ABC!


Simpan dulu kat sini for next mission!


Annapurna Base Camp (4.130 mdpl )


Basically bajet semua untuk 11 hari di nepal RM2200 satu orang termasuk flight ticket dan visa. Saya pergi berdua dengan suami so bajet RM2200 tu untuk satu orang. Flight Ticket ,kami spend RM1000 seorang .Sebenarnye boleh dapat lagi murah dalm RM 700 pergi balik,tapi sebab masa tu kami tak decide nak balik bila,so kami beli ticket balik Malindo Air RM700 .Seminggu sebelum gerak kami dah apply visa di Nepal tourism . Visa untuk 15hari RM 95 per pax ( kalau nak buat visa on arrival pun boleh bila tiba di airport ) .Trip kami ni trip persendiriaan ,barulah backpacker suami kate heeh 😂.Memang kami bawa barang pun sikit baju dalam 3 helai sorang and brg basic lah ,sebab masa nak naik bukit nanti kami tak upah porter atau tour guide.


Kathmandu-Pokhara-Annapurna Base Camp-Pokhara-Kathamandu


23 December 2016 

Flight kami petang pkul 2.00pm menaiki air asia.
Jangkaan tiba di Kathmandu pkul 7.00pm waktu nepal.
Sampai di Airport first thing yang kami buat is beli sim card.Ncell paling bagus masa untuk naik ke Annapurna base camp .So masa sampai tu ade lah orang2 nepal yang nak offer teksi lah .Sebab dia kata malam2 takde transport padehal klua je airport dah nampak hotel and ada bas/teksi. Tapi kami dah tertipu so amik jelah and dia terus bawa ke hotel di Thamel Road.

24 December 2016

Naik tourism bas dari kathmandu ke pokhara ( 6 jam perjalanan dari kathmandu ) Kami naik bas pagi2 sebab nak kejar untuk buat Entry Permit di Pokhara Tourism. ACAP & TIMS ( yang ini wajub untuk trekkers ) .Entry permit ni boleh dapat dalam masa 20 minit ( jangan lupa bawa gambar passport lebih ) .Selesai semua kami terus cari bas untuk naik ke Nayapul .Kami naik bas awam saje .So nanti macam2 lah jumpa ehhe ,Nanti konduktor bas akan jerit“Baglung Beni! Baglung Beni!”, naik bas dan beritahu nak turun di nayapul. Di nepal pkul 6 dah gelap so masa kami naik bas ni memang scary sebab sebelah tu gaungggg woiiii. Kami pun bertabah saja. Untuk Malam ni kami bermalam di Nayapul.


25 December 2016 (Hari pertama daki )

Nayapul - Shiwi - Kyumi -New Bridge - Jhinu - Chomrong

Hari pertama daki memang kami push diri to the max .Sebab masa ni tenaga masih banyak and oxygen masih dalam tahap bagus lagi .Total jalan hari pertama 10 jam dalam 20km .Kami bemalam di chomrong sewa hotel dalam 300 npr satu malam .


26 December 2016 ( Hari kedua daki )

Chomrong - Lower Sinuwa - Upper sinuwa - Bamboo - Dovan - Himalaya

Masuk hari kedua stamina dah kurang dan oxygen pun semakin berkurang .Masa ni rasa dah give up sikit sebab penat hadap tangga yang seriously korang tengok boleh nangis haha. So hari kedua klua pkul 6.30 pagi smpai himalaya 8.00 malam. Masa ni dah tahap sejuk dah 3 celcius .Memang gigil .


27 December 2016 ( Hari ketiga ,hari penting )

Himalaya - Deureli - MBC - Annapurna base camp

Hari ni kami keluar awal pkul 6.30 pagi dah gerak sebab takut sampai lewat . So hari ni nervous plus letih sangat . Oxygen kurang .Dah mula makan ubat mountain sickness sebab tanda2 dah ada dah. Semput tak larat nak jalan .So nasib baik ade suami bagi semangat kalau tak dah patah balik hehe.Masa tiba di MBC kite decide untuk bawa satu beg saja dan tinggalkan di guest house satu bag. Akhirnya setelah liku-likuan kami tiba di Annapurna base camp dalm pkul 7.00 malam,dh gelap gak mase ni. -3c masa kami sampai. Woohoooo sejuk noooooooo.So we make 3 days untuk sampai Alhamdulillah satu achievement paling power hehe.


28 December 2016 

ABC - MBC - Deurali - Himalaya - Dovan -Bamboo

Nak turun laju sikit kami ikut laluan yang sama.


29 December 2016 

Bamboo - Upper Sinuwa - Lower Sinuwa - Chomrong - jhinu - New Bridge

Sepatutnye bajet nak terus smpai nayapul tapi sebab kaki dah melecet so movemebt jadi slow dan kami bermalam di new bridge .


30 December 2016

New bridge - Kyumi -Shiwi - Nayapul- Pokhara

Kami bernasib baik berjumpa dengan trekkers dari india so kami kongsi untuk naik jeep dari Shiwi terus smpai ke Pokhara.Dua orang 800npr .Smpai di pokhara kami terus mencari public transport untuk terus ke Kathmandu . Kami tiba di Kathmandu agak lewat malam .


31 December 2016

Berjalan sekitar Tamel Road .So kami decide untuk sewa motor royal enfield dan pergi ke Nagarkot kesesokkannye.Review kata view sana cantik perjalanan dalam 2 jam .Sewa Motor dalam 100myr


1 January 2017

Kathmandu- Nagarkot

Hampa sikit sebab musim sejuk semua pokok mati kan . haha. So tengok debu jelah.


2 january 2017

Siap sedia Untuk pulang ke Malaysia .Yahoooooo !


Tips :

:Kene amik insurance hiking untuk trekking ke Annapurna ni incase terjadi apa2.Saya ambil AiG .So kalau dalam perjalan pergi atau turun terjadi apa2 mereka rescue pakai helicopter . Kalau tak matilanak nak bayar kos heli 😅.

:So sehari total belanja makan 3x ,penginapan,souvenier 
dalam 1500npr to 1900npr which is dalam RM60 to RM 80 sehari .

:Di area Thamel road terdapat kedai2 yang anda boleh sewa barang seperti sleeping bag,snow cap dan lain2 .Sleeping bag ni penting sebab masa winter sejuk dan guest house depa xde heater ( kami main redah sebab nak rasa menyesal sejuk dan memang menyesal sejuk haha temperature paling tinggi -11c dekat abc ,menahan lahh smpai pagi )

:Kalau takde porter atau tour guide jangan risau,anda takkan sesat sebab sepanjang jalan akan berjmpe dengan orang sebab orang2 kampung menggunakan laluan yang sama. Orang nepal sangat friendly .Tanya je ABC mereka akan tunjuk jalan. Dorang faham english. Juga akan berjumpa dgn haiwan ternakan seperti lembu,kambing,kuda.Haiwan2 ni lalu jalan yg sama.

:Semasa nak daki kalau boleh keluar seawal boleh sebab die nepal pkul 6ptg dah gelap.

:Untuk elakkan mountain sickness anda boleh cuba garlic soup.Bawak lah chocolate atau gula2 untuk tambah energy.

:Kalau nak makan briyani nepal yang baik punya dan murah cari Masjid besar area Thamel Road, Murah dan halal dan sedappp.

:Dekat town kene hati2 sebab banyak scammer 😑

:Dekat atas bukit2 tu semua benda kene charge ya.Semakin tinggi semakin mahal harga makanan dan guest House .Guest house dalam 300npr - 600 npr










Comments

Popular posts from this blog

Asykar Pencen!

Jumaat Di Kota Mekah

Gunung Silipat, Betong Thailand

Gunung Besar Hantu, N9

Paintball

YUNNAN, CHINA

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS