ABC Trip Part 9 : Machapuchare BC ke Annapurna BC



Assalamualaikum



26 Mac 2018 (Isnin) 

Hari Keenam Trekking (Part 2)

Machapuchare Base Camp - Annapurna Base Camp

12.00 pm - 2.00 pm



Lambaian Bumbung Dunia, Sang Dewi Annapurna di depan mata!


Lepas dah makan tengahari dan berehat di MBC, kami start trekking pada pukul 2.00 petang. Dari MBC 3700M nak ke ABC 4130m, hanya tinggal lebih kurang 3km jer.




Kini tibalah klimaksnya perjalanan ini! Ayuh kita teruskan. Ayuh harumkan nama kita di ABC nanti! hehee


Suhu semakin sejuk dengan kabus yang tebal mengehadkan pandangan. Kat sini dah tak nampak view apa-apa sebab ada ribut salji dengan angin yang kuat! Gigil bak ang!


Pakailah kasut yang selesa sebab trekking turun naik ni boleh menyebabkan kesakitan kaki, sakit lutut. 

Jadi kemaskan kuda kuda dan melangkah lah dengan yakin demi tanahairku yang tercinta! ehhh.. Chances untuk mengelungsur juga pasti akan berlaku bila jalan atas ais! Jadi.. hati-hati.




Take 5 dulu.



Ice ice baby


What is life if it is not an adventure? Keep challenging yourself!


“The first snow is like the first love. Do you remember your first snow?”




Ada tasik kat sini & snowman!


Perjalanan dari MBC menuju ke ABC agak mencabar kerana salji yang semakin tebal dan pemandangan yang dilitupi kabus. Udara pula semakin menipis dengan altitude yang semakin tinggi. 

The bodyguard!
Geng pak cik bawang!


Uolls jalan laju-laju nak p mano?? Tak lari gunung dikejar! hahaaa

korek idong ke tu wak oiii?

Jauh merenung masa depan Wak



Ketika akhirnya hanya dalam diam kami merenungkan erti perjalanan ini. Seperti juga perjalanan hidup, perjalanan melalui Annapurna Sanctuary ini menggambarkan bahwa dalam hidup ada naik turun dan jalan datar. Ada kemudahan dan ada pula rintangan. Ada pengorbanan yang mesti kita lakukan untuk mendapatkan kebahagiaan. Terkadang lelah, lapar dan penat membuat kita patah semangat.

Tapi kita hanya perlu tetap melangkah setapak demi setapak hingga ke tujuan. Melihat ke depan, melihat akhir tujuan, dan terus bersemangat.



Kabus ribut!


Kabus, kabus ribut
Indah berseri-seri
Kabus, kabus ribut
Bilakah sampai waktu?






Akan ada porter yang turun naik ke ABC sepanjang perjalanan. Jadi bagi lah laluan kepada mereka. Kesian mereka mengangkut barang dan beg tu berat nauzibilah!

 Insafilah diri. Nilai kan lah kehidupan sendiri. Bersyukurlah apa yang Tuhan dah bagi... Ingatlah. ada insan lain yang lebih sarat perjalanan hidupnya. Jadi.. jangan mudah mengeluh dengan nasib diri ! Bersyukur dan redha. Pasrah dan berserah.

* betul betulkan terompah kopiah.



“When snow falls, nature listens.” — Antoinette van Kleeff


Snowflakes are kisses from heaven.


Dah nampak signboard ABC dari kejauhan! Teruja! 
Adrenalin terus mengalir deras!


Photog sedang beraksi!


Sewaktu menghampiri ABC, kami telah dihujani dengan salji. Satu pengalaman yang menyeronokkan!



Setelah 6 hari trekking, akhirnya sekitar pukul 2.00 petang, saat manis apabila kami semua berjaya tiba di papan tanda Annapurna Base Camp di ketinggian 4130m dari paras laut! Alhamdulillah. Syukur segala penat lelah dan airmata terasa berbaloi! 

ABC Checked! 


I just wished, I could do this again in somewhere else with someone that I truly love and share the life with!


Feeling On Top of the World



Thanks buddies for always stick together through thick and thin. 
I heart you guys!


Tidak ada yang mampu mengalahkan perasaan puas saat akhirnya berhasil menginjakkan kaki di ABC. “Congrats, you made it!”!

Semua keringat dan rasa sakit di sekujur tubuh setelah berjalan berhari-hari rasanya tidak ada apa-apanya dibandingkan dengan pemandangan indah & signboard 'Namaste' yang dilihat di depan mata. 

Foto-foto yang dihasilkan oleh kamera canggih pun rasanya jauh berbeza dengan aslinya. Annapurna yang diliputi salju berdiri dengan gagah seakan menyambut kita yang sudah dapat dipastikan akan kehabisan kata-kata.


Berada di ketinggian 4130 m dari atas permukaan laut, dinginnya cuaca dan perbezaan budaya serta bahasa antara trekkers dari seluruh dunia pun seakan luntur dengan tawa bahagia dan kekaguman pada keindahan alam yang sama. 

Jika ingin mencari ketenangan sambil merasakan adventure yang benar-benar berbeza dari biasanya, cubalah untuk trekking ke Annapurna. Because when you want to get the greatest view and experience, you just have to walk higher and (a little bit) further!


Yihaaaaa


Aku telah tinggalkan segala kenangan bersama ni di Annapurna! 
Gud bye forever gogo!



You jump, I jump! hahaa




Dah sampai dalam bilik lepak & baring kejap nak berehat! Petang-petang sikit nanti kami plan nak turun ambil gambar puas-puas kat signboard tu. Dah ajak yang lain turun sekali tapi semua lebih rela duk lepak dalam bilik sebab tak tahan sejuk! Kemon la bukan senang nak sampai kat sini kot, rugi2! hahaaa


Salji yang tebal kat tingkap bilik!


Suhu masa ni lebih kurang -5. Ni dah rasa sejuk namatey dah! hahaa


Tapi lepak kat dalam restoran ni tak sejuk sangat dari lepak dalam bilik menggigil!


So dalam pukul 4.00 petang, aku, Fuzah & Abi gigih merentas salji dan angin sejuk yang menggigit sehingga ke tulang turun ke bawah tu.. Kekmi memang dah tak tahan sejuk dok berkabung dengan selimut tebal dalam bilik! Roja akan menyusul katanya nak hajak yang lain sekali.


Sarung baju uniform laju-laju! hahaa


Major combat operations to conquered Annapurna Base Camp 4130m have ended! Mission accomplished squad! hehee


Ni bukan nak buat formasi kawad, cuma aksi lompat yang gagal! ekekeee


Tah macam mana gambar ni tetiba leh ada dalam group kerja aku! Terkezut la boh-boh kawe sume. Aku cakap nak p jalan-jalan je kat Nepal! muahaaaa.. Sume dok tahniah2 bagai! Dorang tak tahu yang aku pewai bersepai, dah separuh nyawa nak sampai sini! hehee

Agak-agak kawe leh naik pangkat tak Boh? Konon dah harumkan nama Jabatan di persada gunung Himalaya! huahahh


Berdiri disini dengan mengibarkan jalur gemilang merupakan detik kebanggaan kami yang akan dikenang sepanjang hayat! Ia merupakan rekod peribadi yang sangat berharga!

Yeahhh, we did it!


U : Awak nurse ke?
I : Ye, saya nurse, kenapa?


U : Kalau camtu 'nursecaya' awaklah jodoh saya! 

hahaaaaa


Negaraku.. Oh darahku
Hiduplah sepenuhnya
Dirgahayu semua!



Salam Perantauan diucapkan kepada mak abah, adik beradik, sanak sedare dari kami di Pengkalan Kem Annapurna! Makan ketupat, rendang, lontong ingat-ingat kami kat sini! :p

Mat ri ye juga buat kawan-kawan dan sahabat handai yang ada kt bumi Malaya tuh! Maaf Zahir Batin. hehee




Finally, misi kami nak pakai uniform kerja & baju raya kat puncak ABC terlaksa!  Salah satu pencapaian yang amat membanggakan untuk diri sendiri! kohkohkoh


Tengah syok sakan bergambar, bateri phone Kekmi yang kami pinjam pon dah kong! So kami pun kemas-kemas nak naik semula ke guesthouse. Tetiba nampak kelibat seseorang dari jauh menghala ke kami.

Ingat ke porter kami Aswin yang suruh kami naik sebab cuaca makin sejuk kat luar ni! Rupanya Roja yang sedang berbungkus plastik tu! hahaaa.. Kami ingat ke dia tak turun dah. Rupanya dia ke toilet dulu sebab pergi memerut kena ceri beri! Yang lain tu Roja kata tak sanggup nak turun sebab sejuk amat! hahaa


Masa ni Zek memang dah teruk kena AMS. Kami semua risau juga dengan keadaan dia.


 Jangan lupa untuk berjaga tentang bahaya Acute Mountain Sickness (AMS) dan siapkan ubat yang diperlukan. Jika mengalami pusing dan mual saat mendaki, sebaiknya berhenti dan berehat. Always remember to respect our mother nature, and most importantly, yourself. Moga Zek baik-baik aje.



Malam tu, kami makan menu yang sama jer seperti hari-hari sebelumnya. Siyes dah tak lalu nak makan sebenarnya. Lepas makan, perut pula meragam lagi! Assudahhh!

Untuk pengetahuan, setiap penginapan/guesthouse/teahouse hanya memiliki biasanya 1-2 tempat mandi dan 1-2 toilet. Padahal kadang tamu yang menginap sangat ramai, sampai berpuluh orang. So kita sendiri yang harus pandai mengatur waktu untuk urusan toilet. 


Kami menginap di Annapurna Guesthouse. Waktu tidur, aku memakai tiga helai baju, dua helai jaket, 4 helai stoking, sarung tangan, selimut dan sleeping bag! Itu pun masih lagi terasa kesejukannya! Bersiap siaga untuk gigi berantakan dan sengal sengal tulang. Ahhh sudah, rasa macam tak bernafas pula pakai pakaian tebal-tebal ni. 

‘Hot patch’ ataupun ‘Heat packs’ pula memang tinggal last paket untuk memanaskan tapak kaki dan tangan. Ahh rasa menyesal pula tak bawa banyak-banyak! Malam tu, agak sukar untuk aku melelapkan mata. Dari luar terdengar bunyi ribut salji yang amat kuat dan suhu yang semakin menurun sehingga -10 celcius! Seram sejuk dibuatnya!


bersambung.....


Comments

  1. nice blogging.. details yang amat dah mudah kami nak buat pedoman.. bila nak sambung part 9 yer

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS