Gunung Silipat, Betong Thailand




Assalamualaikum




Kali ni sis nak bawa korang naik satu Gunung yang tengah famous dekat Thailand ni! Apa yang unik, Gunung ni sangat terkenal dengan view awan gebu yang superb! Begitu juga sis yang teringin sangat ke sini kerana pesona awan karpet yang terkenal di puncak Gunung Silipat.

Gunung ini sesuai didaki pada sepanjang tahun dan sangat sesuai untuk pendaki yang baru berjinak-jinak untuk mendaki gunung. 


Lanje video dulu :


Gunung Silipat ini terletak di Betong, Selatan Thailand (Yala).
Perjalanan kesini mengambil masa 8 jam perjalanan dari KL. Kami bertolak menaiki bas pada pukul 11.00 malam dan tiba di sempadan lebih kurang pukul 7.00 pagi. 

Semua peserta bersiap-siap dengan pakaian hiking dan peralatan di Masjid Grik sebelum masuk ke imigresen Malaysia-Thailand. 


Kita akan memasuki sempadan Thailand dari Pengkalan Hulu, Perak dan mengambil masa dalam 45 minit selepas sempadan untuk ke kawasan kaki gunung. Passport dan border pas diperlukan untuk memasuki sempadan Thailand.


Aku follow Trip Silipat ni dengan group Konspirasi Pendaki Gila (KPG) selama 2 hari 1 malam. Dengan gogo Eric. Cost RM230 All In Include :

✅ Guide
✅ Permit 
✅ 4wd
✅ 4 men Tent
✅ Meal on Gunung Trip only
✅ *Transportation from KL, Bas dari LRT GOMBAK -BETONG-LRT GOMBAK *
✅ Expedition Crew


NEGARA GAJAH PUTIH, THAILAND

Sawadeeka, Kap phun ka! Chan Rak Kun. :p
Betong Customs House!




Panjang juga kena beratur kat sini.


Selesai urusan imigresen, kami berkumpul dan bergerak ke Iyerweng untuk sarapan. Kami tiba di starting point 11.00 am waktu Thailand dan packing barang untuk tidur di campsite nanti.


Thailand terkenal dengan syurga makanan. Siapa yang gemar food hunt boleh try kat Betong. Walaupun Betong tak sebesar bandar lain seperti Hatyai & Krabi namun korang boleh try makanan tempatan yang ada dekat sini.



Untuk ke Gunung Silipat, perlu ikut ROUTE 410 menghala ke YALA. Lebih kurang 28km anda akan berjumpa satu perkampungan iaitu KOMO
28 Iyerweng bergerak sehingga terjumpanya masjid di sebelah kiri jalan. 

Disinilah pendaki-pendaki akan menaiki powil ke starting point Gunung Silipat.


Awal perjalanan menaiki powil... masih lagi tersenyum... 
Teruja, rasa tak sabar! hahaa.. 

Pertengahan jalan masuk jalan hutan.... ha rasakan!...


Pengalaman naik powil ni memang agak thrill! Dah macam ikan sardin bersesak dengan backpack yang menimbun. Sebabnya jalan hutan dia untuk menuju ke starting point untuk hiking agak mencabar, sempit dan curam. Memang rasa nak tergolek & macam sikit lagi dah nak masuk gaung! 


Perjalanan amat menguji di saat terhuyung hayang mengikut ayunan powil. Kadang senget ke kiri, senget ke kanan, kadang mencanak ke atas dan paling siksa bila terpaksa menunduk dan mengelak kepala dari ranting dan daun-daun pokok. Sakit wehh kalau tergesel dan tak sempat mengelak dari terkena dengan pokok-pokok di tebing.

Macam-macam drama atas powil tuh! Memang seram! Kami naik powil lebih kurang 45 minit yang sungguh mendebarkan! hahaaa 


Tahap kesukaran gunung ini di skala 3/10 tetapi skala ini mungkin berbeza mengikut tahap individu. Waktu tempatan (Betong ) juga berbeza 1 Jam dari waktu Malaysia. Jadi rancang perjalanan anda.


Hiking lebih kurang sejam untuk ke kem site. Trek dia mula-mula dia dah bagi pacak tak de diskaun! Lepas tu, mendatar sikit, ada naik turun bukit. Lalu di kawasan kebun dan ladang getah.



Disebabkan sis dah lama gler tak hiking, memang agak semput! hahaaa.. Thanks Lan Luilui yang tolong sweep sis yang pewai ni. hehee



Lepak dalam hammock jap! hahaa


Kawasan tapak perkhemahan di gunung ini agak luas. Disini ada kemudahan tandas awam (Cas 10baht) kebersihan tandas awam di tapak perkhemah agak memuaskan. 


Terdapat juga kedai runcit di kawasan perkhemahan akan tetapi tiada punca air di kawasan perkhemahan ini dan tandas juga tidak dibenarkan mandi.

Sway with me baby!


Lepas kemas barang-barang dalam khemah, kami bergerak menuju ke puncak. 


Lebih kurang pukul 5pm semua peserta bersiap-siap untuk ke peak nak layan sunset. Track ke peak berbatu seperti track Bukit Tabur hanya mengambil masa 30 minit (untuk pace slow).


Tiba di puncak untuk menikmati sunset sambil mengingati cinta kenangan silam, tapi sunset tiada! uhukkkk.. 

Follow me..

Mas vs Thai


U jump i jump!

Dinner is ready!


Lepas dinner, kami pun naik semula ke puncak nak layan bintang -bintang di angkasa! Gittewww....


Bintang-bintang kelihatan jelas malam ini kerana cuaca baik!


Jika engkau minta intan permata
Tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang
Dari langit untukmu


Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu

I was lightning before the thunder
Kredit to our photog, abam Reezqi! Moga murah rejeki selalu! hehee


I always wonder if you miss me as much as I miss you... #babysayang


Milkyway aka Laluan susu checked!


I'm no photographer, but i can picture us together!

Penampakan sosok misteri! hahaa



Hikarimoji Light Graffiti! hahaa

NADZ


Are you related to Yoda?

Because yodalicious & yoda only one for me!

Battle of galaxy!
Berkhemah- berkhemah sama si Nopal! ehhh


Esok pagi, seawal 7.30am semua dah bangun dan bersiap untul sunrise attack. Tapi kabus agak tebal di kemsite. Macam tipis jer harapan nak tengok matahari terbit. 8.00am kami mula hiking dan kurang dari 30 minit dah sampai peak. 


Bancuh sendiri air! hahaa... Layan diri..
Makan2! So shedappp dap!


Dapatlah layan kabus tebal sebab malam tadi hujan. Kami bersarapan ringan di peak dengan roti bakar cicah air kopi panas. Sangat nyaman dengan keadaan yang sejuk di peak. 


Tiba di puncak untuk menikmati keindahan awan karpet, tapi malangnya awan karpet tiada! uhukkk... 

Dengan ini, sis dah malas nak naik gunung! hahaa


Semua kecewa sebab tak dapat awan karpet! uhukk




Kabus tebal meliputi seluruh pemandangan kawasan sekitar menyebabkan kami tidak dapat melihat pemandangan gunung ganang dari puncak dengan jelas. 


Tapi apapon, gambar tetap onzzz! Demi sesuap like di Instagram! hahaaa


360 darjah di puncak Gunung Silipat dipanggil ‘The City in the Fog’

Gaya Dua-Lipa dari jejaka kacaks idaman malaya! hahaa
Bak sini bak sini...


Gunung Silipat 609 meter dari aras laut checked!

You guys Awesome!



Lebih kurang pukul 9.30am, kami semua mula turun dan packing untuk mendaki turun ke starting point semula.


Yeayyy dapat sijil!

Angkat sauhhh!

Bagi mengubati kekecewaan terokss disebabkan ketiadaan sunset, sunrise & juga awan kapet gebus di puncak Silipat, kami pun berhasrat nak terjun tiruk di waterfall!



Kena trekking dalam setengah jam untuk ke kawasan air terjun!


Chaloem Phra Kiat Ro Kao Waterfall. 
Tergeliat lidah sis nak menyebutnya! hahaa



Memang naiss view dia!

Padu!

Cantik air terjun dia! Teringat pula macam kat Chemerong Waterfall! hehee

Chemerong, Berembun, Langsir (CBL)

Nice slow shutter! Kena berguru ni ngan abam2 photog otai nak amik gambo macam nih! hehee
Ayuhh kembali pulang ke pangkal jalan! hahaa

Balik tu singgah bandar Betong sempat la pi Thai massage! hahaaa... 
Tegang urat kaki ohoiii lepas turun gunung! 

Gud Bye Thailand! Till we meet again.


Silipat is gonna be my last mountain for this year or forever?! hahaaa.... Only God knows! Actually, list gunung sis masih lagi banyak, tapi rasa macam dah tiba masanya untuk sis settle down. Dengan ini, sis ingin mengumumkan persaraan dalam arena pendakian! 

#gantungbeg#gantungkasut#nomorepewai#barai#bersepai


Kalau ada yang rindu dengan sis masa on trek, boleh la usha-usha sis punya hiking log :



In a nutshell, see you when i see you! 

kbai... XOXO

























Comments

  1. Boleh mintak no tel..nak wassal pasal trip sis baru2 ni..gunung silipat..bulan depan saya nak kesana

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS