Ada Apa Dengan Annapurna?



Assalamualaikum




Impian ke 'Annapurna Based Camp' sebenarnya dah lama aku pendam sejak aku mengenali dunia hiking ni. One of my bucket list, '100 things to do before i die', adalah nak trekking kat Banjaran Himalaya. Tapi lepas balik je dari last trip ke Gunung Kerinci pada Ogos 2017 yang lalu, aku terus berkobar nak study pasal ABC. 

Target aku nak pergi ke gunung berapi dah tercapai iaitu Bromo, Rinjani & Kerinci walaupun banyak lagi list Volcano yang aku nak pergi. Aku hold dulu la trip ke Gunung Fuji, Semeru, Ijen, Raung, Merapi, Merbabu dan lain-lain...

The road not taken....


Sekarang ni, misi aku teringin nak main salji jer! hehehh. Aku cuba dulu research sikit-skit pasal ABC ni. Lepas tu cuba buat itienary sendiri. Then, aku pun terfikir siapa yang nak join pewai seret kaki dengan aku nih?? hahaa.. 


Map yang aku study


So tanpa berlengah lagi,  aku pun decide nak gerak sendiri. Nak pergi solo... fuhhhh, tapi saia macam tak kuadd jer awaa. Tak cukup kental lagi mental aku nak pergi solo trip! Kang memang barai bersepai tak sampai ke ABC tu nanti! hahahh... 

Lepas tu, geng gadis-gadis sado yang aku kenal masa trip CBL nak join! Ieja, Fuzah & Rabi. Aku pun punya la excited rasa macam nak terus packing bag pergi ke ABC esok jugak! hahaa.. So kami 4 orang dah plan cun untuk trip ni & start kumpul duit. Aku dah study habis kat blog-blog travel, tips-tips hiking, kat FB dan IG pasal ABC ni semua. Kami pun gigih la menabung dalam masa 5 bulan. Target nak pergi akhir bulan 3.

Fuzah & Abi bersama Ashwin, our lil porter!

Lepas tu, gogo trip lepas aka Tony (bukan nama sebenar) ajak aku pula pergi ABC dengan dia dan kawan-kawan dia. Ermmm... To go or not to go.... Celaru pula. Bagi aku, better la kalau kita ikut haluan masing-masing kot. Kau pergi dengan group kau & aku pergi dengan group aku, an an? Cukup la aku dah tinggalkan hati kat Puncak Kerinci tu.. ehhh.. 

Tapi dia tak de plan apa pun lagi. Sepurnama kemudian, aku pun setuju kalau nak ikut trip aku, tapi dengan syarat, sudah-sudahlah mainkan perasaan aku dia la yang kena jadi gogo di hari kejadian. Aku baru jer plan nak pergi membawa diri dan hati yang lara.....

T_T

Amazing trek to Maccaphucare base camp!


Maka bermula lah misi untuk ticket hunting! Rata-rata harga tiket dari KL ke Kathmandu lebih kurang RM1500 untuk pergi dan balik. Mengenai bajet dan itienary keseluruhan trip ni aku akan share dalam post akan datang.

Training aku tak de la apa sangat. Dah jarang juga pergi hiking sebab tak de geng kat Klate ni. So aku joging je la kat taman. Tapi tak konsisten sangat. Kalau rajin masa hujung minggu baru la pergi. Haishh macam tak de motivasi pula training sorang-sorang kat sini. Bila la nak pindah balik kl nih? huhhhh.....


To be continued.......


To be or not to be....

Coming soon....





Comments

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS