Genting Dream Cruise 2023


Assalamualaikum


My dream trip, Genting Dream Cruise!

19-21/01/2023 (3d2n)

Port Klang-Singapore-Port Klang


Sebenarnya sis dah book trip ni 3 tahun lalu pada tahun 2020. Konon nak p honeymoon lepas majlis kawen sis 13.3.2020. Lepas tu beberapa hari kemudian terus kena lockdown 1 dunia ok! So honeymoon duduk rumah aje la xleh kemana-mana. Uuhukkk.. 

Lepas sempadan & pelayaran dah buka semula bulan Januari 2023, terus la sis tanya balik pasal pakej yang sis dah book tu. Nasib baik boleh claim balik. So pentingnya korang book dengan travel agen yang trusted! Kalau korang nak usha pakej dia leh tengok kat sini :



Masa tu kan book untuk 2 orang jer untuk pakej 6h5m nak dekat RM5k jugak sis bayar. Tapi now dah bertiga. So kena consider jugak kalau nak pergi trip lama2 bawak baby ni macam mana kan. Untuk baby bawah 2 tahun kalau tak silap harga dia half daripada dewasa. Trip ni dia kira by pax.

So sis decide nak tukar pakej ambil yang 3h2m jer so just nice lah & sis decide nak ajak mak & adik skali. The more the merrier la kan. Tapi ambil 2 bilik yang berasingan. So memang ngam lah bajet tu sis xyah nak tambah duit lagi.


Naik dekat Port Klang Cruise Terminal (PKCT) perjalanan dari PJ ambil masa 45 minit sahaja. Dekat situ ada parking disediakan kalau bawa kenderaan sendiri dan dikenakan bayaran RM20 per entry sahaja. Murah sangat bebaloi naik kereta tapi parking terbuka lah panas sikit. 


Susu dulu baru kamu.. ehh


Dalam pukul 11.00pagi dah boleh check-in beg, lalu kat Imegresen Malaysia, kena tunggu turn dipanggil dan scan beg lepas tu terus boleh naik kapal. Kita kena serahkan pasport yang sah kepada mereka dan nanti mereka akan berikan kita kad pendaftaran diri kita yang mana kad ini untuk kegunaan semua akses atau pembelian di atas kapal.



Bilik Balcony Deluxe Stateroom


Welcome to Genting Dream!!! Selesai je process urusan naik kapal, sis pun menuju ke bilik. Tadaaa, ni la rupa bilik sis. Bilik ni jenis Balcony Deluxe Stateroom yang terletak di Deck 9. Dalam bilik ni ada katil queen dan 1 Sofa Bed. Sis suka bilik ni sebab selesa dan agak luas juga. Paling best sebab ada cermin besar. Lagi satu tilam dia empuk ye. Memang lena la tidur sampai tak rasa pun kapal bergoyang. 

Oh ye, sape yang mabuk laut tu jangan risau. Sepanjang sis atas Genting Dream Cruise ni tak pernah lagi rasa bergoyang ke hape. Dak kecik ni pon steady jer. hahaa


Untuk peringatan barang elektrik seperti cerek elektrik, iron baju, hair dryer, plug extention tidak dibenarkan bawa naik atas kapal. Tak apa itu semua akan diberitahu oleh ejen secara detail untuk elak masalah.


Yang paling penting kan, korang kena bawak gayung kecik or portable bidet sebab toilet dia xde paip woiihh! Naya betul kalau nak terberi! hareyy betol la! Ni contoh dia lah. Aku siap beli kat shoppe semata untuk trip cruise ni. hahaa


Untuk wifi korang boleh beli jugak. Tapi xyah beli pon xpala sebab line slow gler kat tengah laut kan. Nak live update pon tak lepas. hahaaa... buat rugi jer rasa beli wifi dalam 78SDG ok! ermmm... Takat 3h2m je pon. Sis x turun kapal pon just enjoy tour dalam kapal ni je. 

Sebab sis dah p Singapore banyak kali dah sebelum ni. Kalau nak turun tu pandai2 la bajet sendiri utk transport, mkn & etc. 


View dari balcony dalam bilik.

Aku healing sampai pagi tak balik oh noooo....


Ni tempat open cinema aka party buih jugak. Nak join party buih, main bowling, karok, spa dlln kena bayar lain. Korang tap pakai card jer kalau nak buat apa-apa bayaran. Nanti sebelum turun kapal korang kena bayar dulu la sekali dengan gratuity charges ikut berapa malam atas kapal & ikut jenis bilik. 

Bilik sis 25SGD per night per pax. Below 2 years xyah bayar. So kira la berapa kena charges. Lagi lama duduk lagi banyak la kena bayar. hahaaa. Kena standby kad kredit or kad debit yang korang dah activatekan untuk pembayaran bila kat overseas.




















Tingkat 17 hingga 19 adalah outdoor game kat situlah ada kolam renang, ada jakuzi, ada mainan gelongsor, mainan bola keranjang, wall climbing, dan macam-macam lagi lah. 

Tingkat 16 adalah tempat dimana letaknya satu-satu restoran yang mendapat pengiktirafan Halal sepenuhnya. Kat sini tempat kami makan enam kali satu hari tu. Namanya Lido Restaurant. Tak perlu risau nak makan memang dijamin Halal dan bersih.


Makan pula ada waktu-waktu yang ditetapkan dan kena datang awal kerana mereka memang cukup punctual dalam penyediaan waktu makanan ni. Kalau lambat semua makanan yang ada akan dikemas untuk penyediaan makanan waktu seterusnya. Makanan semua ala bufet dan banyak pilihan. 

Makan puas hati sis boleh bagi dalam 9/10 kerana banyak pilihan dan juga rasa sedap. Nak makan kena tunjuk kad yang diberikan pada kaunter dan mereka akan bagi no meja dan duduk makan kat meja yang ditetapkan. 










Bila dah jejak kaki kat atas cruise tu memang satu pengalaman yang mengujakan dan lain daripada lain. Tak sangka yang ada kapal sebenar ini dan juga seluas ini. Genting Dream ni ada 19 tingkat semuanya dan juga ada 16 buah lif yang boleh akses keberapa tingkat. 








Tingkat 5 hingga 8 adalah tingkat untuk mall, restoran dan juga bahagian kedai serta yang lain-lain lah. Korang boleh jalan dalam tu tiada halangan masuk keluar nak tengok tepi cruise pun boleh. Memang selesa dan juga sangat bersih dalam kapal tu. 

Tingkat 15 sampai 16 adalah tingkat hiburan. Kat situlah adanya pawagam, ada bowling, ada indoor game, ada spa dan macam-macam lagi.


Malam-malam ada masa boleh pergi kat bahagian panggung terbuka mereka akan sediakan movie terkini dan tonton cecara percuma sambil baring kat kerusi disediakan. Minuman kalau nak kena order bayarlah. Semua bayaran tambahan lain dikena charge dalam SGD. Tapi tak perlu bayar terus. Semua duit tu akan dikumpul dalam kad merah yang diberikan pada setiap penumpang. 

Bila masa nak turun balik nanti korang kena pergi kat kaunter pembayaran untuk langsaikan semua bayaran yang dikena melalui card tersebut.  Cuma nak turun kat Malaysia tu kena tunggu sikit kerana ada procedure daripada Imegresen Malaysia yang ketat dan ia dilakukan sangat teratur. 


Jalan-jalan kat Casino. Saja usha2... 
 Teringat macam sis p kat Macau dulu. Tempat God of Gamble! hahaa










Beautiful sunrise kat tengah laut!




















Kelab ni tempat permainan untuk budak 2 tahun ke atas. Anak sis haritu baru setahun lebih so xleh masuk. uhukkk






Malam masih muda! 

Kami nak tengok persembahan acrobatic! Paling excited haruslah budak kecik tu. hahaa


Special Performance by Genting Dream Entertainers.

Tips – untuk free show ni boleh check dekat daily schedule activity, akan ada tulis tajuk show then kalau berminat sila datang awal 45min untuk dapatkan seat, 1st come 1st serve tadak booking-booking..


Persembahan dorang memang best, tarian dan meremang juga tengok aksi yang ada lambung-lambung orang. Tapi tak perlu risau sebab dorang nie memang pro. Dah memang job dorang kan.


Tapi sis seriau jugak tengok bila part dia gantung kepala kat tali... 
phewwww dahsyatt betol!










In a nutshell, kalau korang impikan percutian yang lain dari biasa, ambil la peluang untuk merasai sendiri pengalaman bercuti dan berlayar bersama Kapal Persiaran Genting Dream by Resort World Cruises. 














Comments

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS