Snowalk i-City


Assalamualaikum


Baru-baru ni aku sempat pulang ke PJ yang tercinta! hahaa.. So aku bawa la mak jalan-jalan kat I-City!


Kat I City Shah Alam ni, kalau nak masuk mana-mana tempat atau permainan dan nak beli barang atau makanan, kena guna kad I City. Konsep dia macam kad Touch n Go tu. Beli kad, pastu kena top up duit dalam tu. Kad I City tu RM2. Pastu boleh top up duit dalam gandaan 10. Maksudnya kalau nak top up, boleh top up kad tu RM10, RM20, RM30… dan seterusnya lah.


Kiranya just scan kad tu aje nak masuk kat mana-mana bahagian dalam I City tu. Tapi kalau limit kad tu dah habis, boleh je topup kat mana-mana kaunter dekat situ. Satu Kad tu leh guna untuk satu keluarga, lepas ni kalau nak datang lagi just topup aje kad tu.


Harga Tiket ICity


Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)Pelancong Asing (RM)
Dewasa
Pelancong Asing (RM)
Kanak-Kanak
iCard tanpa nilai2222
Top Up ke Taman Air25203530
Top Up ke SnowWalk
sebelum 6 ptg
25203530
Top Up ke SnowWalk
selepas 6 ptg
35304035
Trick Art Museum15152020
Red Carpet35305035

Waktu Operasi

Waktu operasi setiap tarikan berbeza. Tapi secara amnya, untuk tarikan di atas ni, operasi bermula dari pukul 11 pagi.




Tips pergi Snow Walk I City Shah Alam :


- Harga tiket waktu siang lebih murah. Jadi pergilah waktu siang.

- Pakai/bawa kasut siap-siap dari rumah. Jimat duit tak payah sewa kasut. 
Lagipun kasut sewa kat Icity tu jenis but getah, tak memerangkap haba, Jadi tak panaskan kaki pun. Tetap rasa sejuk bila pakai kasut sewa tu. Tapak dia licin pulak tu. 

- Jaket disediakan, tapi nak bawa sendiri pun ok. Sebabnya sejuk giler dalam tu. Pakai jaket berlapis pun masih sejuk.

- Pakai/bawa stoking tebal

- Kalau ada glove, bawak glove siap-siap dari rumah

- Pergi toilet siap-siap kat luar I City (petrol pump)



Eskimo girls! :p



Masuk dalam terowong Igloo! Macam aku pula yang terlebih excited masuk tempat ais nih! Gara-gara rindu terok, tak puas main ais kat ABC haritu kot! hahaaa

Ukiran Ais I-City


Layan lagu ni sambil main ais!


Ice ice baby Vanilla 
Ice ice baby


Best juga main gelongsor ni, tapi macam gayat sebab laju giler dia meluncur! hahaaa.. 




Boleh la amik mood sejuk, training acah-acah untuk next trip ke Everest Base Camp! hahaa


Snowalk ni lebih kepada decoration kiub/blok ais batu. Tempat berjalan, just carpet hijau cuma sesetengah aje yang ditaburi ais batu kisar. Haha. Jalan agak licin..memang kena berhati-hati. Aku pon banyak kali nak gelincir. 


Acah-acah salji!


Train to Alaska! hahaa




Tak dapat main ice sliding kat Antartika, kat I-City pon jadi la... AWETA! hahaaa



Misi Ratu Ais ke Antartika kecundang akhirnya! hahaa


Aweta Semi Final 2018!



Rasa kat dalam ni lagi sejuk dari aku pergi Annapurna haritu! Setting chiller sampai takat beku la tue. Hihihi


Kat Snow Walk ni memang boleh keluar masuk banyak-banyak kali. Kalau rasa tak tahan sejuk dalam tu, boleh keluar rehat kejap kat lobi dia.


Pakai leicu skit sebab tadi bibir dah pucat sejuk amat! 


Lipstick on! hahaa

Comells kan mak kita... ehh


Kat sini ada i-city staff akan ambil gambar & siap print rm35 kalau tak silap. Agak mahal juga sebenarnya! Tapi mak nak beli buat kenangan katanya, so weolls layankan je la.. hahaa


Ice Advanture

"The Jurassic & Ice age Advanture"


Layan Ice Age. Macam ala-ala kat USS. Tapi kecik jer kat dalam ni.


Keluar aje dari snowalk kami ke Ice advanture. Just sebelah Snowalk. Harga just RM5/person, jika masuk Snowalk. Kira pakej la... Kalau tak masuk Snowalk, harganya RM10. 

 Just naik train ala-ala santa claus mengembara kat dalam tu. Antaranya ada pertunjukan filem pendek Ice Age, hidupan dasar laut & lalu ke laluan dinasour.. tapi tak sempat nak snap semua tu.. dalam 10-15minit gak kat sini.


Hari ni ada pakej free untuk masuk ke Muzium Lilin tapi untuk seorang jer. Jadi bagi mak je la masuk dalam tu. Kami berdua lepak kat luar.



Aku dah pernah masuk dah dulu. Leh usha sini :




Iron lady!

Selain tu, kat I-City ni ada juga Trick Art Museum. Muzium Seni Silap Mata ni adalah sebuah galeri seni. Luasnya 8,000 kaki persegi. Dan apa yang ada di sini ialah lukisan seni optik pada dinding dan lantainya. 

Throwback masa aku masuk 5 taon dulu! Fuh..... hahaaa





City Of Light Digital 


Lampu neon yang berwarna warni dalam taman ni pastinya menarik perhatian.


Pohon maple, pine dan bunga-bunga lampu LED yang amat ceria pada waktu malam.


Tapi yang aku perasan, lampu-lampu ni makin kecik kawasan dia. Sebab dulu yang seingat aku datang masa zaman sekolah dulu, memang luas giler kawasan lampu-lampu nih! Dulu lagi cantik aku rasa. Nampak sangat dah lama tak datang sini. Kawasan ni dah jadi kecik sebab dia tambah tempat-tempat permainan kat tepi ni.





In a nutshell, tempat ini memang sesuai untuk rekreasi bersama keluarga. Next time boleh datang lagi untuk mandi manda kat waterworld pula.



Till then gais, adios!


Comments

  1. Parking brape rm ye? Bole bayar guna touch n go ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM10. Boleh pakai t&go make sure baki dia cukup

      Delete
    2. Kanak kanank umor 2thn boleh masuk x??

      Delete
  2. Salam..klu kassut n baju sewa brape??mhal x

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia dah termasuk harga tiket skali utk sewa baju sejuk tu. kasut sy x pasti pula

      Delete
  3. Baby 6month boleh masuk x ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa tak boleh sebab dia ade minimum height utk kanak2. terlampau sejuk kat dalam ni takut baby sejuk sgt

      Delete
  4. Glove kne bw sendiri ke..x disediakn ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena bawa sndri. dia bg baju sejuk je

      Delete
    2. Kami baru pi, dewasa rm60, kanak2 rm50..
      Caj tu termasuk sewa kasut n jacket ke.
      Diorg pun x explain, kami pun agak terkejut dgn cajnye, tp nak x nak kena bayar jugk la sbb anal dah excited

      Delete
  5. Tiket nak masuk Snow Walk ni RM25 ke RM 60. Konfius lak

    ReplyDelete
  6. baru baca blog awak ingat nak bawak anak pergi sana, tapi chat dengan dorang sekarang rate ticket sama pagi smpi malam rm 48. huhuhu..sedih mak

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh yeke. Dah naik banyak juga tu. Boleh try pergi ke Genting Snowalk. Sy bru prgi haritu RM40 tiket entrance. Tp kat Icity lg menarik. Nt klu rajin sy buat review kt Snowalk Genting pula

      Delete
    2. Sis, sy ada baca review genting snowalk tu. Katanya leh masuk setengah jam sorang je.. tu hati masih pilih nk pergi icity ni. Huhu

      Delete
    3. yup betul, kat genting tu sekejap sgt masuk dia. Dalam setengah jam je untuk tangkap2 gambar. Klu kat I-city boleh kluar masuk byk kali sampai puas.

      Delete
  7. Sy review pakej icity skrang snow walk rm60 (adult) /rm50 (kids)

    ReplyDelete
  8. baru nk pergi..!! harga tket rm25. pastu terbaca yg tulis skang rm60.. terus tak jd p hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dari masa depan.lani rm65🤣🤣

      Delete
  9. baru nk pergi..!! harga tket rm25. pastu terbaca yg tulis skang rm60.. terus tak jd p hahaha

    ReplyDelete
  10. sebenarnya tiket 35 ke 60 adoii was2 plak kang dh pergi tiket mahal habis

    ReplyDelete
  11. Harga brp ek...dgr kaba rm60... Saing g kaba rm60...ko tipah tertipu ni...

    ReplyDelete
  12. Harga tiket naik dahhh adult rm58 kids rm48

    ReplyDelete
  13. Hi...harga ticket masuk bg snowalk RM25..apa yg termasuk dlm harga tersebut?habis ada juga harga RM50 & RM60 utk snowalk lagi...confius lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semalam baru pi .. dewasa rm60, kanak2 rm50. sblm pi servey Kat Google rm25/20 je... Terkilan gak tp nak buat camne anak2 dah excited

      Delete
    2. Dewasa rm60, kanak2 rm50.. terperanjat dgn charges sbb survey sblm ni rm25/20je..
      Rase tertipu pun Ade gak. Huhuuu..

      Delete
    3. Tipah tetipu tertipu tipu tetipah.. Tipah tertipu lagi.. 😩

      Delete
    4. Sy rasa.. Kalau survey hrga kt internet tu.. Kena pastkan jgk tahun bila

      Delete
  14. Kalau d rides dlm tu...kire individually priced ke...? Berapa ye...?

    ReplyDelete
  15. Mane satu harga yg sebenar .Ingt nk pergi

    ReplyDelete
  16. Replies
    1. Sedih nya... Baru nk pergi.. alaaa diorang nie nk up harga pn tunggu la bulan depan 😭

      Delete
    2. Kanak2 umor 2thn blh masuk x?

      Delete
  17. Baru td masuk..
    .rm65 dewasa..rm55 budak..

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum sis.. city of light free ye? Park sng x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup area kat luar tu semua boleh je ambil gmbr xyah bayar.. Cuma nak masuk je la kena bayar parking. Parking ok ada byk

      Delete
  19. Harga sekarang xtahulah nutshell. Tgh plan2 nk bawak anak pergi icity snowwalk..sb da janji upah pergi skolah. -hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la sekarang harga makin naik..mendadak pulak tuh.. makin mahai plak sekarang ni..

      Delete
  20. sekrang harga 65 latest.. mahal dah skrg haha

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS