ABC Trip part 13 : Kathmandu



Assalamualaikum



30 Mac 2018 (Jumaat) 


Thamel Road

10.00 am - 10.00 pm



Hari ke 13 di Nepal. Muka pon dah sebati persis warga tempatan dengan kulit yang semakin tanned! kah3


Till we meet again?


Kembali ke Kathmandu, kami check in di Hotel Peace di Thamel Road untuk 2 malam. Hotel 2000npr x 2 mlm = 4000 share 3 orang dengan kekmi & roja. Sorang bayar 1333.33 npr iaitu lebih kurang RM51.28. Hotel backpackers style memang bersepah kat sini.


Setiap kali transaksi nak withdraw duit kat mesin ATM, korang akan dikenakan cas 500 npr tau lebih kurang RM20! So kalau nak keluar duit tu sekali harung je! Pastikan korang aktifkan Debit Kad Untuk Transaksi Online & Luar Negara!


Thamel road ni memang syorgaa untuk kaki sopim! Banyak kedai yang menjual barangan outdoor, kedai perhiasan rumah, lukisan, buku, pakaian, barangan antik, senjata seperti pisau dan berbagai lagi dijual di sini. Jika anda ke Nepal jangan lepaskan peluang berbelanja di bandar Thamel terutama untuk barangan pendakian dan aktiviti outdoor!


Lunch kat restoran Anatolia. 


Assudah, sapa nak habiskan semua makanan nih! Masa ni aku dua orang jer dengan Fuzah! Yang lain semua dah terpisah ke mana hala pergi sopim sakan! hahaaa


Sedap juga makanan kat sini! Recommended!


Total 1560npr = RM60


Birthday Kak Aimi semalam 29 Mac! Disebabkan semalam kan kami pishang seharian dok dalam jeep & van so bila sampai hotel sume lunyai! hahaa

Harini kami nak surprisekan Kak Aimi kat restoran Shafqat ni! 

Tadaaaa...


Have a happy birthday Kak Aimi! Moga panjang umur, murah rejeki leh travel lebih jauh & hiking lebih tinggi dan sihat selalu! Moga cepat ketemu jodoh dan dapat suami yang encem, sado lagi beriman! Amin.. 

Nak adik ipar tak Kekmi?? muahahaaaa :p


Kek yang disponsor oleh Abe Pie! Huntunglarrr! Abe Pie, tunggu apa lagi?? hehe


Memang rambang mata uolls sopim kat sini!


Kedai ni memang kami borong habis beli windbreaker & seluar hiking! Memang murah bai!


For our beloved frenzz yang tak dapat join trip nih!


Malam tu dinner kat Al-Madina Halal Foods! Restoran sini pun femes juga kalau nak makan chicken kari & tandoori!



31 Mac 2018 (Sabtu) 

Thamel Road - Kathmandu - Malaysia

10.00 am - 10.00 pm


Hari terakhir di bumi Nepal. 


Acah-acah asykar Gurkha sesat di tengah bandar! hahaa




Harini sambung shopping lagi sampai lebam! 'Throw the money brotha' bak kata bebudak nh! hahaa


Misi pencarian aksesori, buff, t-shirt, fridge magnet, patch Annapurna, cap, stokin nepal dan lain-lain!


Comey nak mati downjacket untuk baby nih! Nanti boleh la bawa anak aku sopim kat sini! Ehh anak kita, kan awaaa?.. hahaaa.. angan-angan! :p


Sopim sakan Abam Soki! Bape biji black diamond berjaya ditawar tu? hahaa



Sekeping kalendar lebih kurang RM5


Berpinar seketika tengok map ni semua! Banyak gila gunung-gunung kat Himalaya nih! Patut aku beli map ni sebelum start trekking haritu! hehee


Map ke hati awaa ada tak?


Beli souvenier kalendar gambar gunung everest untuk family & kawan2!



Teruja betol tengok buku-buku ni semua! Nak beli, pitih pon dah xdop! hahaaa... Nanti kalau aku datang lagi Nepal aku nak borong buku-buku ni. Memang dah lama aku cari kat Malaysia, tak jumpa novel best seller based on true story nih! So this is the place gais!


Favourite movie aku, 127 hours & Into the wild!


Best citer nih!


Movie Everest!


My Idol, Man vs Wild! Rancangan favourite aku masa zaman belajar dulu! Siyes teruja betol bila tengok Bear Grylls ni masuk hutan, laut, padang pasir, gunung ganang. Memang style giler aksi dia terjun dari helicopter pakai parachute, aku yang kecut perut! 

Part paling best masa scene makan, dia makan jer apa yang dia jumpa dalam hutan tu, cengkerik, cendawan, cacing, ulat, kumbang, ikan keli, ular & apa saja terus masuk mulut! Kaya dengan rotein katanya. Makan mentah-mentah weh! Kalau masuk 'Fear Factor' memang tak de hal! Memang gila dia nih! Paling tak boleh blah minum air kencing sendiri macam dalam citer 127 hours tu! hahaa

Kalau tengok background dia memang tak heran sangat lah! Dia dulu sebenarnya memang anggota tentera! Memang hebat survivor skills dia! Pernah daki ke puncak gunung Everest, Ama Dablam & gunung di Antartica! Fuhhh, power!


Warning awal-awal, jangan muntah masa tengok video nih! haha


Memang hardcore survival betol! Win!



Lunch kat Shafqat :

Kurma chicken, Plain rice, watermelon juice = 650npr / RM25


Patch yang kami beli & jahit terus kat jaket. Jaket 1000npr. Jahit nama 200npr. Patch 50npr. Total 1250npr = RM48


Sticker 'Nadi Sihat & New Horizon Explorer' spotted! Orang Malaysia memang suka lepak kat kedai ni je kalau datang Nepal! hehee

Selain makanan yang sedap, tempat dia pun ok, cozy, selesa ada aircond! Boleh juga solat kat sini.


Ulang makan kat sini 3-4 kali juga! hahaa


Borong sakan stokin nepal cik Puzah nih! Nak bukak bisness kat Mesia kerr. hahaaa.. :p


Snow cap pelbagai gaya


Sampai tak tau dah nak pilih yang mana! hahaa

mafla 


Hatiku tertinggal di Himalaya... Selamat tinggal awaaa!


It's time to say gudbye! I'm gonna miss you!

Pimp my ride!


Memasing semua beg dah beranak-pinak! hahaa



Nak pulang ke rumah saiaa ke rumah awaaa ehh? Atau rumah kita? 

Ok hambarr... :p


Geylang sipaku geylang
Geylang si rama rama

Pulang
Marilah pulang
Bersama-sama


Nepali mari... hadek maniss! Nantikan kepulangan abam!

Challo bete! 


Muka dah tazabarrr nak balik setelah 2 minggu berkelana dan asyiknya bercinta di Banjaran Himalaya! Rindu betol dengan Malaysia... ohoi! Rindu dengan hangatnya negaraku, rindu nak makan makanan yang sedap-sedap dan tak tawar, nak makan nasi lemak, nasi kerabu, roti canai, milo beng, teh o beng! hahaa


Cuba try test duffle bag yang baru beli! Harga 1200npr lebih kurang RM46. Macam-macam saiz ada beg ni. Dari sekecik2 sampai sebesar2 saiz! Aku amik saiz yang medium jer. Style juga ni bawak kelik kampung kan! hahaa


Duffle bag ni boleh juga buat beg galas belakang! 2 in 1.


Acah-acah atlet Nepal yang baru habis game kat airport! Pehal tah semua orang pon dok pandang-pandang kami! hahaa


Bari-baris sedia! Kekanan lurus!

Skod senang diri! Rehatkan diri! hahaa




1 April 2018 (Ahad) 

 KLIA - Kota Bharu

2.00 am - 10.00 am


Boleh la layan movie dalam flight! Dapat free headfon sorang satu.


In a nutshell, phewwww.... finally berjaya juga aku habiskan story pasal trip nih! Syabbas bete! kah3.. Kepada pembaca setia blog picisan ni, sorry la kalau buat uolls tertunggu-tunggu ye! Bukan takat hiking jer pewai, jari aku pun dah pewai nak menaip 15 episod back to back pasal trip Annapurna nih! hahaa... 
Ok sekarang aku dah boleh move on! :p 

Next, misi memburu cinta di lain gunung pula! Pyramid Carstensz aka Puncak Jaya Wijaya @ Banjaran Alps? On tak on?? hehehh

Kalau aku tulis buku travelog agak-agak laku keras tak? Ade tak publisher yang murah hati sudi nak terbitkan buku aku? ekekee....


It is good to have an end to journey toward, but it is the journey that matters in the end.

'ERNEST HEMINGWAY'




Jom layan video :



Akhir kata, aku nak belanja serangkap pantun :


Kalau ada sumur di ladang
Boleh hamba menumpang mandi
Kalau ada jodoh umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi.....




Every day is a journey, and the journey itself is home.

'Matsuo Basho'




~ TAMAT ~





Previous entry :









Comments

  1. torbaikk.. finally... jaket tu murahnya....

    ReplyDelete
  2. alhmdulillah thniah.awk

    brg2 hiking beli sna or bwa dri mlysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada yang bwa dari Msia & ada yg beli juga kat sana

      Delete
    2. rata2 harga sleeping bag & down jaket kat thamel street brapa eh? will be going there this coming December

      Delete
    3. Macam2 jenis ada.. Harga bergantung pada jenama & kualiti. Yang bawah RM100 pon banyak jer. Rambang mata nak pilih

      Delete
  3. Assalamualaikum..Fuhh..tahniah Nadz.. hakak baca semua bucket nadz..1st time jadi hobi membaca... cuma x jumpa beberapa part dalam trip ABC ni..1,2 terus ke 10 dan 13.mcmana nak cari tu ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. tq sis sudi baca blog picisan sy. hahaa

      https://nadzirahata.blogspot.com/2018/06/abc-trip-part-8-deurali-ke-machapuchare.html
      https://nadzirahata.blogspot.com/2018/06/abc-trip-part-9-machapuchare-bc-ke.html
      https://nadzirahata.blogspot.com/2018/06/abc-trip-part-11-pewai-layan-tangga-di.html

      ni link dia. kat bwh setiap episod tu sy ade share link utk previous episode. happy reading ya

      Delete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS