TAIWAN DAY 7



Assalamualaikum



15 Mac 2019, Jumaat, 8.00 am


  Jiufen Golden Waterfall - Jiufen Old Street - Shifen Waterfall - Zoo Taipei - Taipei 101 - Chian Kai Shek Memory Hall 


Hari ke-7 pengembaraan kami menjelajah tempat-tempat yang rare di bumi Taiwan diteruskan lagi. So harini banyak tempat yang kami nak pergi. Study map sat, takut tersesat ke hati awaa pula nanti! 

ehhh..


Lokasi yang kami nak pergi ni semua agak jauh juga. Mujur kami sewa kereta untuk memudahkan perjalanan dan juga dapat menjimatkan masa.

Kami ingin menuju ke Jinshui Road, Ruifang District, New Taipei City.


Jinguashi terkenal dengan lombong emas dan tembaga di zaman penjajahan Jepun. Walaupun hasil mineralnya telah habis, tempat ini masih menarik ramai pelawat yang ingin tahu mengenai lombong emas dan telah dinamakan sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun 2002.


Melalui kawasan perlombongan emas menuju ke Jiufen Golden Waterfall.


Area sini adalah dikawasan tanah tinggi pergunungan. Suasana kat sini memang damai dan nyaman! Tak leh bincang gak dia punye angin sejuk tuh! Menusuk ke tulang rusuk! Nasib baik sis pakai windbreaker! hahaa


Golden Waterfall, yes, it’s nice to see and nice to be with it……but beware, it is toxic!

Abi, Fuzah, Nadz, Zana



Lawa giler view kat sini!


Air yang mengalir ke gunung dari loji pemprosesan mineral yang terbiar adalah sangat toksik. Ia berwarna kuning kerana deposit tembaga dan besi yang mengalir melalui lombong Jinguashi lama. 


Mountain between us!



Jalan-jalan di Jiufen sambil layan view indah!



beautiful ocean view of Keelung outer sea

Juifen Old Street


Time for window shopping! hehee


Cuci mata sambil menipiskan poket!


Minuman populer di Asia, iaitu “Bubble Tea” atau “Boba” diperbuat dari susu dan tepung tapioka adalah berasal dari Taiwan.


Sekarang ni kedai bubble tea semakin meluas kat Malaysia. Tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan!

Aiskrim potong yang sedap!
Mai secawan!

I love you baby!


Beli coklat as souvenier untuk kawan-kawan.

Muah ciked!

Will you Marry me sayang?!

Lain macam dia punya kotak coklat ni! hahaa


Ni semua sejenis coklat ye gaiss! hahaa


Kreatif packaging dia! hahaa

Cute panda!


Century egg/ thousand years egg ataupun dipanggil telur pindang! Macam seram je tengok!


Telur Pindang adalah makanan herba tradisi orang cina. Resepi dan adat merebus telur pindang juga berasal dari negara china. Biasanya telur ayam digunakan untuk membuat telur pindang. 


Telur ayam mentah akan direbus dengan herba-herba tertentu sehingga berubah warna kulitnya, sehingga berubah menjadi perang gelap, manakala isinya (telur putih) akan berubah warna menjadi perang cair. Masa merebus bergantung kepada resipi, namun biasanya melibatkan masa panjang (sehingga beberapa hari).


Dah boleh masuk rancangan Fear Factor gaisss! Makan makanan exotic! hahaaa


Rasa macam nak muntah hijo doh tengok telur kuning dah bertukar kaler hijau tuh! hahaaa... Phewww.... kembang tekak sis! 


To eat or not to eat?? hahaaa... Aku mampu makan yang jelly tu je la, rasa macam aneh2, masin-masin pahit! Yang hijau tu aku tak berani makan, takut muntah serta merta kat situ! hahaaa


In a nutshell takes Taiwan! hahaa


3 batang pen TWD100 lebih kurang RM13.


Jiufen sangat berbeza dari bandar Taipei yang moden. Tempat ni penuh sesak dengan lebih ramai pelancong yang datang melawat pada hujung minggu.


Tempat ini seperti Taiwan pada zaman dahulu (macam little Hong Kong), dengan banyak kedai yang menarik.

Jiufen Mountain View


breath taking view of the ocean and sky

Panorama of the village
To Shifen Waterpark


Sebelum sampai ke air terjun, anda perlu berjalan kaki merentasi titi gantung yang bersebelahan dengan rel keretapi. 


Kalau nak datang sini korang kena tengok opening hours dia. So kena datang awal sebab petang dalam pukul 4.30pm dia dah tutup. 

Entrance fee TWD80 lebih kurang RM10.


Lalu jambatan gantung!

Custard Apple!


Ramai betul manusia kat sini! hahaaa


Shifen sangat terkenal dengan Shifen Waterfall berukuran 20 meter tinggi yang menghasilkan pantulan pelangi jika terkena cahaya matahari, menjadikannya antara pemandangan yang paling indah di Taiwan.


Air Terjun Shifen adalah air terjun yang paling terkenal di Taiwan dipanggil dengan nama 'Niagara Falls' Taiwan. Nama samarannya yang lain iaitu "Rainbow Pond".


Thinking of you....




Spectacular sight of the Shifen Waterfall as you cross the suspension bridge.



Harga tanglung 150TWD iaitu lebih kurang RM20.


Salah satu lokasi wajib yang anda harus jejaki apabila bercuti di Taiwan ialah Shifen Old Street. Di sini anda boleh menerbangkan tanglung di atas laluan keretapi selepas menulis impian, harapan dan cita-cita anda di atas tanglung tersebut.


 Anda pasti teruja melihat tanglung terbang tinggi membawa doa-doa yang ditulis oleh mereka di setiap penjuru tanglung naik ke atas langit. 


Pekan kecil Shifen ini sangat menarik kerana pengunjung boleh merentasi rel keretapi untuk merakam gambar dan melepaskan tanglung yang telah ditulis hajat. Keretapi akan melalui pekan Shifen ini dengan kedudukan yang sangat hampir dengan kedai-kedai dan aktiviti harian yang berhampiran rel.


Diingatkan anda perlu berhati-hati sebab keretapi akan lalu pada bila-bila masa. Sila patuhi arahan yang dikeluarkan ketika berada di sini.





Next location, Zoo Taipei!


Zoo Taipei memiliki habitat-habitat bertaraf antarabangsa untuk haiwan-haiwannya seperti beruang panda yang paling popular. Disini juga terdapat Gondola Maokong yang membawa para pelawat setiap hari ke lokasi berbukit yang menghijau. Hentian terakhir berdekatan dengan ladang Teh Maokong di kompleks Kuil Zhinan yang ceria berwarna-warni. 


Nak masuk Zoo kat Taiwan ni murah je. NT60 bersamaan dengan lebih kurang RM8. Siap dapat pakej boleh tengok beruang Koala & Panda! So kalau dah sampai Taiwan, wajib la datang sini gaisss!


Teruja pula tengok si Coco Crunch nih! hahaaa


Jauh betul merenung masa depan!

Geramnya rasa nak peluk sebab gemok comels sangat!


Ni lagi sekor yang buat sis geram! hahaa


OMG too cute too handle! Rasa macam anak patung yang tengah berjalan! hahaaa...


Sis kenot tahan la tengok panda ni... Comel sangad-sangaddd! Aduhhh!


Awaaaa... nak bela Panda sekor please!.... uhukkk.. They're so goddamn cute!


Selaku Panda's Lover, sis rasa macam nak gila masuk kedai souveniors panda nih! hahaaa.. Teruja bak ang! Macam nak beli semua! 


My spirit animal is a Panda! hahaa

Baby Panda!


Nothing black & white except, Panda!

I just freaking love, Panda!


Life is better with a Panda!



I am Pandastic, just the way i am! :p


Sampai dalam toilet pun ada panda juga! hahaa

tengah bersidai


She Wolf!



Ni pun too cute!
Happy Feet!



Ada penguin jenis lain jugak!



Adehhh, sis Kesian tengok Bison ni yang meraung sambil mundar mandir tak keruan dalam kandang nih! Patut kena ada Bison betina sekali baru la mereka hidup bahagia!


Cute namati katak kuning nih! Nak bela juga please....


Size katak ni sebesar duit syiling 50 sen! Ahhh.. to cute to handle!


Frog in wonderland!
Chameleons
Dia datang dengan lenggang-lenggoknyaaaa! ahaiii
Oittt kemain labi-labi terlampau ke hape nih! :p
Ular Albino!
Gila!hahaa
Geli pulak tengok Gila nih! hahaa

symposium gecko ke nih?


Makanan halal kat Taiwan ni macam susah juga nak jumpa. Kami dok makan kat kedai Indon ni je.


Ayam penyet dia harga boleh tahan juga lebih kurang RM15-RM20. Sedap!


Malam terakhir di Taiwan! Jalan-jalan sekitar bandar Taipei.





Tudiaaa.. aksi lipat photographer demi mengambil sekeping gambar! hahaa

Nice angle!


Kredit to photog Momo & Anas!




Teringin nak naik menara ni tapi kena bayar agak mahai juga! So tengok dari bawah je la mampu. hahaa

Rasa macam retis! kahhh3


Train di Taiwan. Agak confius juga sebenarnya. So kena study dulu nak pergi ke mana. 



Kembar ke ni?? Sorang merah sorang biru. Hahaa


National Chiang Kai-shek Cultural Center

Bangunan National Theater dan National Concert Hall yang menyerupai istana diraja Cina bersama dengan Hotel Grand telah lama menjadi permata seni bina di Taipei. 

Teater dan dewan konsert terletak sebelah menyebelah di hadapan Chiang Kai-shek Memorial Hall yang digelar CKS Cultural Center. Dua bangunan ini dijadikan lokasi berkelas tinggi di Taiwan untuk persembahan kesenian. 


National Chiang Kai-chek Memorial Hall dan halaman indah terletak di hujung jalan Zhongshan yang dibarisi pokok-pokok di bahagian paling selatan. Struktur bangunan setinggi 76 meter yang berdindingkan batu marmar cukup simbolik dan menakjubkan.



Night mode photography!




Previous entry :





Jom layan video :




In a nutshell, tamat sudah penggembaraan kami selama seminggu di bumi Taiwan aka Republik China! Taiwan adalah salah satu negara asia yang melestarikan budaya tradisionalnya dan unik. Kisah suka duka dan kenangan semasa mendaki Gunung Salji aka Xueshan akan sentiasa terpahat di hati kami!


See you when i see you!


#cintakutertinggaldipuncakSyue






Comments

  1. Assalamualaikum dear,

    nk tau, carik kereta sewa dengan siapa ye kt Taiwan.. ada contact tak?

    Thank you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bole search fb mr Liu Ban En. Dia org Malaysia yg stay dekat Taiwan. No contact +886975696169

      Delete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS