Bersepai di Gua Kambing



Assalamualaikum



Setelah sekian lama berehat dari aktiviti outdoor, baru-baru ni, aku berpeluang mendaki ke Bukit Gua Kambing yang terletak di Kok Lanas, Kelantan.


Aku cuba juga cari info mengenai gua kambing ni tapi tak jumpa. Sempat ke nak training ni sebab memang lama dah tak hiking? 

Memang idok le.. So kasi redah aje lah! hahaaa


Sebelum start mendaki, ada sedikit briefing dari Gogo Abe Arief.


Aku first time jumpa dengan group ni dan begitu juga Zaki. Yuna yang bawa Zaki kesini.


Zaki Bijak adalah seorang Pejuang Kanser berasal dari Pahang. Zaki telah di diagnos menghidap kanser darah atau Hodgkin Lymphoma tahap 3. Namun begitu, beliau tak pernah berputus asa dan menganggap bahawa penyakit ini merupakan satu semangat untuk beliau terus berjuang dan mengembara.

 Beliau kini dalam perjalanan untuk menjelajah semenanjung Malaysia secara 'hitch hike' untuk berkempen mengenai 'Cancer Fighting' dengan hanya berbekalkan 10 sen dalam poket beliau.

Dengan membawa misi menjelajah #cancerbukantiketuntukmati Zaki menjelajah dengan hanya menumpang kenderaan orang awam dalam menyampaikan mesej tersebut.


Pintu masuk ke hutan


Lalu di kawasan ladang-ladang dan estet-estet getah dan juga kelapa sawit! Ladang & estet bukan sama ja ka?? hahaa



Sampai di kawasan tandus! Panas bak ang! Ye la kami naik ni waktu petang memang terasa bahangnya!

Mans not hot!


Yo, Big Shaq, the one and only
Man's not hot, never hot....


Nasib baik sis bawa topi & shades! Boleh la nak cover dari terik mentari disamping nak acah-acah bergaya! lulz



Zaki Bijak berdesup jer mendaki! Laju betol dia, ke iolls yang tak berapa nak fit sebenarnya! hahaa


Bagus demo-demo ni beratur nak naik!


Ikut turn, tak payah ribut-ribut tak lari bukit dikejar yeop! hahaa


Jauh nun di sana kelihatan Bukit Panau di Tanah Merah. Next week kita redah bukit tu pula ye!


Acah-acah macho ke tu bro?


Part ni curam skit dan licin. Ada tali untuk berpaut.


Kat sini dah start trek mencanak woi! Siyes, semput sis tau! Maklumlah dah lama tak hiking.


Take 5 dulu. Chill


Trek mencanak lagi dan lagi! Kali ni tak de diskaun beb! Sis ingat trek dia mendatar biasa-biasa jer... Adehhh.. Boleh tahan tinggi juga bukit ni!


Abe-abe semat jetak! Sek kito jange pecoh!


Ahli mesyuarat tingkap sedang bersidang! hahaa


Padu trek dia! Sis tengah pewai bersepai ni!


Gua kambing yang lain pun aku pernah pergi juga iaitu kat Bukit Kutu. 
Lebih kurang juga ada batu besar macam ni :





Finally, lebih kurang 2 jam juga mendaki, kami sampai kat sini. Pace paling santai mak jemah dah ni.


Ini lah Gua Kambingnya! Mungkin pada zaman dolu2 kambing suka lepak sini sebab teduh dari hujan dan panas kot. Kat sini memang siap ada meja dan kerusi tau! Siapa yang gigih bawa naik atas nih! hahaaa


Durians party!


Tak sangka pula ada buat pesta makan-makan kat atas ni. Sis dah la tak bawa apa-apa pun. Bawa diri jer! hahaa

Thorbaekk!


Let's party sampai petang!



Fuh macam-macam ada! Pesta buah-buahan tempatan kat atas bukit ni! Ada durian, jagung, jambu, salak, manggis dan lain-lain lagi! hehee

kenduri!


Sedap tu demo makan sehingga licin pinggan dan menjilat jari! Tak toleh kiri kanan dah! Aummm...


Penat sangat tu Fiq dah tersadai kat situ! hahaa


Abeiji bizi sokmo mesej ngan gewe ke terrr! hahaaa.. 
Ada line tepon ke kat atas bukit ni?




Geng santai-santai sepak daun dengan abam sweeper, Nik & Fiq!



 Untuk makluman, aku adalah sejenis yang tak makan buah durian. Kalau hajak aku lepak nak makan durian, tak pelah aku tengok jer korang makan. Entah lah, aneh ke aku nih? hahaaa

  
Tapi hari ni, aku kena paksa makan durian dengan abam sweeper! First time aku makan durian ni weh! lol... Sampai 3 ulas pula dia suh aku makan! Fuhh, hari ini dalam sejarah ohoii! Rasa dia tak de la terok pon, ok-ok je lah! keh keh keh... So jangan la kecam aku yang tak makan durian nih! hihii

Jagung rebus!


Pulut durian digaul makan dengan santan & gula @ nisan kerek. Manih leting cuolls! Boleh potong kaki ni kalau makan banyak-banyak! Iolls mkn secubit aje sekadar nak rasa.. hehee


Buah salak!

Dengan si gadis manis, Yuna Final Fantasy! hehee



Ohh bulan...
Enggan melayan diriku lagi
Pabila... airmata membasahi pipi
Dan lagu-lagu di radio
Seolah-olah memerli aku
Pabila...
Kau bersama yang lain...


Acah-acah kurus!


Abe Nik idola gadis-gadis!


 Gayat dok kat atas batu nih! hahaa


tadaaaaa


Group photo dulu sebelum turun!


Thanks kepada Fiq yang ajak join hiking kat sini! Thanks juga dekat Abang Arief selaku gogo, Abeiji, Yuna, Kak Sri, Nik, teacher dan yang lain-lain. Maaf tak sempat nak kenal semua sebab ramai sangat kan. Thanks juga sebab sangat sporting semuanya dan bawa makanan yang banyak gila kat atas bukit ni! 

You guys are awesome!




Kepada anda yang berminat dengan aktiviti outdoor dan berada di daerah Pantai Timur, boleh la join Trip Kembara dan Rekreasi!



Tak sangka dapat hiking harini dengan geng TKR dan jumpa dengan Zaki Bijak! Dan first time makan durian juga! hahaaa... 

 Today has been a great day! 


Kalau korang nak ikuti kisah pengembaraan Zaki Bijak, boleh la follow Facebook beliau, setiap detik perjalanan akan dikongsikan bersama anda. Yang pastinya kekuatan dan ketabahan beliau sungguh luar biasa bukan seperti pesakit Kanser.

Kalau ternampak beliau jangan segan-segan hulurkan bantuan. Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik dari yang menerima guys!


Thanks Zaki untuk souvenier ni! Till we meet again!


Kemon abe Fiq! hahaa



In a nutshell, see ya next time! 

Kemana pula kita??














Comments

  1. ubat cancer paling mujarab adalah semangat....

    ReplyDelete
  2. Saya ditahun 80an, masa berusia belasan tahun, zaman sekolah menengah, banyak kali ke gua kambing, sedih melihat gambar2 kerakusan pihak pemerintah meluluskan kerja kerja pembalakan, dulu hutan dara, dan dulu ada kambing hutan/gurun di gua yang dipuncak, kesan kesan tapak kaki dan tahi kambing pun masih ada,.itu dulu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh patut la dipanggil gua kambing. Tq for info ya

      Delete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

XPDC Gua Batu Maloi

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Bukit Marak, Kelantan

Asykar Pencen!

BAHASA HIKERS

POKOK GHARQAD. pokok yahudi