Thailand part 7 - Lopburi


Assalamualaikum



Day 7

Khamis - (5.1.2017)



Day 7 - Lopburi - Bangkok


Pemandangan dari tingkap hostel. Monyet 1 family tengah lepak atas bumbung.


Check out dari Noom Guesthouse seawal jam 7 pagi. Kami dah book kereta 4x4 untuk ke ladang bunga matahari dengan harga 600bath. Perjalanan dari guesthouse menuju ke ladang ni sejauh 70km dan mengambil masa kira-kira 45minit.



Sebut sahaja Lopburi, kita akan terpesona dengan bunga-bunga matahari. Bukan sekuntum dua, tapi bejuta. Ladangnya seluas mata memandang (lebih luas dari sawah-sawah padi yang ada di Kedah).

Lopburi ada sejarahnya, iaitu semasa kerajaan Ayutthaya dibangunkan pada abad ke-14, Lopburi adalah kubu kuat pemerintah Ayutthaya.

Ia kemudiannya menjadi ibu kota kerajaan Ayutthaya semasa pemerintahan Raja Narai pada pertengahan abad ke-17 dan raja tinggal di sana kira-kira selama setahun lapan bulan. Tidak hairan, Lopburi dipenuhi tinggalan istana lama yang megah.


Melawat ke lautan bunga matahari lagi! Tapi hati kami tetap teruja dan memang tak akan pernah puas dan jemu setiap kali dikelilingi jutaan bunga matahari berwarna kuning mekar yang sangat cantik disinari mentari! Ternyata memang hatiku telah tertinggal di sini! Hahaa. 

Nampaknya misi kami untuk menjejaki dan melihat keindahan bunga matahari telah tercapai! Bukan sekali tapi 3 kali di 3 tempat yang berbeza!



Musim bagi Bunga Matahari adalah di antara bulan November hinggalah ke bulan Januari setiap tahun. Mungkin kerana dalam tempoh ini merupakan kitaran musim sejuk di bahagian utara Thailand. Lepas dah habis musim dorang akan tuai buat kuaci.


Lopburi merupakan Ladang Bunga Matahari yang terbesar di Thailand. 



Nadz was here!



Hello from the other side!




Ps I love You Sunflower!


In a Nutshell was here!



Terjumpa pula meow si penjaga kebun bunga matahari yang comel!


Too cute too handle! Tapi muka meow tu tak boleh bla! Muka whateverrrr! Pffttt...


Seronoknya meow ada orang peluk & usap-usap dia! 


Meow pon pandai nak photobomb! Dari jauh dia catwalk nak bergambar sekali! Hahaa
Say cheese!


Aku baru je nak posing, tengok miaw ni dah gesel kepala dia kat kaki aku! Manje betol! Alolooo omey angat nih! Rasa nak culik bawak balik Malaysia! hahaa


Ye sayang! Meh sini meh!




Every friend is to the other a sun, and a sunflower also. He attracts and follows.

-Jean Paul-


Tak perlu diragukan, saujana mata memandang yang tak akan pernah bosan dengan hamparan bunga matahari ni menghibur mata. Ditambah dengan kawasan pegunungan yang memagari di sekeliling membuat pemandangan di sekitar semakin dramatis! Asyikkk


Posing flip tudung ciked~




MY BEST SHOT!





Next ke ladang bunga kosmos pula di Lopburi ni. Tapi tak sebesar ladang kosmos yang kami jumpa di Jim Thompson semalam. Di Khao Yai juga kami jumpa ladang kosmos iaitu di Chochai Farm dan di The Bloom!


Tapi walau apa pon, ladang ni tetap cantik!




Dah habis mabuk ketum ambil gambar dengan bunga-bunga ni semua, kami singgah di Restoran Muslim bagi mengisi perut yang dah bergendang gendut!


Makan nasi ayam & mihun sup, air semua total 120bath.


Dari restoran tadi kami jalan kaki je nak ke stesen keretapi Lopburi! Kat Thailand ni boleh selamber jer lintas kat laluan keretapi! Kalau kat Malaysia jangan mimpilah! hahaa


Tapi kene hati-hati skit kat stesen keretapi ni banyak giler anjing! Kadang-kadang nak lalu pun takut sebab anjing dia besar dok melepak & tido tengah jalan kat stesen ni. hahaa


Tiket keretapi menuju ke Bangkok boleh beli secara walk in. Harga 28bath seorang. Lebih kurang RM3 untuk perjalanan selama 3 jam.



Dah sampai sini baru perasaan, ni bukan bendera bergerak ye! Kebetulan pulak baju & tudung aku matching dengan bendera Thailand! Kap phun ka! Hahaaa



Keretapi rakyat marhaen yang tiada aircond. Ada kipas pun tak rasa langsung sebab cuaca yang panas di Thailand! Bila keretapi berjalan baru rasa lega sikit bila angin masuk ikut tingkap. Bila train stop jer rasa lemas balik! hahaa. Berbaloi lah dengan harga tiket yang murah kan!



 Best juga boleh tangkap gambar dari luar tingkap keretapi! heheee...


Dah sampai di Stesen keretapi Hua Lomphong, Bangkok!


Kat sini ada surau.










Seterusnya kami terus menuju ke hostel dengan menaiki MRT ke Stesen Sukhumvit, 84bath. Kemudian tukar ke BTS menuju ke stesen Ratchathewi, 93bath.


Dah check in, letak beg, rehat solat semua kami keluar untuk jalan-jalan kat sini.


Kami check in di Meet Up Hostel dengan harga 1200bath satu malam. Hostel ni berhampiran dengan BTS train Ratchatewi. Sebelah hostel ni ada restoran makanan muslim Farida Fatornee. 


Thailand Green tea, the best in a town!


Kecuq liuq pulak terkenangkan Tomyam sedap nih! Aduhhhh!



Owner dia boleh cakap melayu slang klate! So senang skit nak berkomunikasi!


Dapat la makan malam terakhir makan Tom yam sedap original made in Thai sebelum balik ke KL esok! Total makan, 860bath. Kalau tak tiap-tiap hari kami makan maggi & nasi Brahims je sebab susah cari makanan halal di kawasan luar dari Bangkok! Hahaa



Malam tu kami nak ke pasar malam untuk last minute shopping! Dari Bts victoria stesen kami ke On Nut! Bukan nutshell ye! hahaa. Tambang 84bath.



Dari On Nut kami nak menuju ke Rod Fai night market naik teksi, tambang 91bath.

Street art di Rod Fai





Last minute shopping di Rod Fai Night Market cari barang cenderahati. Tapi kat sini yang ada kedai-kedai hipster yang jual baju, aksesori gadjet, handbag, kasut dan lain-lain! Hahaaa

Langsung tak jumpa souvenir macam keychain ataupun fridge magnet!


Beli air mineral & air pisang harga 72.50bath.


Aku beli jam tangan, 350bath, jaket military, 400bath.



Nak balik semula ke Hostel naik motor ke BTS di stesen Udon, tambang 160bath. Dari BTS Udon menuju ke stesen Ratchatewi, tambang 156bath.


Total lost perjalanan untuk hari ke tujuh, 1201.50bath bagi 3 orang. Lebih kurang RM150.20 seorang.

Esoknya, nak balik KL dah! Aduhhh macam tak nak balik jer sebab hatiku dah tertinggal di Negara Gajah Putih ni! hahaa



Siri jelajah Thailand part 1 : Bangkok, Chocolate Ville

Thailand part 2 : Bangkok dangerous!

Thailand part 3 : Kanchanaburi

Thailand part 4 : Kota Bersejarah Ayutthaya

Thailand part 5 : Khao Yai

Thailand Part 6 : Jim Thompson Farm










Comments

  1. hi. sy xde proper itinerary sebab ada yg men redah je sesetengah tempat tu. Apa yg sy tulis ni ikut day by day tempat yg sy pergi. Boleh tgk dri part 1.

    ReplyDelete
  2. salam. kereta yang u sewa mostly u book dekat malaysia lg ke dekat sana ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. book dekat sana jer. Macam dia ambil kami dari stesen keretapi @ bas hantar ke hotel, lepas tu terus book untuk pergi tour esoknya

      Delete
  3. Hi saya nk minta pendapat,better ke khao yai atau lopburi if nak ke ladang bunga matahari

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Paintball

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Gunung Silipat, Betong Thailand

BAHASA HIKERS

Hidden Treasure Hunt

Jalan2 Perlis

Jumaat Di Kota Mekah

Taman Tasik Perdana KL