Japanese Village


Assalamualaikum



Baru-baru ni sempena cuti Raya Haji, aku sempat pulang ke PJ dan meluangkan masa bersantai bersama family di hujung minggu. Lokasi yang kami terjah iaitu di Bukit Tinggi! 


So jom tengok apa yang menarik kat sini!




Irasshaimase ( Selamat Datang)

Naruto Shippuden

Tak susah untuk ke sini. Lepas exit ke Bukit Tinggi, drive terus je sampai jumpa pondok Guard. Ni sebenarnya kaunter tiket. Bayaran untuk dewasa RM15/pax (dulu RM12), kanak2 4-12 tahun RM8/pax. Harga termasuk entrance ke Japanese Village dan Botanical Garden. Colmar Tropicale terletak disebelah kanan dan Japanese Village ke kiri.

Nak naik ke sini, memang agak curam jalan dia. Macam nak naik ke Genting Highland juga jalan berpusing-pusing. Sesiapa yang tak tahan pening & mabuk dalam kereta tu prepare la plastik muntah siap-siap! hahaa


Disebabkan cuti umum, adalah disarankan supaya anda datang awal pagi ke sini. Alhamdulillah masa kami sampai di parking lot Japanese Village, baru ada 1-2 kereta. Kami pun cepat-cepat panjat tangga untuk ke entrance. 


Siapa yang ada masalah jantung dan pernafasan tak digalakkan naik ke atas ya. Risiko tanggung sendiri.


Harus diingatkan pada yang berniat nak bawa orang tua kesini, pastikan mak ayah kita tu fit dan tak ada masalah sendi. Banyak tangga kat Village ni. Dari Parking lot nak ke entrance saja dah mendaki beratus anak tangga.


Throwback 5 tahun lepas :




Tak banyak pun yang berubah selepas 5 tahun aku kembali ke sini. Cuma harga entrance je la yang semakin mahal. Kalau nak makan kat atas ni pun memang mahal la. Tapi Mak dah siap sediakan bekal untuk kami berkelah nanti! Love u mak! hehee


So first kami pergi kat Japanese Village dulu.

Japanese Village ni berkonsepkan perkampungan Jepun dan merupakan yang pertama serta satu-satunya wujud di luar negara Jepun iaitu di Malaysia. Jika anda datang melancong ke sini, anda boleh berkunjung ke Japanese Tea House, Botanical Garden, Tatami Spa, Ume Tatami Suite dan juga Ryo Zan Tei Restaurant.


Memang best bila dapat berpeluang berjalan dengan melewati deretan rumpun pokok buluh, pokok-pokok renek, pokok ala bonsai serta batu-batu gunung. Di kolam ikan berhampiran, ada beberapa jenis spesies ikan koi dalam pelbagai jenis dan warna yang menarik. Ia kelihatan jinak berenang ke sana dan ke mari dan sangat mengasyikkan sesiapa sahaja yang melihatnya.


Terletak pada ketinggian 1000 meter (3500 kaki) dari aras laut, ia dibina oleh arkitek terkemuka Jepun iaitu Kaio Ariizumi bersama 22 orang pakar ukiran. 

Beliau telah mengilhamkan taman ini dengan tujuan untuk menarik minat pengunjung yang mencintai kehijauan hutan tropika di tanah tinggi yang dingin dan nyaman.


Small stream dalam Japanese Garden.

L.O.V.E.



My Japanese mama aka mak mertua awaaa.. ehhh


Comel kan! hehee

dalam rumah jepun!


Rumah pertama yang akan anda jumpa adalah Kimono rental house. Kat sini boleh sewa baju Kimono. Sepasang kimono harganya RM20 (sama harga untuk kimono dewasa dan kanak2). 

Mahal jugak tu sebenarnya, tapi sewa juga satu sorang sebab nak merasa. Owner tu kata 20 minit je masa nak bergambar. Macam alaa kejap giler!


Watashi wa Nihon to Mareishia wo suki desu! haippp


Konniciwa!

Watashi wa Nakata Nutshell desu!


Acah-acah jadi aweks Jepun! hehee


Banzaiiii!

Free style


Wa Okaasan Imoutosan


Acah-acah sopan!


Lagu Jepun favourite aku :


Mirai E - 未来へ - Menuju Masa Depan

Hora, asi moto wo mite goranAyo, lihatlah langkah kakimu
Korega anata no ayumu michiItulah jalan hidupmu
Hora, mae mo mite goranAyo, lihat juga ke depan
Arega anata no miraiDisanalah masa depanmu
Haha ga kureta takusan no yasashisaBegitu banyaknya kasih sayang yang telah ibu berikan
Ai wo idaite ayumeto furikaesitaDengan cintamu aku mengerti kehidupan yang silih berganti
Ano toki wa mada osanakute iminado siranaiSaat itu aku terlalu kecil untuk mengerti semua
Sonna watashi no te wo nigiri Isyoni ayunde kitaIbu membimbingku selalu menjalani masa depan
Yume wa itsumo sora takaku aru karaCita-cita yang tinggi setinggi langit
Todokanakute kowai ne dakedo oi suzukerunoBila tak tercapai memang menyedihkan, namun jangan berhenti berharap
Jibun no sutori dakara koso akira metakunaiTentukan langkah dan masa depanmu, jangan putus asa
Fuang ni naru to te wo nigiri isyoni ayundekitaJangan cemas dan takut, doa ibu menyertaimu
Sono yasashisa wo tokiniwa iyagariKasih sayang ibu itu dulu tak kusadari, malah kusakiti hatinya
Hanareta haha he suna wo ni narezuKini, setelah terpisah jauh, baru aku sadar
Mirai e mukatte, Yukkuri to aruite ikouPerlahan tapi pasti, jemputlah masa depanmu dengan hati penuh keyakinan


Outdoor photoshoot pula!



Permandangan yang cantik dan udara yang sangat nyaman akan membuatkan anda terpesona dengan Japanese Village ini.



Boleh la amik mood dulu kat sini sebelum trip aku ke Fujisan! heheee






Geisha 


mou ichido kimi no kao wo mitai


mou ichido kimi wo aishitai


Next kami ke Colmar Tropicale French Village pula. Dah tengahari ni orang pun dah semakin ramai.




 Dibuka oleh Berjaya Hills Resort, perkampungan bertema ala perancis ini mendapat ilhamnya dari Colmar Village Alsace, sebuah perkampungan perancis yang terkenal dengan jalan batu buntar dan bangunan peninggalan zaman Renaissance. 


Life is not the amount of breaths you take, it’s the moments that take your breath away.


Suasana kampung ini bakal membuat sesiapa sahaja yang berjalan disini merasa seolah-olah berada didalam sebuah filem eropah klasik.



"Love is like the wind, you can't see it but you can feel it."

Kat sini ada hotel, restoran dan kedai yang menjual cenderahati 

Cantiknya swan nih!


Teringat pula cerita masa zaman kecik-kecik dulu, ' Anak itik yang hodoh'. Cerita tu berkenaan dengan seekor anak itik yang pada mulanya hodoh dan tidak disukai ramai tetapi ia sebenarnya adalah anak seekor 'swan' liar. Sewaktu kecil, ia sangat berbeza dengan anak anak itik yang lain. Besar, warna kelabu dan tidak kuning, kemudian mengeluarkan bunyi suara yang kasar. Mak itik sendiri tidak mengaku itu anaknya.

Tapi bila dah besar, baru dia tahu yang dia sebenarnya bukan itik tapi seekor swan yang jelita!




Ganas swan ni! Dia gigit kalau dekat-dekat. Dilarang untuk bagi makan sebenarnya. Tapi kami ada roti, suka swan ni makan roti! hahaa




Berkelah tepi tasik sambil layan swan yang comel mintak makanan! hahaa



Memang cantik kalau buat wedding photoshoot kat sini. konsep ala garden gittewww!


Feeling-feeling macam kat Europe!


Bangunan kat sini di cat dengan warna-warna pastel .. cantik je dan nampak kemas! I loike!


Ce teka mana satu mak, hakak & adik?? hahaaa.. 
Orang ingat kami ni lebih kurang sebaya jer! hiksss


Ni ala istana Faber Castell! Jenama pen & alat tulis tuh! hehee


Sekian shortrip harini. Sempat cover pergi Jepun & France dalam masa satu hari jer ok! hahaa



In a nutshell, see ya in a next trip!


Comments

  1. p hari tu ramai sangat, malas nak tunggu nak sewa kimono tu, huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena pergi awal pagi sis. klu dah tghri sampai ptg mmg rmi org.

      Delete
  2. Kak,kalau nak masuk colmar tropical kena bayar tak?

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

YUNNAN, CHINA

Jumaat Di Kota Mekah

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

BAHASA HIKERS