Jumaat Di Kota Mekah


 Assalamualaikum


25 November 2022, Jumaat 5.00am


Hari kelima di Kota Mekah



1. Di Masjidil Haram, kita perlu memulakan tawaf dari Hajarul Aswad. Jangan mula dari sudut-sudut lain pula sebabnya ada jemaah yang tidak tahu ya. Oleh sebab ramai sangat manusia, kalian akan nampak lampu hijau di bangunan kanan kalian, bahagian atas, boleh nampak lampu hijau itu.


2. Di Masjidil Haram, untuk memulakan Saie, cukup sekadar kita berjalan ke arah bahagian under roof, di level Ground juga nanti pusing mana-mana pun boleh nampak arah ke Saie. Untuk Saie di tingkat kedua, kalian perlu keluar dari tingkat 1 Saie dan naik eskulator. Yang ini agak complicated, jadi ringankan mulut tanya pada mutawif ya.


3. Di Masjidil Haram, boleh solat di bahagian Saie. Jangan risau kalau tiba-tiba azan sedang kita Saie, berhenti dan solat beramai-ramai.


4. Kalau nak solat sunat 2 rakaat selepas Saie, jangan berhenti depan pintu keluar, sebaliknya korang solat dekat-dekat dengan batu / kesan baki di bahagian Bukit Marwah, barulah tidak kena halau. Solat cepat-cepat dan pergi.


5. Jangan lupa istilam menghadap qiblat setiap kali berhenti di Bukit Safa atau Bukit Marwah ketika Saie sebab ramai betul yang terlupa nak istilam.



6. Kepada sesiapa yang nak umrah sendiri, tunggu saja depan lobi hotel. Pergi ke Tanéem yang paling dekat iaitu Masjid Siti Aisyah R.A, 5km dari Masjidil Haram. Harga satu teksi ialah 50 Riyal. Mudah sangat insya Allah. Bila-bila pun ada teksinya kecuali betul-betul waktu solat, kebanyakan jalan ditutup.


7. Jika kalian ragu-ragu dengan 13 pantang larang, macam agak-agak ada terlanggar, sila rujuk terus dengan mutawif dan ustaz. Jangan agak-agak boleh derma dekat staff masjid dan niat untuk bayar dam. Kami risau tidak sah bayaran dam itu, sebab kami semua diajar untuk bagitahu mutawif dan mutawif yang akan uruskannya.


8. Kita boleh solat apa-apa juga waktu di Masjidil Haram, hatta selepas solat Subuh dan Asar. Sedangkan di luar Masjidil Haram tidak boleh. Maka, di Masjid Nabawi juga tak boleh solat selepas Subuh dan Asar, jadi janganlah solat pula ya. Oh ya kecuali solat qada tak mengapa.


9. Kalau kalian nak jalan-jalan sendiri selepas umrah, dari Saie di Bukit Marwah, ada dua laluan. Satu laluan kembali ke hotel kita dan satu lagi laluan ke tempat tak tahu. Hah tempat tak tahu inilah laluan ke perpustakaan, rumah asal Nabi Muhammad SAW, tempat Rasulullah dilahirkan.


10. Rumah asal Nabi Muhammad dan Siti Khadijah ialah di kawasan Saie, di Bukit Marwah, tetapi tempatnya tidak nyata di mana.


11. Rumah asal Sayidina Abu Bakar ialah Hotel Hilton manakala rumah asal Sayidina Umar ialah hotel di sebelah Hotel Hilton (di bahagian kirinya).


12. Rumah asal Al-Arqam bin abi Al Arqam ialah di pintu masuk Saie. Kalau kalian rajin, bolehlah sentiasa lihat nama pintu-pintu di sini.


13. Laluan masuk Rasulullah ke Masjidil Haram, laluan favorite ialah Pintu Babussalam, ada eskulator di situ. Kami tidak dapat masuk kerana sedang diubah suai.

14. Lelaki yang nak solat di dataran di hadapan Kaabah perlu pakai ihram.

15. Susah nak stay depan Kaabah. Ruang yang ada hanya untuk solat sunat tawaf sahaja. Jika kalian nak solat fardhu depan Kaabah, berhenti untuk solat sunat kemudian jika mereka halau, jalan lagi satu pusingan tawaf dan berhenti solat sunat. Ulang-ulang sampai dalam 15-20 minit lagi nak solat fardhu, bila mereka dah settle down, terus cepat-cepat cari ruang nak solat. Susah juga nak stay tahajjud depan Kaabah. Jadi repeat lagi perkara yang sama.


16. Susah nak stay tahajjud untuk muslimat di hadapan Kaabah kerana ruangan agak terhad. Juga agak terhad di bahagian ground floor masjid. Jadi, kalian boleh pergi ke tingkat 1, lebih ruang tapi kipas selalunya mereka off. Hehe. Sabar saja lah ya....


17. Tidak batal wudhuk ketika berada di hadapan Kaabah mengikut mazhab Maliki dan Hambali. Tidak terbatal wudhuk jika tiada niat syahwat. Namun, kami kembali kepada mazhab Syafie selepas di luar pandangan Kaabah. Maksudnya ketika di hadapan pintu masuk Masjidil Haram, kami yakin ia membatalkan wudhuk. Ikut iktikad masing-masing.


18. Boleh naik ke rooftop melalui pintu 35 yang dari arah pintu masuk asal, di hadapan Hotel Hilton. Kawasan yang kita boleh pergi cuma di bahagian 3 kubah King Abdul Aziz. Bahagian lain semua ditutup kerana proses renovasi.


19. Kita boleh naik skuter ya. Harganya 57 Riyal untuk 1 sesi tawaf atau 1 sesi saie. Kalau nak naik dua-dua pun boleh. Nak naik skuter ketika Saie boleh di ground floor atau tingkat kedua. Untuk tawaf skuter hanya di tingkat 2 sahaja. Tingkat 1 tawaf untuk pejalan kaki sahaja.


20. Masa digunakan untuk menyelesaikan umrah dalam 1 jam 45 minit. Yang lama ketika Saie. 45 minit cukup untuk 7 pusingan tawaf dan solat sunat tawaf. Sekejap sangat rupanya. Lagilah kalau naik skuter. Lagi cepat selesai. 1 jam sudah cukup untuk saie. Kiraan kami, jarak Safa ke Marwah adalah dalam 400m sahaja. Manakala jarak satu pusingan tawaf hanyalah 200-300m sahaja. Tidak terasa sangat semasa tawaf sebab ramai orang tetapi ketika Saie memang terasa jauh sebab straight saja.



21. Jangan lupa bawa gunting dan pencukur ketika bertahallul. Untuk menggunting rambut muslimat, cukup gunting yang hujung-hujung rambut. Bawa sekali plastik sebab tong sampahnya jauh betul.


22. Boleh borak-borak ketika tawaf tapi janganlah over sangat. Sekadar sini sana, selebihnya berdoa saja ya. Doalah apa pun. 7 pusingan itu memang agak lama, jadi zikir, selawat dan doa. Semasa saie pula, lagilah banyak boleh berborak jadi hati-hati ya jangan asyik berborak. Sepanjang jalan kita itu doanya dimakbulkan. Ingat itu.


bergambar kenangan depan tower clock hotel


Hari Jumaat, kalau nak menghadiri solat Jumaat perlu datang lebih awal, sekurang-kurangnya dua jam untuk muslimat sebab tempat terhad. 

Untuk muslim, tempat saf banyak, jadi jangan risau kalau datang sejam lewat pun masih dapat tempat.


Kami sampai masjid jam 11:00a.m. Laluan ke bawah dah tutup. (Hari Jumaat disarankan pergi masuk masjid awal sikit kerana penduduk Mekah dan sekitar ramai yang datang sebab depa cuti Jumaat, so quite crowded berbanding hari lain).


Alhamdulillah berpeluang untuk solat jumaat di Baitullah. 
Masyaallah memang luar biasa ramainya umat manusia di hari jumaat!


Khutbah dia dalam bahasa Arab so xdapat la sis nak memahami intipati dia.
Tapi tengok orang Arab disekililing memang sebak siap menangis lagi mesti syadhu je bacaan khutbah tuh kan.


Setiap selesai solat fardhu di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi akan ada solat jenazah. Solatlah berjemaah. Mudah saja, 4 takbir 1 salam. Tak lama, dalam 3 minit saja solatnya.


Takbir 1 - Al Fatihah
Takbir 2 - Selawat atau selawat tahyat akhir atau Selawat Ibrahimiyyah
Takbir 3 - Allahummagh firlahu warhamhu waafihi wa'fuanhu (doa jenazah)
Takbir 4 - Rabana atina fiddunya hasanah wafil akhirati hasanah, waqina azabannar
Beri salam kanan dan kiri.


Nanti imam akan sebut "..... almarhum...." lepas itu semua orang berdiri. Mula-mula mungkin tak familiar, lama-lama kalian dah boleh agak. Sebutan ini tidak didengari ketika dalam live Mekah, kita jemaah umrah saja boleh dengar.


Pahala menunaikan solat jenazah ialah 2 qirat iaitu 1 qirat bersamaan sebesar Gunung Uhud. Masya Allah. Bukan hanya solat jenazah di Mekah dan Madinah sahaja tau. Jika kita solat jenazah di Malaysia juga pahalanya 2 qirat. Insya Allah.



Pergi mana-mana mesti bawa beg untuk letak selipar / kasut. Di sini tak banyak rak kasut. Kalau ada pun, takut tertukar dengan orang lain. Risau juga. Jadi kami sentiasa masukkan kasut atau selipar di dalam beg. 




Inilah peluang seumur hidup untuk memandang Baitullah. Sesiapa yang memandang Baitullah (kaabah) insyaAllah akan mendapat pahala. Berusahalah untuk duduk sedekat mungkin dengan kaabah kerana itulah syiar umat Islam sejak zaman nabi Ibrahim lagi.



Jika ada yang berniat nak wakaf kerusi lipat untuk duduk, kalian boleh beli sendiri di mana-mana kedai yang ada di Mekah dan Madinah, kemudian tulis di belakang kerusi "Waqaf lilharam" kemudian letak saja senyap-senyap. Mudah dan tak perlu bagitahu. Kerusi lipat memang ramai sangat yang menggunakannya terutamanya perempuan kerana semuanya malas nak bersila.





4 PERKARA JIKA DI PANDANG SAHAJA DAPAT PAHALA :

Diterangkan dalam sebuah Hadis Rasulullah SAW. Hanya dengan memandang empat perkara ni pun kita sudah dapat pahala.
Hanya dengan memandang empat perkara ni pun dikira ibadah. 

Apakah yang di maksudkan 4 perkara itu?

1. wajah ibubapa
2. Al-quran
3. Lautan
4. Ka’abah


Mak merupakan orang yang paling hampir dengan kita. Dari rahimnya kita dilahirkan. Dari air susunya kita dibesarkan. Insan yang tidak rasa jijik membersihkan najis dan kekotoran ketika kita masih kanak-kanak. Sanggup berjaga malam diatas kesakitan anaknya. Besarnya pengorbanan wanita bergelar Mak/ibu/umi/mama/mummy.. 

Lantaran itu Allah memasukkan satu surah dalam Al-Quran yang di namakan Surah An-Nisa (Surah Perempuan). Kerana itu juga ada riwayat menyebut sesiapa yang memandang wajah ibunya sudah diberikan ganjaran pahala.


Dok tengok pekerja yang membersihkan lantai tu laju betul dorang buat kerja. Macam seronok jer kerja macam ni sambil tu boleh solat 5 waktu dalam masjidil haram. 
Banyaknya pahala dorang!!


Sentiasa bawa spray wudhuk sebab di mana-mana berhenti pun memang ramai orang. Contohnya kita miqat di Jaaranah, toilet memang kecil dan ramai orang. Jadi memang susah bila nak berwudhuk. Di dalam Masjidil Haram juga memang susah nak cari toilet. Toilet tiada dalam masjid, hanya ada di luar masjid. Jauh juga nak menapak. Nak ambil wudhuk memang kena guna spray wudhuk saja. Ambil wudhuk pula di bahagian perempuan, kan spray spray saja tiada masalah, tidak terlalu basah.


Ada tong air zam-zam versi sejuk dan biasa di sini. Bolehlah bawa segala botol kosong yang ada. Jaga-jaga jangan bawa banyak sangat air di dalam bagasi, takut tak lepas nak bawa ke dalam kapal terbang. Tak pasal mungkin kena koyak beg kita sebab nak keluarkan botol air tersebut.




26 November 2022, Sabtu 5.00am


Hari ke enam di Kota Mekah


Selamat tinggal Kota Mekah Al Mukaramah. Selamat Tinggal Haramain
Kami pasti usahakan datang lagi.


Jemput lah kami lagi Ya Rabb!




In a nutshell, semoga kami dijemput menjadi duyufurahman lagi di lain waktu. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki untuk menjejak lagi kaki ke Haramain! 

Inshaallah amin




Comments

Popular posts from this blog

XPDC Gua Batu Maloi

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Bukit Marak, Kelantan

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

Asykar Pencen!