ABC Trip part 12 : Kyumi - Siwai



Assalamualaikum



29 Mac 2018 (Khamis) 

Hari Kesembilan Trekking 

Kyumi - Siwai - Pokhara - Nayapul - Kathmandu

8.00 am - 10.00 pm


Gudbye to our porter 'Robin Hood'!


Hari kesembilan trekking. Pendakian hampir sampai di penghujungnya! Disebabkan kami extend 1 hari dari plan asal, bajet pun ada lari sikit sebab kena bayar untuk porter lagi satu hari. So korang kena standby duit lebih sikit.

Nasib baik juga masa beli tiket haritu, aku dah decide untuk ambil extra 1 hari lagi. Takut apa-apa emergency kan!


Breakfast :

Sharifah
Hot water = 20
wifi = 90
Cooking charge = 500/9 : 55
guesthouse = 600/2 : 300

Total = 465.55 npr / RM18



Setelah sembilan hari berada di sini, kami dah serasi dan berasa dekat dengan kehidupan dan alam semulajadi di pergunungan ini. Sukar membayangkan selepas ini kami tidak lagi akan dapat menikmati keindahan gunung-gunung dan puncak yang tersergam indah di banjaran Annapurna ini. 

Kami menikmati dan enjoy menjadi 'orang gunung'! hahaa.. Kami berasa 'bahagia' dan adakalanya derita juga dengan rutin harian untuk memulakan perjalanan dan pendakian pada awal pagi menyelusuri denai dan jurang selama 7 hingga 9 jam menuju ke destinasi kami. Di hari terakhir trekking, kami meninggalkan Guesthouse di Kyumi dengan syahdunya pada pukul 8.00 pagi. 


Gudbye Kyumi!

Sudah mula terasa rindu dengan gelagat porter kami, Aswin yang peramah dan gemar membawang gossip dalam kalangan ahli trip ni, trek hutan dan tangga, salji dan cuaca yang sejuk, lagu yang kami nyanyi sepanjang jalan dan gelak tawa rakan-rakan yang sentiasa menceriakan hari-hariku sepanjang pendakian. Menggamit nostalgia betul!


Namastee, baby!


Jumpa dengan budak Nepal yang comel giler!



Rumah yang sangat sederhana di perkampungan Siwai.


Kami trekking dalam masa sejam setengah sahaja untuk sampai ke Siwai. Tapi dia punya tangga memang mencanak-canak naik!


Setelah mendaki sekitar 200 anak tangga di Siwai, akhirnya kami tiba di jalur Bus dan Jeep. 

Sambil menatap deretan pergunungan dan lembah yang padu, aku berbisik kepada meraka, “terima kasih”. Tak terhitung seberapa banyak pelajaran hidup yang ku dapat darinya. Kelebihan dan kekurangan diri, kini jelas terpampang di depan mata. 

Wahai Annapurna, engkau guru terbaik!



Thanks Wak yang banyak juga sweep aku yang pewai ni!


Zek yang sudah kembali cargas! Tidak dilupakan, thanks juga kepada Abe Pi yang sudi tumpangkan barang aku dalam bekpeknya! Nasib aku tak tertumpangkan hati sekali! Ehehhh...


Penjelajahan dan pendakian ke ‘Annapurna Base Camp’ telah dizahirkan dengan sempurna. Impian menjadi kenyataan dengan pemandangan maha indah Pergunungan Himalaya, Poonhill dan ‘Annapurna range’ sungguh tidak sia-sia untuk diperjuangkan. 


Kenangan manis sepanjang perjalanan ini akan sentiasa terpahat di hati. Selamat tinggal cintaku di Annapurna. 

Nepal aku pasti akan kembali dalam misi menjelajah 'Everest Base Camp'!



“At some point, you have to realize that some people can stay in your heart but not in your life.”


I actually thought this time was going to be different. When I look back, that journey seemed to last forever, and if I had the choice, I’d always want to be there, those were the best days of my life!

But for now, I have to say goodbye to this chapter of my life and I look forward to what comes next!


Some people come into our lives and quickly go. Some stay for a while, leave footprints on our hearts, and we are never, ever the same!

“Thanks for the memories.”


Tengok la porter ni lagi kurus dari aku okeh! Tapi dia punya kekuatan memang luar biasa! Memang salute! Thanks a lot, Robin! Thanks juga Roja sebab selalu tolong susun barang-barang aku dalam beg! 


Thanks juga kepada Manish & Aswin yang banyak guide kami sepanjang trekking.


Dari Siwai kami menaiki 2 buah Jeep menuju ke Nayapul untuk ke checkpoint permit yang mengambil masa selama sejam.


Tambang Jeep berharga 3,100 npr seorang, menghantarkan kami kembali ke Pokhara sebagai penutup rangkaian perjalanan 9 hari 8 malam di Annapurna Sanctuary!


Fuhhh memang lega dah tak payah trekking! hahaa


 Kemudian, perjalanan diteruskan lagi selama 2 jam ke Pokhara untuk mengucapkan selamat tinggal kepada porter yang banyak berjasa kepada kami disepanjang pendakian ni. 


 Bubye porters! Jasamu dikenang!


Soki, shantik dah tu pakai gincu! hahaaa..


Paragliding di langit Himalaya! Sarangkot, Nepal. Harga memang agak mahal, lebih kurang 8500 NPR atau 85 USD.


Pokhara adalah kota terbesar kedua di Nepal. Kota ini terletak di utara sebelah barat dari Kathmandu. Posisinya yang dekat dengan pegunungan Annapurna menjadikan kota ini ramai dengan pelancong. Khabarnya kota ini merupakan kota dengan kos sara hidup paling mahal di Nepal. Kami juga ingat mahu bermalam sehari di Pokhara, tetapi disebabkan kat sini agak mahal kosnya, so kami decide untuk pulang ke Kathmandu terus.

 Dahulu Pokhara merupakan kota penting untuk jalur perdagangan antara China dan India. Pokhara cenderung tenang dibandingkan dengan Kathmandu.


Kami singgah sebentar di Phewa Lake untuk mengambil gambar.


Danau Phewa, danau kedua terbesar di Nepal setelah Danau Rara yang berada di Barat Laut Nepal. 

Teringin nak menyeberangi danau ni?? Ermm cukuplah dulu dah serik mendayung ke Danau gunung 7, Kerinci! hahaa


Tasik ini menjadi tumpuan pelancong untuk menikmati pemandangannya yang indah di samping boleh menaiki bot atau sampan berwarna warni mengelilingi kawasan tasik.

The Doongas, Colorful boats at Phewa Lake


Dalam perjalanan ke tasik, kami melintasi sebuah kem tentera. Berdasarkan uniform tentera yang sedang berkawal, aku menjangkakan ini adalah sebuah kem tentera Gurkha yang terkenal.

Dalam sejarah Malaysia, Tentera Gurkha ini memainkan peranan apabila mereka telah ditugaskan ke Tanah Melayu oleh pihak British untuk menentang pendudukan Jepun pada waktu itu.


Jom layan lagu Pokhara Lake! Resham Firiri

Anjing gebu!


Bagi tumbukan sedas kat pak cik bawang, Aswin!




Life is a journey that have a lot different paths, but any path you choose use it as your destiny.

― Ryan Leonard


“We travel, some of us forever, to seek other states, other lives, other souls.” 

― Anaïs Nin


 Dari sini, kami mengambil van untuk pulang semula ke Kathmandu yang mengambil masa 8 jam perjalanan. 



Air botol gergasi! Kat Malaysia tak pernah jumpa lagi botol air gas edisi jumbo! Let's partay! hahaa


Sudah hampir 9 hari kami menjadi vegetarian, kini saatnya kembali menjadi Karnivor lagi! Semua makan lahap tanpa peduli! hahaa


Terasa nikmat betol dapat makan nasi dengan lauk kari ayam! Restoran ni depan dengan masjid kat Pokhara. Inshaallah halalan toyyiban!


Mereput dalam van 8 jam nak ke Kathmandu! Kebas buntut! 

Phewwwww


Jom layan video!




Bersambung.....




Previous entry :














Comments

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS