Aweta Semi Final 2018!




Assalamualaikum



Pada 3 March 2018 telah diadakan Semifinal untuk penilihan Ratu Ais yang bertempat di Crossfit Pahlawan, yang terletak di Citta Mall Subang. Aku & Aishah peserta dari Kelantan telah bertolak sehari sebelum tarikh.


Previous entry mengenai sesi pemilihan di Kota Bharu :






Kami perlu berada di sini sebelum pukul 6.00 pagi. Gigih ni awal-awal pagi dah keluar rumah. Aku tak tahu pun nak expect macam mana test yang akan dilakukan. So hadap je la nanti! hahaaaa.. Dah la tak de training apa pun. 


Briefing sebelum memulakan test!



Masing-masing tekun mendengar taklimat.



Ni dia test yang kami perlu lakukan! Phewww.. tengok physical test dia macam dahsyat jer! Lagi dasyat macam nak masuk rekrut asykar nih! hahaaa


Kami dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing. So bila buat fitness test tu kena ikut kumpulan. Tapi markah adalah individu. 

First test perlu lari 5km di sekeliling Citta Mall. Ramai yang peserta dalam ni memang atlet pelari marathon & ultra marathon! Memang berdesup semua! So bagi dorang memang senang je la. Aku yang acah-acah atlet ni memang bersepai lah nak kejor yop! hahaa


Sebelum buat test, Coach Dani akan tunjuk demo dulu. Ada test yang agak susah bagi aku yang tak biasa pergi gym nih! Terutamanya yang kena angkat berat tu. Siapa yang memang kerja dia coach, fitness trainer & instructor gym tu memang kelebihan dorang lah! Memang makanan depa hari-hari main besi! Memang ramai peserta yang dari background fitness!



Pull up, deadlift, back squat 62 kg memang meninggal weh! Namatey rasa, tak terangkat pun. Aku bukan atlet angkat berat! Dah la first time buat ni, pegang besi ni. hahaaa.. Semua test ni ada timing. Buat seberapa banyak yang mampu dalam masa yang diberikan. Nak angkat satu kali pun wa tak mampu, lagi-lagi yang kena squat sambil angkat besi kat bahu tu! Nak terceri beri rasa! hahaahhh.. Rasa mau patah pinggang weh!

Ramai juga yang tak lepas sebenarnya test ni. Semua badan kebnyakannnya kecik molek slim, berat dorang pun tak sampai 50kg, tapi kena angkat besi berat 62kg? Kau rase?? hahaa.. Besi yang angkat dorang kot! :p


Rope climb! Fuhhh susah giler!



Panjat sampai atas kena touch besi tu dikira 1 point! Ramai yang tak lepas juga test ni. Yang boleh buat tu memang padu giler otot upperbody dorang! Ada yang memang askar so tak heran lah! Kelebihan juga kepada mereka yang badan kecik & ringan! Tengok macam senang je dorang buat! Jeles iolls yang badan berat nih! hahaa


Sled (pull & push) Macam simulasi di Antartica perlu tarik beg kat kawasan ais.


Yang ni ok jer walaupun dah rasa sengal-sengal sakit belakang sebab angkat berat tadi!



Ni Metcon kot nama dia. Yang paling penat sampai rasa nak pengsan & pitam! Kena rowing sampai 500km tak silap aku, lepas tu kena lontar bola 5kg kat dinding & kena touch sampai garisan kuning kat belakang dinding tu. Masa lontar bola tu banyak kali tak sampai garisan kena ulang balik.. 

Kena squat dulu sebelum melontar baru dikira satu markah. Bola tu pun aku dah rasa berat giler kot! Adehhh.. serius dah give up! Nasib baik coach yang jaga timing aku tu kacak! Alaaa tapi tak sempat pula nak berkenalan. hahaaa... Ada sapa-sapa kenal tak coach ni? Just nak say thanks sebab not give up on me! hahaaa... Dia kasi support & motivate so aku dapatlah lontar sampai habis 20 kali. Walaupun dah give up banyak kali! 

Lepas tu terus back to back kena lompat atas kotak pula. Fuhhh memang sakit peha & kaki tak ingat. Kena buat semua ni dalam masa 7 minit. Lepas habis ni terus flat masing-masing, sikit lagi nak muntah hijo! Memang kaw-kaw dorang push fitness kami! Bersepai sedaree... hahaaa

Coach tengah push bagi kata-kata semangat masa aku tengah rowing! Aku mula-mula dah laju lepas tu dah mengah! Dia kena konsisten jer. hahaa


Selain ujian fizikal, ada ujian MEPS yang menguji minda dan kecekapan. Ia menggabungkan mental, emosi, fizikal dan sosial. Yang ni ok jer aku boleh buat semua ikatan tali walaupun tak betul semua, crossword puzzle, ingat gambar dalam seminit lepas tu tulis atas kertas & jaga biskut supaya tak hilang. 

Cuma masa buat puzzle tu, masa aku susun dah cepat lepas tu kena tampal atas kertas. Budak yang jaga tu pula baru terhegeh nak cari gam. Tengok masa dah drag! Aisehh man...


Ni ala-ala fear factor! Kena makan mentah-mentah. Peria, halia, bawang putih, ulam-ulam dan minum bersama budu, belacan dan telur mentah! Memang gabungan yang padu! Perlu dihabiskan dalam masa 5 minit! 


Ni senang jer, aku dapat habiskan semua. Terus kenyang lepas minum air budu, belacan ngan telur! Burppp, excuse me! Menggelegak perut! hahahhh... Yang dua orang sebelah aku ni makan tak habis. Aishah sensitip betul tak boleh telan dengan bawang mentah & halia! Kata mak cik bawang? hahaaa


Minum budu, belacan dengan telur sekali teguk jer pedehal! Kebetulan time ni aku selsema! hahahh.. Yang lain terus muntah masa minum tu! wakakaaa



Buat essay pon senang jer. Sampai tak cukup kertas aku nak tulis! hahaaa


Menjahit pun senang! Setakat jahit bunga ros nih! hahaaa


Enjoy je la buat semua task nih walaupun dah namatey rasanya! Dari pukul 6 pagi sampai 5 petang kerahan tenaga! Phewww... No pain no gain!


Pewai bersepai weh! Lagi teruk dari hiking naik gunung nih! hahaaa


Tekun betul akak-akak ni menjahit! Rileks jer macam tak rasa apa-apa!


Aku cuba untuk bertahan selama mana yang boleh! Fuhhh sekarang ni mental kena kuat! Aishah dah surrender di minit yang ke 5! Aduhhhhh..... Aku rasa macam tak tahan nak angkat kaki, tapi tak terangkat... Krem habis weh! Rasa sakit dia ais dia mencucuk-cucuk sampai ke tulang! Ini serius weh! Rasa macam kaki kena hiris-hiris! Serammmmm!


Tahan tak tahannnn! Aku cuba dok bertapa, tarik nafas dalam-dalam!..... Fuh akhirnya lepas juga penyiksaan selama 25 minit!



Siapa agaknya 5 orang protege Ratu Ais itu ye??


Fuhhhh memang giler, kaki aku tak rasa apa dah! Beku macam nak kena frost bite nih! hahaaa


Rendam tangan lagi teruk rasanya dari kaki! Sakit yang tak terkata weh! hahaa... Tapi aku tahan jer walaupun mental dah koyak!.... Walaupun rasa macam kena hiris sembilu! fuhh fuhh


Kemon sis!


Muka masih ada sinyummm... Power2!



Habis sudah penyiksaan untuk hari ni! 


Bring it on bebeh! Sekarang ni dapat ke tak dapat aku tak kisah pun. Aku sebenarnya nak test fitness untuk my next mission, trekking di Banjaran Himalaya! hahaa.. Sebab kalau dapat pun, aku rasa macam tak dapat nak bagi komitmen sepenuhnya disebabkan kerja dan lokasi aku yang berada jauh di pantai timur. So just chill... 

Yang penting pengalaman hari ni memang terbaik, dan tak dapat dilupakan! First time juga buat crossfit ni! Sebab aku bukan kaki gym pon. Selalunya hiking is my gym. hahaa


Finally, selesai 20 cabaran! Terasa sado pula otot lepas dah angkat berat tadi! Don't mess with us guys! hahaaa... Esoknya memang mendapatlah, sakit badan terok giler nak kena drive semula balik ke Kelantan! Adehhhh... seminggu sakit tak hilang! Cramp otot kaki tangan semua! Pergi ofis pun dah jalan macam robot! hahaaa



Thanks for this pain & suffer, Crossfit Pahlawan! Its a new experience for us! hahaa


Challenge accepted! Yeayyhhh




Dr Sharifah menceritakan pengalaman beliau semasa berada di Kutub Selatan. Menarik! Boleh dijadikan sumber inspirasi.



Wajah-wajah ceria sebelum keputusan diumumkan!


Wanita-wanita hebat yang datang dari pelbagai latar belakang! Ada doktor, engineer, JPJ, penguasa, bussines woman, PTD, tentera, akauntan dan macam-macam lagi.


Hakak sado! Bukan biasa-biasa ni.


Berdebar menanti keputusan diumumkan!


Mereka-mereka yang kental dan bersemangat waja! Padu-padu belaka nih!



Tahniah kepada semua yang terpilih! Anda memang hebat. Iron Lady!


Nampaknya perjuangan aku terhenti setakat ini sahaja! Terima kasih kepada sahabat dan rakan-rakan yang sentiasa menyokong aku! Tak pelah tak dapat pergi Antartica, tapi aku ada misi yang lain iaitu ke Annapurna! Kalau ada rezeki, satu hari nanti aku teringin juga menjejakkan kaki ke Kutub Selatan, Antartika! 



Aweta cheers dari rakan-rakan yang berada di seluruh dunia :

Aweta Global!



It's ok. Kita dah cuba yang terbaik babe! No regrets! hahaa


Jom layan video ni :



Gud luck kepada semua peserta yang dapat ke final! 

May the best and fittest win! 


Aweta!








Comments

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS