Episod 5 : Menggapai Atap Sumatera!








Assalamualaikum






16 Ogos 2017, Rabu 2.30am




Semangat ke puncak

Pendakian ke puncak bermula pada pukul 2.30 pagi, 16 Ogos 2017. Berbekalkan cahaya lampu suluh, kami meredah kepekatan hening pagi dan suhu yang sejuk. Masing-masing memakai jaket tebal, sarung tangan, penutup kepala dan pelindung muka.

Semuanya lengkap bagi memastikan kami berada dalam keadaan selesa sepanjang mendaki ke puncak yang memakan masa empat hingga lima jam.


Dari shelter 2 menuju shelter 3 kami berjalan menegak melewati jalan yang berupa terowongan panjang yang curam. Sesekali tangan menyentuh dinding terowong terasa seperti menyentuh ais. Ya, amat dingin. Hanya cahaya head lamp lah yang menjadi penerang kami menerobos di terowongan panjang, curam dan lembab itu. Bagi aku trek nak menuju ke shelter 3 ni yang paling susah dan mencabar yang pernah aku daki! Benar-benar menguji mental dan fizikal!


Sesekali perasaan gayat dan putus asa menerpa. Disebabkan perlu memanjat tebing yang tinggi dengan akar-akar kayu. Pacak dia memang padu, sehingga lutut bertemu dagu! Ada ketikanya, laluan yang ditempuh terlalu sempit sehingga memaksa kami naik ke tebing curam dan berpaut pada pokok. Nasib baik Fizue gigih guide aku mana nak pijak, mana nak pegang! Kalau tak memang kelaut aku! hahaa.. Thanks awaa

Dah sampai di shelter 3 memang rasa lega! Lepas dah satu hazab! hahaa.. Kami berhenti seketika untuk solat subuh. Aku berdoa minta perlindungan pada Allah dan supaya kami semua berjaya sampai ke puncak dan turun dengan selamat!


Summit Attack Atap Sumatera

Sewaktu melihat ke arah puncak, tampak cahaya berbaris bagai ular meliuk-liuk. Itu adalah pendaki-pendaki lain yang sedang berjalan perlahan menuju puncak. Kami semua awalnya berjalan beriringan namun lambat laun mulai berpecah mengikut pace masing-masing. Namun kami sudah sepakat untuk saling menunggu di puncak.


Pendakian ke puncak ini, kami berjalan di lereng bebatuan yang loose dan pasir kasar. Jika tersalah langkah boleh tergolek dan agak berbahaya. Di tambah bila angin berhembus kencang, abu dan pasir berterbangan sehingga kadang masuk ke mata dan menganggu pernafasan. 


Jika diimbas kembali, sebenarnya summit attack ke Rinjani lagi susah untuk didaki sampai gogo terpaksa towing aku. Sebabnya pasirnya sangat halus dan menenggelamkan kaki. Tetapi di Kerinci tidak boleh dipandang enteng, yang diperlukan sekarang adalah kekuatan mental, semangat dan keinginan kuat untuk mengharungi rintangan yang ada. Oleh itu, kami terus memerah kudrat yang berbaki untuk sampai ke puncak.


Zura : Pa ok tak ni pa?
Fizin : Haaa ok tak ok la ma. Pewai nih!
Zura : Jiommm pa cepat nak tengok sunrise kat puncak ni!
Fizin : Pa tak larat la ma. Sempuittt mak nak.. Cepat towing pa!
Zura : T__T



Muka agak pucat disebabkan cuaca yang sejuk dan kering.

Berehat dulu bagi menghilangkan lelah buat seketika

Muka pewai 

Selfie dulu!

Senyuman manis abam pijin! Ni yang buat kak Jura cair ni kot! hahaa
Peace yo Wak!


Langit cerah pertanda sang fajar telah tiba. Di bawahnya samar terlihat bulatan putih. Itulah Danau Gunung Tujuh. Subhanallah… pemandangan yang sangat indah. Tampak jelas garis horizon dari ketinggian ini. Sungguh sempurna lukisan alam di hadapanku ini. 


Disini aku tidak berhenti lama kerana aku bersendirian sementara teman-teman lainnya sudah di depan dan ada juga yang dibelakang. 

Berdua lebih baik!


Udara semakin dingin diketinggian
Lekaslah bergerak kembali menikmati
Kicauan burung terdengar merdu
Menyambut kedatangan dihutan TUHAN ku
Ketika diizinkan melakukan pendakian ini
Akan kutaklukan gunung api tertinggi dibumi pertiwi
Puncak Gunung Kerinci yang Abadi


Fill your life with experiences, not things, 
have stories to tell, not stuff to show!


Hiking is the answer. 
Who cares what the question is.




Roza yang bersemangat waja!



Abam gogo dah tunggu kat atas tu Roza! Nanti dia marah kang ko duduk lama-lama kat sini! hahaa


Berdesup-desup gogo, Zek & Wak naik ke atas! Tak pandang belakang dah!

Penat dah ke? Sikit lagi Fizin! Kemon!


Tinggi lagi nih! Waduh-waduh....
Group Panik adventure yang sentiasa bikin Panik sepanjang trek! hahaaa


There are no shortcuts to any place worth going.


Titian mustoqim.... Sikit je lagi Farah! Come on bebeh! I Know you can do it!



Walaupun tak dapat menikmati sunrise di puncak, tapi aku dapat layan sunrise sorang-sorang di sini. Sunrise yang sangat indah di waktu fajar, di kejauhan tampak Danau gunung Tujuh.

Muka jangan ketat Zura!



Trek menuju ke puncak!




Dekat di mata jauh namun di kaki! Oh puncak Kerinci kami datang!

I'm ok Wak! Don't worry!

Untuk sampai ke puncak harus berjalan di celah tanah seperti ini agar terhindar dari terpaan angin kencang. Muat-muat boleh dilalui seorang pendaki sahaja. Di kiri dan kanan 'longkang' adalah tebing yang tinggi.

Pewai bersepai!


Aku suka tengok pasangan suami isteri Zura & Fizin nih! Nampak serasi bersama, sekepala, always caring & support each other! Ni barulah sweeper yang setia! Suami mithali tak tinggal bini! hahaaa.. 



Sama macam aku pergi trip Rinjani haritu. Walaupun Pipah dah give up, menangis tak nak ke puncak, tapi Meon tetap bersabar, pujuk & berjaya juga dorang sampai ke puncak sama-sama! Barulah relationship goals kan! Terbaekk!


If you want to go fast, go alone. If you want to go far, go together.

Together we achieve more! #fizinzura

Jangan nangis Kak Aimi! hahaa


Ni pun best juga team adik beradik nih! Fizue ni bagus betul dia jaga akak dia. Risau betul Fizue masa akak dia pewai & kaki cramp! Masa tu Fizue tengah sweep aku yang gayat terok nih, dia pun terus berlari pergi ke kak Aimi. Ok family first!  Memang sayang sungguh dengan Kak Aimi! Untung la kak ada adik lelaki yang macam ni. Bertuah la kot sape yang jadi bini dia nanti! :p Ni baru lah siblings goal! Harap kau dapat jaga aku macam mana kau jaga baik kak Aimi! Ehhh... kbye



Masa kat Rinjani, adik lelaki aku tak de pun nak jaga aku. Tinggal aku lagi ade lah! Hampeh betul! Dia berdesup je naik turun ke puncak! Bertuah punya adik! Cisss.. Tapi ade la juga dia tolong bawak backpack aku! hahaa


Melangkahlah kemanapun kau mahu tapi ingat cepat atau lambat kita semua akan bertemu ditempat yang sama.



Setelah beberapa jam berjalan tibalah kami di Tugu Yudha, berupa dataran luas padang pasir terletak di bawah puncak gunung kerinci. Tugu Yudha ini sangat terkenal dengan ceritanya. Ada pendaki bernama Yudha yang mendaki gunung kerinci bersama adiknya.

Mereka camp di shelter 3 sebelum ke puncak. Ketika mahu ke puncak tetiba kabus tebal menyelimuti pemandangan yang membuat jalur trek tidak kelihatan. Pendaki lain mengingatkan agar menunda pejalanan ke puncak, namun dia tetap degil dan nekad mengharungi kabus tebal tersebut. Kemudian dia hilang bahkan jasadnya tak ditemukan sampai sekarang.



Di belakang aku tu lah trek terakhir yang harus ditempuh untuk menuju ke puncak kerinci! Impian untuk menggapai atap Sumatera semakin hampir!


Untuk mengenang beliau maka tepat di bawah puncak utama kerinci didirikan sebuah tugu yag di beri nama Tugu Yudha. Setiap pendaki kerinci pasti melalui tugu ini bila hendak ke puncak kerinci. Semoga arwah tenang di alam sana dan diterima Allah amal dan ibadahnya. Amin.



Persiapan terakhir menuju puncak!

Setia bersama selamanya!



Renungan tajam abang gogo! Fuhhhh... padu menusuk, tertusuk hatiku sehingga bergetar tulang rusuk! Debar kian terasa!

Saiaaa ta kuad awaa!



Ingin ku lupakan semua tentang dirimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Jauh kau pergi meninggalkan diriku



Farah dan Kak Aimi yang berjiwa kental!


Lepas dari tugu Yudha kami harus mendaki satu trek curam yang panjang untuk sampai di puncak. Disini bukan hanya kaki yang bekerja, bahkan tangan juga. Ya agar langkah tidak melurut dengan batuan longgar dan tidak stabil, tangan harus mencengkam kuat batu. 



Berjalan perlahan namun pasti, keseorangan meniti ke puncak! Sekarang bukan masanya untuk berputus asa! Namun tekad sudahku tetapkan, harus terus mendorong batas kemampuan sampai puncak. Satu hal yang membuatku semangat waktu itu adalah, akan berdiri di Puncak Tertinggi Sumatera, Gunung berapi tertinggi di Indonesia. 

Never give up!

Never give in!


Ada seorang pendaki yang baru turun dari atas mengatakan puncak sudah berada di depan mata. Perkataan itu membuat semangatku bangkit kembali. Segera aku percepat langkah dan tibalah di suatu dataran yang tidak lebar, tepat pukul 8.00 pagi, inilah dia puncak Gunung Kerinci!!! Yuhuuuuu....


The best view comes after the hardest climb!


 Sangat bersyukur akhirnya dapat sampai ke puncak Indrapura! Alhamdulillah! Terasa diri ini begitu kerdil berdiri di lereng kawah di Puncak Gunung Berapi tertinggi di Indonesia! Ni adalah gunung berapi ketiga yang berjaya aku jejaki selepas Rinjani dan Bromo. Kawah dia lebih kurang macam Bromo, tapi ni lagi besar, dengan jurang yang sangat dalam dan ngeri! Rasa amat gerun dan teruja!


Perasaan yang sukar untuk digambarkan bila dah berada di atas ni! The best feeling ever!


Kawah aktif dengan luas 400 x 120 meter dengan kedalaman 600 meter yang terus mengepulkan gas belerang pekat. Belerang naik yang membawa gas beracun, tidak hanya mengganggu pernafasan tetapi mata pun pedih.



I've sat looking down into a volcano that could blown at any moment! Priceless!


My dream is to be a volcano chasers! Addicted! So what's next? hahaa

Eruption of Mother nature!


Mission success! Puncak Kerinci checked! My 1001 bucket list - Fizue!




Alahh buat muka comel pulak dia ni! :p


Summit crater


Negaraku..Oh darahku
Hiduplah sepenuhnya

Dirgahayu semua


Hatiku tetap hanya padamu
Keranamu aku berdiri

Tanpamu cita-cita
Hanya kekal sebagai mimpi
Semuanya bermula dari sini




Ku berikan segalanya
Semua dan sesungguhnya
Cinta dirgahayu
Cinta kau dan aku


It was a childhood dream to watch volcanoes and that fascination will stay with me forever!



Ambil gambar dengan semua signboard yang ada! Bukan senang kan nak sampai kat atas nih! hahaaa

Ehhh eh sempat pula dia selfie kat phone aku! Nakal Wak nih! hahaa


My bucket list no. 20 checked!

Senarai Baldi Saya!


Another great achievement unlocked! The best achievement so far....


Puncak Gunung Kerinci telah berjaya aku tawan! Yeahhhhh! 
Tapi puncak hati awaa? Ermm hati kau keras Tony! Aku mengalah dan beralah!


Jangan mati dulu sebelum sampai ke puncak Gunung Kerinci!


If your heart is a volcano, how shall you expect flowers to bloom?


Standing in the eyes of the world!


Langit berwarna biru cerah waktu itu. Gumpalan awan berlapis-lapis di bawah kami. Luar biasa kami berdiri di ketinggian 3,805 meter. Sepertinya tepat  dinamakan ‘Negeri di Atas Awan’ kerana posisi kami berdiri saat ini lebih tinggi dari gumpalan awan. Suatu kebanggaan atas keberhasilan dari perjuangan yang panjang.



Ni bestfriends sangad! Brother love forever! #apiswak




Life was meant for good friends and great adventures together!

Tahniah Kak Aimi!


Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu... Tahniah Wak dan Farah! So sweet! #tilljannah


It always seems impossible until its done! Believe in yourself & you will be unstoppable! First gunung done! Satu pencapaian yang amat mengagumkan! Kami bangga dengan Farah! Dan Wak pastinya lebih bangga! Ok lepas ni leh pergi ABC lak Farah! hahaa


Pengsan ke puncak Kerinci! hahaaa #teampewai

Usah kabut usah ribut!
Malaysia dan Indonesia di Puncak Kerinci! 


Gandingan padu pendaki dari team Acah-acah hikers vs Panik Adventure!

Wak dah boleh join team Panik tuh! hahaaa







Group Panik Adventure dari Jakarta Barat.


The climb is tough, but the view from the top is worth it!


Di puncak Kerinci kami boleh melihat Kota Padang, Jambi, Gunung Tujuh, lautan hindi dan trek berbatu yang kami lalui tadi! Sungguh asyik dan lumayan pemandangannya!


Jalur gemilang berkibar megah di atap sumatera di ketinggian 3,805 Mdpl!


Saya anak Malaysia!



Tangan sape tak berbedung ni amik gambar! Adehhh... hahaa


Girls power!

Terharu bila Zura peluk kami semua masa dah berjaya sampai di puncak! Thanks for the hug & spirit! We all have a wonder woman inside us! Together we can rock the world! Yeahhhhh

Most enchanting & deadly mountains!


You're just too good to be true
Can't take my eyes off of you
You'd be like Heaven to touch
I wanna hold you so much
At long last love has arrived
And I thank God I'm alive

You're just too good to be true
Can't take my eyes off of you...


To be or not to be,
That is the question,
To die, to sleep, no more....


We do not remember days, we remember moments!


The best and beautiful things in the world cannot be seen or even touched, they must be felt with the heart.


Que sera sera
Whatever will be, will be

Wak janganlah curi-curi pandang aku! Nak sailang abam gogo ke? hahaaaa :p


I don't know where I stand with you. And I don't know what I mean to you. All I know is every time I think of you, I want to be with you.


Kami tidak berada lama di puncak kerana tidak tahan dengan bau belerang yang kuat sehinggakan terasa melekat di hidung dan perit tekak.


 Cintaku tertinggal di Gunung Kerinci! Selamat tinggal puncak Indrapura yang meninggalkan 1001 kenangan!


Thanks Fizue sebab tolong sweep aku sampai ke puncak! Walaupun kadang-kadang kau tinggalkan aku! Aku tau kau penat. Aku tau kau kene jaga orang lain juga. Pastikan semua team selamat naik dan turun. Maaf andai aku banyak menyusahkan kau. Jangan pernah menyesal.

Aku dah la sejenis gayat terok! Thanks sebab mampu bersabar dan guide aku masa nak naik & turun especially kat trek hutan paling susah menuju ke shelter 3 tu. Aku rasa selamat bila kau ada disamping aku. I really appreciate your kindness. Sis terharu! Mungkin waktu tak mengizinkan kita. Thanks for everything! Thanks for a bittersweet memories!


Selamat tinggal. Aku mengundurkan diri!








Comments

  1. Waduh2..cintaku tertinggal lg, lg & lg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakitnya tuh disini... in every mountain! tertinggal lg & lg....

      Delete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Asykar Pencen!

Jumaat Di Kota Mekah

Gunung Silipat, Betong Thailand

Gunung Besar Hantu, N9

Paintball

YUNNAN, CHINA

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS