Empangan Bukit Kwong



Assalamualaikum




Baru-baru ni aku berkesempatan singgah ke Empangan Kwong. Empangan Bukit Kwong atau dikenali juga dengan nama Padang Bukit terletak di negeri Kelantan Darul Naim berhampiran sempadan Malaysia-Thailand. Sempadan negara hanya kira-kira 2 km sahaja. Empangan ini terletak lebih kurang 8.5km dari barat daya pekan Rantau Panjang. 


Kawasan yang berdekatan ialah Waeng Thailand, Felda Kemahang, Batang Merbau, Kampung Ipoh, Kampung Gual, Bukit Nangka, Ayer Lanas, Kampung Gertak Nombor Tiga, Gual Kulim, Kampung Pusu Empat Puluh. 


Pembinaan empangan ini bermula pada bulan September 1976 dan siap pada bulan Julai 1979. Kawasan tadahannya adalah lebih kurang 11km persegi yang disalirkan oleh Sg. Tandak Liang yang mengalir ke dalam Sungai Golok.


Masa aku pergi sini, World Cup 2018 tengah hangat berlangsung di Russia! Jom layan lagu nih! hahaaa


One life, live it up, 'cause we got one life
One life, live it up, 'cause we got one life
One life, live it up, 'cause you don't get it twice
One life, live it up, 'cause you don't get it twice


Empangan Bukit Kwong membekalkan air tawar kepada penduduk di sekitarnya. Empangan ini adalah merupakan sumber air bagi kawasan pertanian sawah padi iaitu menyalirkan air ke Kampung Telaga Mas, Kok Pauh dan sehingga tamat di kawasan Kampung Parit Air , Rantau Panjang. Air dari empangan ini disalirkan menggunakan tali air.


 Empangan Bukit Kwong di Rantau Panjang berdepan risiko ditutup operasi jika paras airnya menurun sehingga 12.25 meter iaitu di bawah paras normal 16.76 meter

Sebelum ini cuaca panas menyebabkan periuk nasi golongan ini terjejas apabila sebahagian anak pokok getah dan sawit mati akibat kemarau. Penutupan empangan itu kelak akan memberi kesan kepada ribuan penoreh getah dan peladang kelapa sawit di seluruh Rantau Panjang.


View kat sini memang cantik kalau nak buat photoshoot!



In a nutshell, kawasan di sekitar empangan ini juga sesuai untuk dijadikan sebagai kawasan tarikan pelancong dengan daya tarikan yang tersendiri iaitu tasik dan bukit bukau yang menarik! 


Till then! 






























Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. tq sis.. ni zaman muda mudi dulu masa kurus!.. hehehh

      Delete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS