Bukit Sapu Tangan


Assalamualaikum


Bersiaran lagi kita di Taman Botani Shah Alam dalam misi menawan puncak Bukit Sapu Tangan. Heheee.. So kita tengok kali ni kami berjaya sampai ke puncak ke idok??

So lets go!




Kita study map jap. Haritu dari main entrance tu kami straight jer. Tu yang sampai ke empangan tu. Dari empangan tu pon ada jer jalan lain tapi kena lalu trek hutan nak ke bukit tu.

So harini dari pintu masuk depan tu, kami belok ke kiri.






Korang ambil laluan B. Kat sini nak sewa basikal pon boleh. Tapi takut menyesal nak bawa basikal sampai puncak. hahaa


Korang jalan jer terus nanti nampak buah ni. Manggis & jambu air. So betul dah tu. Jalan ni menuju ke bukit sapu tangan.


So bila dah sampai sini menandakan bermulalah pendakian bukit yang pacak namati!! Phewww


Lepas layan pacak korang akan sampai kat sini. So Ootd dulu



Ni tempat tengok konsert zaman dulu-dulu katanya. Nak kena mendaki dulu nak tengok konsert pon. hahaa




Lepas ni nak layan pacak lagi. Tapi lagi extreme pacaknya dengan tolak strollernya! hahaaa.. Nasib bawak sorang budak jer. Sebab nak tolak dia sorang memerlukan kekuatan 2 orang disebabkan terlalu pacak!! 

Another trek penyesalan detected! hahaa


Lepas tu jumpa lah singboard ni



Konon lah lagi 1.8km jer. Tapi ni lagi namati weh pacak!!! 

Walaupun jalan tar trek dia, tapi orang rasai sendirilah bila lutut bertemu dagu. Lumayan treknya!! hahahhhh


Dak kecik ni baru blaja nak buat peace! hahaa


Finally sampai jugak setelah hampir 2 jam bertungkus-lumus kegigihan tolak stroller! hahaaaa


Puncak Bukit Sapu Tangan checked!


Sungguh pewai barai bersepai nak sampai ke puncak ni! hahaaaa


Sebenarnya banyak juga laluan untuk ke puncak Bukit Sapu Tangan ini. Kebanyakannya memerlukan pendaki untuk meletakkan kereta di sekitar kawasan perumahan atau kawasan pembinaan contohnya: 

1) Trail A/B (via Setia AlamCommunity Trail Head)
2) Gate E (Alam Budiman)
3) Via Bandar NusaRhu


Sayangnya, menara ini tidak dijaga dan beberapa tangga sudah reput dan patah. Baru nak tengok view dari atas menara ni tapi hanya tinggal kenangan je lah.


In a nutshell, the struggle is real! hahaaa... Tobat tak ripit dah p sini.




Comments

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS