Trans CBL Trip!




Assalamualaikum



31/3 - 3/4/2017

Jumaat - Isnin


Ekspedisi Santai Chemerong-Berembun-Langsir (CBL) selama 3 hari 2 malam ni disertai seramai 15 orang iaitu 14 peserta dan seorang guide, Abe Mizan. Ekspedisi ni dikelolakan oleh gogo, Fai Fai & the geng.


Disebabkan line up trip kali ni aku sorang je yang dari Kelantan, aku telah bertolak sehari lebih awal iaitu pada hari Jumaat. Yang lain semua
dari KL, Seremban, Penang dan sorang gadis import dari Singapore! hahaa.. Dari Kota Bharu aku menuju ke Paka mengambil masa lebih kurang 5 jam juga melalui Lebuh Raya Pantai Timur. Tapi masa otw ke Terengganu aku dah siap2 waze Masjid Al-Mukhtafi Billah konon nak recce jalan, tapi ni masjid di Kuala Terengganu. Rupa-rupanya aku salah tempat! hahaaa.. Aku pun lepak jap kat Pantai Batu Buruk ambil angin sebelum meneruskan perjalanan ke Dungun!

Sabtu - 1/4/2017

Aku stay di bandar Paka satu malam & esok paginya bergerak menuju ke Masjid Sultan Mahmud di Bandar Al-Mukhtafibillah Shah menghala ke Pasir Raja. Kat sini jumpa geng-geng yang lain, amik ration dan seterusnya menuju ke Hutan Lipur Chemerong.




Dah lama teringin nak ke CBL sebenarnya bila ramai geng-geng hiking share gambar ada sungai jernih & air terjun cantik kat sini! CBL,  bukan Cinta Bunga Lestari tau, eh? hahaa.. CBL adalah singkatan bagi Air Terjun Chemerong, Gunung Berembun dan juga Air Terjun Langsir. 

Line up kali ni padu-padu belaka! Geng-geng hiking adik aku, Arip. Start hiking lebih kurang pukul 10 pagi. Permulaan trek jer lebih kurang 3 jam lebih layan trek mencanak-canak dan pacak dengan beg berat! Aku dah start pewai bersepai nih! Tetiba terbit rasa menyesal join trip nih! Kalau beg berat, aku memang mental koyak! Al maklumlah, tak biasa pergi camping! Selalu dayhike jer bawak beg kecik! Yang lain-lain tu dah berdesup ke depan! Dahsyat betol! Hahaaa


Lepas tu tengok hari dah semakin gelap. Memang hujan lebat selebatnya  mengiringi perjalanan sampai di Bukit Taubat! Rasa macam naik bukit penghapusan dosa! Kalau aku menangis time ni sebab layan trek pacak pun tak siapa yang tau sebab, lebat kat luar ni lagi dahsyat dari lebat dalam hati aku! hahaaa. Memang lenjun habis baju, beg, kasut semua!


Masa nak keluarkan gopro selfie kat sini, handphone aku telah terkorban sebab terjatuh dalam rain cover kat beg dan berenang-renang dalam air hujan yang bertakung kat bawah beg! Itu pun aku perasan setelah beberapa jam kemudian masa nak betulkan kedudukan beg aku sebab lenguh bahu. Aku pegang kat bawah beg macam ada benda. 

Rupanya phone aku dah selamat berendam dalam tuh! Cissss ni semua salah Arip, masa dia tengah keluarkan gopro aku kat poket beg belah atas tu, phone pun melurut jatuh. Ganti balik! uhukkkk! Memang gambar-gambar yang aku tangkap sepanjang perjalanan layan trek pacak tadi, sebelum hujan tu semua dah lost jahanam! Tepon masuk air memang tak leh wat apa dah. Padahal aku baru beli jugak phone tu beberapa bulan yang lalu! huhh


Dah sampai kat sini, hujan dah tak berapa lebat sangat. Cuma rintik-rintik jer! Lepak jap hilangkan lelah. 


Sampai di Sungai Bangan lebih kurang pukul 4 petang dan hari dah nak semakin gelap. Sungai Bangan ni sebenarnya ada gelaran lain seperti Sungai Balu ataupun Sungai Bangang tapi aku rasa hanya mereka yang pernah layan trek ni jer yang tahu kenapa ianya dipanggil Sungai Bangang. Memang macam bangang layan trek nak sampai sini! Hahaa


Tapi sesampai jer kat sini, tak de pun sungai jernih kehijauan seperti yang digembar gemburkan tu sebab hujan lebat tadi kan! Bengang juga bila sampai kat sungai bangang ni air jadi coklat macam air kopi! Aishhhh sedihhh! Tak de rezeki kami nak layan tiruk kat sini! Adakah ini tandanya aku kene repeat balik trip ni! Ohhhh tidak! Pikir 10 kali dulu sebelum nak naik sini balik! Serik2! hahaaa



 Trek yang semakin padu, mencanak pacak selepas Sungai Bangan memang cukup mencabar kesabaran kami dan amatlah membangangkan sebelum melalui trek yang lebih landai di Taman Bonzai hinggalah ke Puncak Air Terjun Langsir. Memang lagi dahsyat dari bukit taubat tadi sebab kali ni trek licin, pacak 90 darjah dagu bertemu lutut! Dengan tenaga yang dah tinggal sisa sisa terakhir dan beg berat, memang pewai terok! Fuhhhh


Thanks kepada Burhan yang tolong ambilkan gambar ni semua. Kalau aku dah penat sangat nak pegang gopro pun tak larat. Kalau tak memang simpan dalam beg je la kamera aku! hahaa


Jumpa akak guide padu yang bawak segerombolan geng naik CBL. Team dorang ramai dalam 30 orang kot! Meriah!


Banyak pokok periuk kera di sepanjang trek!
Abam Gogo, Fai Fai berdesup laju!



 Agak kejam treknya bagi kami yang dah lenguh memikul beban beg galas di bahu tapi masih lagi nampak wajah ceria di muka masing-masing. Trek santai katanya!… hurmmm


Ekspedisi kami bermula di Hutan Lipur Chemerong, menuju ke Air Terjun Langsir dan ke Jeram Lesung untuk bermalam dan perjalanan pulang pula akan melalui Puncak Berembun & Air terjun Chemerong sebelum kembali semula ke Hutan Lipur Chemerong. 


Akhirnya dalam pukul 7 malam aku dan geng2 gegadis pewai selamat sampai di tapak perkhemahan dekat dengan jeram lesung. Kat lata langsir tadi memang ramai giler orang camping situ, memang sesak! Sebab lokasinya dekat dengan kawasan lapang air terjun dan boleh tengok view sunset & sunrise. Kami sempat lepak sekejap kat Lata Langsir berehat. Geng-geng gogo yang otai-otai padu tadi dah sampai awal dan siap pacak fly & khemah dan sediakan makan malam. Malam tu memang tidur lena lah dengan sakit kaki & bahu! hahaa

Ahad - 2/4/2017


Esok pagi breakfast dulu sebelum melakukan aktiviti mandi manda dan terjun tiruk!


 Hari kedua memang tiada apa-apa aktiviti selain daripada makan, mandi, tido, mandi, makan, mandi dan melepak hinggalah ke malam. Seharian kami semua berkampung di Jeram Lesung. Airnya yang jernih dan sejuk memang boleh mengugat keimanan masing-masing. 


Khemah kami memang sebelah sungai jer!


Naik kat atas sikit pun ada air terjun dan kolam jernih!


Tu la jeram lesungnya!


Taa zabar nak terjun kat kolam belakang tu!





Crystal Clear Water Pool


“You can't stay in your corner of the Forest waiting for others to come to you. You have to go to them sometimes.”

― A.A. Milne, Winnie-the-Pooh


Time to swim! yeayhhh


Air dia memang sejuk, jernih dan nyaman! Ada satu group yang pergi turun balik kat Sungai Bangang tu nak mandi kat sana. Maybe air dah jernih macam kat sini pagi ni. Kitaorang tak sanggup la nak layan trek mencanak dalam sejam jugak nak ke sana lepas tu nanti kene patah balik kat kem sini! Semputt mak nak! hahaa


Dapat mandi kat sini pun dah puas! Berbaloi-baloi la dengan pendakian yang perit semalam! hahaa


Pelampung dah datang! Tapi masa ni macam nak start hujan dah! Berkabus!





Lepak kat dalam jeram lesung. Ajet-ajet macam bersantai kat jakuzi! hahaa


Terjun tiruk dalam jeram lesung! Memang dalam lubang ni tapi jangan risau, korang akan terapung balik sebabnya air terjun dia sentiasa mengalir masuk ke dalam lubang nih! Abam guide dah standby kat tepi untuk rescue! hehee




Lepas dah puas mandi manda, hujan pun turun lagi dengan lebatnya! Apa lagi lepak bawah fly tidor, sembang, bergossip & makan! Aku ingat ke dorang semua ni dah lama kenal almaklumlah aku kan tak kenal sape-sape masa join trip nih kecuali adik aku! hahaa


Rupanya dorang semua pun baru kenal kat sini. Memang masuk air semuanya! hahaa... Sembang kencang bawah fly pom pang-pon pang sampai nak roboh khemah! kah3. Sampai khemah sebelah pun rasa nak join sekali! ;p

Jemput makan cekodok bilis & minum petang!


Petang tu lepas hujan dah reda, aku & geng gossip bawah fly nak pergi tengok sunset dekat dengan air terjun langsir. Kene trekking hutan dalam 15 minit dari tapak perkhemahan kami. Dalam perjalanan tu jumpa sungai kecik yang cantik! Memang ni hotspot juga tempat orang ambil gambar kalau datang kat CBL nih!


Air terjun langsir!

Ada bunga sakura pulak kat atas gunung ni!


Kat kawasan ni semalam memang padat & penuh dengan khemah. Harini dah lengang sebab ramai yang dah turun.


Pemandangan kabus belakang tu memang terbaik!

Ayeng, Ara, Aku, Fuza & Ieja



Matahari macam segan-segan jer nak munculkan diri petang tu! Sebabnya cuaca mendung baru lepas hujan. So layan pemandangan gunung ganang dan kabus je la!


Lepak kat sini sampai malam sambil layan bintang-bintang di langit!


Lepas tu dah kena panggil balik ke kem sebab dinner dah siap! Sorry gogo kami lepak lama-lama kat air terjun langsir tadi! Sebabnya abam guide abe Mizan pun ada juga lepak sekali join the club! hahaa

Dinner is ready! Yummehh


Isnin - 3/4/2017


Lepas jer solat subuh, kami semua bergegas trekking ke air terjun langsir untuk layan pemandangan matahari terbit! Lebih kurang setengah jam juga menunggu matahari muncul!

Good morning sunshine!


Jin toncet sap kok lu!



Every day a million miracles begin at sunrise!

~Eric Jerome Dickey~



Matahari terbit di negeri atas awan! Memang cantik gler view pagi nih!


Lepas dah puas layan sunrise, time to go back!




Dah ready angkat sauhhh!


Belum start trekking, mampu lagi la nak senyum! hahaaa

Menyibuk kat group sebelah! Dorang yang ajak bergambar kita join la sekaki! hahaa


Nasib baik la ada jugak geng gegadis yang boleh join pewai sama-sama! Thanks korang! Terbaik! Paling tak boleh lupa, Ayeng punya kasut getah sampai pecah terbelah bersepai layan trek CBL nih! Memang lunyai habis kasut getah dia. Kejam tak kejam trek ni? hahaa. Lutut aku pun barai jugak bila turun gunung. Sampai sekarang pun sakit lagi! Macam mana nak naik gunung stong pulak lepas nih! kah3


Ni team-team atlet padu ultra marathon! Kitaorang yang lain dah start trekking sejam awal tapi dorang ni sekejap jer boleh kejar! Giler r berlari kot dalam hutan! Fuhhhh...

Dah start muka ketat tak mampu senyum dah! hahaa

Mental koyak!


Start dari Jeram Lesung tadi korang akan memanjat bukit turun bukit panjat bukit. Memang layan pacak yang tak berkesudahan! Ni perjalanan menuju ke Gunung Berembun.



Ramai org mengatakan mendaki gunung berembun seperti mandi sepanjang hari (mandi peluh ) kerana tiada tiupan angin.Mungkin kerana itu orang menggelarkan gunung berembun, berembun baju ngan peluh.


Know pain, know gain! Yeahhhh








Berhenti berehat sekejap sambil bergambar di Puncak Berembun sebelum teruskan perjalanan menuju ke Taman Bonzai dan dari sini trek akan mula menurun dan menurun dan menurun hinggalah ke Kem Y. 



Puncak Berembun setinggi 3405 kaki atau sekitar 1051 meter dari aras laut. Nak sampai ke sini bukan main susah! Puncak Berembun ni tiada view yang menarik, pokok-pokok jer di sekeliling.


Team adik beradik! Thanks bro bawakkan barang-barang camping untuk aku tapi tinggalkan aku jauh kat belakang! phuihhh! hanat! hahaaa



Group photo di Taman Bonzai!

So sawit!


Menikmati pemandangan indah pokok-pokok bonzai.








Gogo gila kuasa, Fai Fai! :p


Dengan Khadija, awek cun dari Singapore yang fit gler laju berdesup jalan! hahaa



Lama betol da mamat ni posing sakan dalam pokok berlubang nih! Siap panjat sampai atas lagi, sakan bergambar!



Unikkan pokok ni. Jarang jumpa di tempat-tempat lain, that why dijadikan tempat persinggahan wajib jika datang ke CBL. 

Cameraman, Abam Burhan!


Ni tangan gigil, gambar gegar gigih panjat pokok demi mencari angle baik! hahaa


Selepas Kem B, kami belok ke kanan untuk menuju ke Air Terjun Chemerong di antara laluan trek ke Bukit Taubat. Laluan ke Air Terjun Chemerong memang amat curam dan cukup menyeksakan lutut sehinggalah jumpa sebatang sungai untuk diseberangi sebelum sampai di Air Terjun Chemerong.



Sebab apa namanya Bukit Taubat?

Sebab dia punya trek mencanak 80-90 darjah haa menangis lah nakkk.


Taubat aku takkan naik gunung ni dah! Cukuplah sekali. Gunung ni boleh masuk dalam list trek penyesalan aku selepas Gunung Rajah! Saia taa kuadd! hahaa


Perjalanan ke air terjun ni pun kena layan trek pacak lagi! sampai-sampai konon nak bergambar sakan, tapi dan2 gopro pon habis bateri! Tak sempat ambik gambar pun. Nasib la ade jugak henfon Fuza yang dah tinggal 3% jer sempat untuk ambik gambar aku sekeping dua! uhukkk

Memang cantik tak terkata air terjun chemerong nih! Dikatakan ianya air terjun tertinggi di asia tenggara!


Selamat sampai di pintu masuk Hutan Lipur Chemerong pukul 7 malam dan masing-masing dah mengeluh kelegaan. Lepas mandi semua aku terus bergerak balik ke KB dan selamat sampai di rumah pukul 12 tengah malam!


In a nutshell, Chemerong Waterfall 1214 feet (370 meter), Gunung Berembun 3405 feet (1038 meter), Lansir Waterfall 2628 feet (801 Meter) checked! We will miss you CBL!







Comments

  1. Hebat pengalaman yang ada. Saya pun baru je balik dari CBL.

    ReplyDelete
  2. Boleh dpt guide punya contact no?h

    ReplyDelete
  3. Salam.. Siapa yang ada travel guide berlesen ye yang boleh bawak orang ke tempat ni? Nnt tlg email ye nutritioushoney@gmail.com.

    ReplyDelete
  4. Awas jangan tertangkap basah basah!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Paintball

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Gunung Silipat, Betong Thailand

BAHASA HIKERS

Hidden Treasure Hunt

Jumaat Di Kota Mekah

Jalan2 Perlis

Bukit Merah Laketown Resort, Perak