 kami sampai di sini dan makan lunch pack. Rasa sungguh nikmat menghirup milo panas di tepian danau yang sejuk! Tapi 7 puncak gunung yang mengelilingi danau tidak kelihatan kerana ditutupi kabut putih.






Muka ceria lepas kenyang dapat makan! hahaa


Cowok-cowok ganteng idaman malaya!


Milo cube yang cute! Kecik je rupanya bende ni. Untuk bancuh air milo. Nak makan macam tu pun boleh jer, tapi keras kejung lah! Boleh patah gigi kalau gigit ni! hahaa











Selain sebagai tempat wisata, Danau Gunung Tujuh juga merupakan salah satu sumber pendapatan penduduk tempatan, yang bekerja sebagai Nelayan dan mencari ikan di danau tersebut.




Banner Acah-acah Hikers terbentang di Danau Gunung Tujuh! Checked!



Masing-masing menggigil kesejukan!



Cantik juga pemandangan kabus di tasik! Nampak mistik gitteww!





Mysterious lake!



Acah-acah terjun!



Dah jom balik!

Selut di mana-mana!



Zek, aku dan Farah bergabung! Meletops uolls! hahaa



Mendayung menjelajahi luasnya danau gunung 7


Tenang anak muda!



 Di pinggir danau ni kami dapat melihat pemandangan yang sangat indah. Terdapat air terjun yang indah yang berasal dari mata air Danau Gunung Tujuh. 


Acah-acah dayung! Cantik sangat tasik ni dengan air yang hijau jernih! Kalau tak hujan ni memang boleh nampak sampai dasar!





Dah puas bercanda di danau, kami pun decide untuk turun lebih kurang pukul 2.30 petang. Perjalanan nak turun semula lebih mencabar dari nak naik tadi!
Langit yang tadinya cerah perlahan mulai gelap, mendung tiba dengan begitu cepat. Di tengah perjalanan hujan turun dengan lebatnya! Walaupun hujan kami memilih untuk tidak berteduh, kerana memang tidak ada pun tempat berteduh, dan pakaian pun sudah terlanjur basah lenjun. 


Enjoy je la menikmati perjalanan sambil berhujan-hujanan. Masa ni, semua orang berdesup-desup turun dengan laju. Tinggal lah aku jer tercicir sorang-sorang kat belakang nih! Aku macam dah give up sebenarnya! Mental pun koyak! Nasib baik ada abang gogo tolong sweep aku! Terjatuh, tergolek, tergelincir, tersadung tak payah cerita lah sebab trek yang memang licin teruk! Kau menangis pun tak sape yang tau sebab tengah hujan! hahaa


Masa nak turun tu, aku & Fizue terdengar suara orang menjerit! Lepas tu ada nampak sorang budak ni tengah meracau ke ape tah. Kawan-kawan dia yang lain tengah nak tenangkan dia. Aku saje la nak pergi tengok apa yang berlaku. Aku ni dah la ada level curiosity yang tinggi! Tapi Fizue tak bagi aku tengok. 

Ermm.... aku pun turun je la sorang-sorang! Aku ni nak kata berani sangat pun tak de la. Penakut sangat pun tak jugak! Pastu saja aku toleh ke belakang lagi sambil-sambil jenguk apa yang berlaku. Budak tu macam kena rasuk jer! Tetiba aku rasa seram pulak kat situ! hahaa. Lepas tu Fizue terus la heret aku turun ke bawah tak bagi aku tengok! Caring juga ko kat aku kan sebenarnya! :p hahaa... 


Bila dah sampai kat bawah tu, fuhhhhh.... Lega gila! Ni la pendakian yang paling menyeksakan sepanjang hidup aku! hahaa... Aku terus buang kasut, tongkat, baju hujan, glove, beg semua! Rasa dah tak nak naik gunung dah, tekad ni nak bersara weh! Sampai macam tu sekali penangan sesalan di Danau Gunung Tujuh ni! hahaaa.. 

Lepas dah turun ni, baru la ada rescue yang naik ke atas nak bawak turun budak yang meracau tu tadi. Katanya terkena serangan Hipotermia! Ye la sebab memang sejuk kat dalam hutan tu! 


Kami semua selamat sampai di bawah pada pukul 6.30 petang. Apa pun kenangan di Danau Gunung Tujuh ni memang takkan aku lupakan sampai bila-bila! hahaa


Next, kami nak pergi shopping di Bukit Tinggi! Yeahhhh...













Comments

Popular posts from this blog

Asykar Pencen!

Jumaat Di Kota Mekah

Gunung Silipat, Betong Thailand

Gunung Besar Hantu, N9

Paintball

YUNNAN, CHINA

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS