Taman Botani Shah Alam


Assalamualaikum


Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA) terletak di Seksyen U11, Shah Alam, Selangor, meliputi kawasan seluas 817 hektar dan merupakan taman botani terbesar di dunia. 


 

Dulu sis pernah datang dah taman botani tapi nak p main salji jer :



Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA) telah dibangunkan pada 24 April 1986, dikenali sebagai Taman Pertanian Bukit Cerakah. Pada tahun 1991, nama tersebut ditukar kepada Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam. Sejak tahun 2007, TBNSA telah dinamakan sebagai Taman Botani Negara Shah Alam sampai sekarang.


TBNSA membuka kepada pelawat (tutup pada hari Isnin), daripada 7.30 pagi sehingga 4.30 petang. Walaubagaimanapun, ia akan buka seperti biasa pada hari Isnin jika cuti sekolah atau cuti awam jatuh pada hari Isnin.


TBNSA merupakan sebuah pusat pemuliharaan flora dan fauna di Malaysia. Terdapat 422 spesies flora boleh dijumpai di TBNSA, 31 spesies daripadanya adalah endemik di Semenanjung Malaysia manakala 20 spesies lagi tersenarai sebagai spesies terancam.





Kat sini turut mempunyai petting zoo di Taman Haiwan.




Misi kami harini nak ke puncak sapu tangan!



Jalan punya jalan tiber sampai dekat tasik ni. Lawa jugak macam tasik cermin reflection air dia.





Jalan punya jalan lagi tiberr sampai kat empangan pulak! 
Ahh sudah mana puncak sapu tangan nyer? hahaa






So kalau nak ke puncak sapu tangan kena ikut trek hutan ni. Kami dah la bawak stroller dengan 2 budak kecik ni. hahaa 



Sampai kat empangan sungai baru!


Empangan Sungai Baru merupakan sumber bekalan air utama bagi penduduk Klang Utara pada tahun 1930 hingga 1960. Empangan ini menjadi habitat pelbagai jenis ikan dan tidak dibuka kepada umum atas faktor keselamatan.


Actually sis gayat jugak nak lalu kat tengah2 ni. hahaa.. 

Tapi demi nak Ootd kat empangan ni sis pun p sampai hujung ni.




In a nutshell, misi harini nak ke puncak bukit sapu tangan gagal! Maybe next time ripit lagi datang Taman Botani ni. 

kbai!



Comments

Popular posts from this blog

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

BAHASA HIKERS

Taman Tasik Perdana KL

Gunung Silipat, Betong Thailand

Gunung Besar Hantu, N9

Bukit Marak, Kelantan

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

Paintball