Taman Persahabatan Jepun


Assalamualaikum

Hari ni kita nak jalan-jalan kat Jepun gaisss! 

Konnichiwa


Taman Persahabatan Selangor-Jepun itu mula dibina pada tahun 2018 dan ia mempunyai keluasan sebanyak 2.428 hektar. Taman ni terletak di Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor. 

Masuk adalah percuma.

Waktu Operasi

Setiap Hari : 10 pg – 7 mlm


Kat kawasan Shah Alam ini sebenarnya banyak kilang Jepun.

Dari Matsushita sampailah Panasonic.

Syarikat-syarikat gergasi Jepun ini sudah banyak melabur kat Selangor.

Dan mereka antara sebab Selangor jadi negeri yang paling kaya di Malaysia.


Jadi ini tanda terima kasih, dan tanda perhubungan akrab negeri Selangor dan juga negara matahari terbit itu.

Bolehlah warga Jepun yang tinggal kat Selangor ini lepaskan rindu pada negara mereka, paling kurang hujung minggu pun tak mengapa.


Berdekatan dengan Dataran Merdeka Shah Alam dan Muzium Shah Alam, taman ini merupakan simbolik dan penghargaan kepada negara Jepun yang telah lama kekal setia menjadikan negeri Selangor dan bandar raya Shah Alam khususnya sebagai destinasi pelaburan.


Dipenuhi budaya kedua buah negara, di Taman Persahabatan Selangor – Jepun bernilai RM3.8 juta ini terdapat tasik serta ketenangan saat beriadah di sini. Ini kerana antara tarikan utamanya ialah seni bina melambangkan elemen Jepun seperti Laman Zen, Kolam Maze dan Gerbang Torii Tsukubai.



Dengan landscape-landscape indah yang kemas dan elegan, suasana aman dan jambatan-jambatan kecil dikelilingi air tasik, memang ianya refleksi budaya masyarakat Jepun. Anda juga boleh terasa bagai berada di negara matahari terbit itu.


Tapi taman ni kurang sesuai kalau korang nak bawak stroller sebab lantai dia simen berbatu tak rata. Bergegar la stroller tu. hahaaa.. So sis bagi anak sis jalan sendiri la berlari-lari dia satu taman ni. Happy betul bila bawak berjalan. 

Dah pandai cakap tau walau umur baru setahun setengah. Mama nak alan-alan! hahaaa


Banyak kura-kura kat tasik ni






Mini love from mama & dak elsah






Kalau korang nak datang sini better pergi awal pagi. Ni kalau dah pukul 11 pagi, terik dia bahang weh. Tapi demi sekeping gambar nak Ootd, tahan skit la dengan cuaca panas! hahaa


Memang ramai yang buat outdoor photoshoot kat sini. Ade budak2 nak convo tengah shoot. Ade model shoot baju raya, pengantin pon ada.




Kalau anda suka taman ini, ada lagi taman Jepun kat Malaysia.

Dan yang lebih cantik dan sejuk ada kat Bukit Tinggi Pahang.



In a nutshell, kalau korang nak feeling2 Ootd macam ala-ala kat Jepun leh la datang sini. Santai-santai bersama keluarga & rakan-rakan. Memang menarik taman ni!

Sayonara!


Comments

Popular posts from this blog

XPDC Gua Batu Maloi

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Jumaat Di Kota Mekah

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

Pantai Perpat, Johor

Bukit Marak, Kelantan