ABC Trip part 10 : ABC to Sinuwa




Assalamualaikum



27 Mac 2018 (Selasa) 


Hari Ketujuh Trekking 

ABC - MBC - Deurali - Himalaya – Lower Sinuwa

8.30 am - 8.30 pm


Good morning Annapurnama!


Harini kami start trekking pada pukul 8.30 pagi. Dari Annapurna Base Camp 4130M kami perlu turun semula ke Sinuwa 2300M. Kena turun lebih kurang 2000m. Perjalanan memang sangat panjang harini, sebab target untuk kembali ke Nayapul semula dalam masa 2 hari. Mampu ke idok tah?? hahaaa.. Pergi trekking 6 hari, balik 2 hari jer?? Memang dahsyatt juga iti yang aku buat! kah3..

So jalan tak boleh santai sangat la sebab agak rushing juga masa yang kami ada sebenarnya!

Golden sunrise!


Lepak kat dining room sambil tunggu breakfast siap!


Kat dalam ni pun dah rasa sejuk giler apatah lagi kalau lepak kat luar tu! hahaa


Breakfast :

Hot water : 50+50 = 100
Bilik : 400/2 = 200
Refil air 100l = 110

Total = 410 npr


Sap kok lu!


Disebabkan suhu yang terlalu sejuk, ramai antara kami yang jatuh sakit. Batuk, selsema dan sakit tekak memang telah dialami sejak hari pertama lagi, diikuti dengan sakit kepala yang berdenyut dan kaki yang melecet sebab banyak berjalan. 

Paling teruk, beberapa orang antara kami terkena muntah-muntah dan cirit birit termasuklah aku! Serius tak kelakar bila betapa seksanya perut memulas dan terpaksa mencebok dalam keadaan yang sejuk beku! Hahaaa… Muntah pun sampai keluar muntah hijo! blerghhh


Mungkin kami tak biasa dengan makanan disini. Rasa dia memang tawar jer. Nasib baik ada bantuan dari dua orang staff nurse yang join trip ni iaitu Fuzah dan Abi yang sentiasa standby dengan bekalan ubat. Zek pula demam, pewai dan hampir terkena serangan AMS dan kami juga hampir menghubungi helicopter untuk bawa beliau ke hospital.

Tetapi setelah makan dan berehat seketika, Zek kuatkan semangat untuk berjalan turun bersama kami. Memang kental Zek! Waa salute sama lu brader!




Salji depan bilik!



Tak akan pernah jemu menyaksikan gunung ini dengan mengucap syukur kepada Tuhan akan keindahan ciptaanNya. Memang tiada yang sia-sia segala apa yang diciptakanya.

*Wish to stay here one more night & enjoy this view! But it's too cold!






Papan tanda yang besar kat tengah-tengah yang tulis 'Namaste ABC' telah tumbang disebabkan ribut yang kuat malam tadi! Nasib baik kami sempat ambil gambar semalam puas-puas! Hehee..


Semua teruja! Macam-macam posing dorang ni beraksi! hahaa


Awek Jerman yang kami jumpa kat Deurali semalam.






Bilik kami no 2 ni!


Nama Annapurna & Sejarah:

Sejarah pertama Gunung Annapurna yang berketinggian Lapan Ribu meter di puncak dan cubaan untuk mendakinya pada 3 Jun 1950 oleh 'Expedition Perancis' yang diketuai oleh  M. Herzog, tiga tahun lebih awal daripada Gunung Everest yang telah ditawan oleh Tenzing dan Hillary pada 29 Mei 1953.

Kawasan sekitar Annapurna Himalaya yang dikenali sebagai 'Annapurna Sanctuary' dan Machapuchare (Fish Tail), satu-satunya tempat di mana anda boleh mencari tempat penginapan, lodges, teahouse dan guestroom yang menyenangkan dan agak selesa dengan kemudahan di kawasan pergunungan tertinggi di dunia.


 Annapurna Camp Base dan kawasan sekitarnya dikenali sebagai 'Sanctuary of God' dianggap suci & tempat bersemadi semangat gunung diperkenalkan oleh perintis awal iaitu Col. Jimmy Edward dan pasukan explorernya. 


Annapurna is also 'Goddess of harvest'! 

Annapurna adalah nama Sanskrit yang bermaksud "penuh dengan makanan", tetapi biasanya diterjemahkan sebagai Dewi Tuaian. 

Menurut kepercayaan, Annapoorna devi adalah "dewi dapur sejagat dan abadi iaitu ibu yang memberi makan. Tanpa dia terdapat kelaparan, ketakutan". Ini menjadikan Annapurna dewi sejagat. Kuilnya yang paling popular terletak di Varanasi, di tebing Sungai Ganges.


Sempat lagi dorang main sliding ice kat sini! Aku pun teringin juga! uhukkk..


Nice photo!


Mentang-mentang pakai kamera DSLR, gambar demo sume cun belaka! Aishhhh

Nice posing!


Jelesnya! Aku nak juga gambar macam ni! hahaaa


Sakan betul si Aswin & Manish ni bergambo! Ruginya aku tak join dorang ambil gambar kat sini sebabnya kami semua tengah kemas barang dalam bilik! Adehhh...


'Easy Heli Charter Service' adalah pembekal perkhidmatan Pemindahan Perubatan di Nepal. Cuaca dan keadaan di kawasan pergunungan tidak dapat diramalkan. Oleh itu, peluang kecederaan dan penyakit juga tidak boleh diabaikan. 


Adalah sangat disyorkan bahawa korang beli insurans yang dipercayai yang ada cover helicopter evacuation sebelum melakukan perjalanan di Himalaya. Perkhidmatan Pemindahan Kecemasan Perubatan lebih dikenali sebagai perkhidmatan 'MEDEVAC'.


Ada juga disediakan perkhidmatan 'Annapurna Helicopter Tour' dari Kathmandu dan Pokhara. So tak payah susah-susah nak trekking sampai 7 ke14 hari pergi balik ke ABC! hahaa.. Harga memang meninggal lah! Tapi kalau mampu boleh la nak try! hehehh

Tapi macam best juga sebab boleh tengok view snowcapped mountain dari atas Heli! Fuhhhh... Mesti terbaekkk weh! Ada tak sesiapa yang sudi nak sponsor aku naik Heli please?? Untuk next trip ke EBC pula. Nanti aku buat liputan special episod kat blog nih! hahahh


Helicopter tengah landing kat Helipad.


Spectacular panorama!

Pintu gerbang!



ABC checked! 100 things to do before I die!



Acah-acah Hikers was here! Congratulations, we achieved! yeayyhh..

Gadis-gadis marhaen! hahaa

Bubye ABC!



Annapurna South from Annapurna Base Camp (4,130 m)


Tony Stuck sudah kembali sihat!


Ni acah-acah Iron Man! hahaa


Jika diimbas kembali, pendakian aku ke puncak Gunung Kinabalu pada tahun 2015 merupakan 'turning point' bagi diri aku. Ia merupakan satu detik atau peristiwa yang mengubah mentaliti diri bahawa aku boleh lakukan banyak perkara sekiranya diberikan sepenuh perhatian dan berusaha bersungguh-sungguh. Masa tu aku tak pernah naik gunung pun, tetiba nak naik Kinabalu! hahaa.. 

Kejayaan menjejakkan kaki ke puncak Gunung Kinabalu menyuntik semangat baru dalam diri, menjadikan aku bertambah yakin dalam mengharungi cabaran dan dugaan dalam kehidupan. Lepas tu, aku tak berhenti kejar impian aku sampailah ke Annapurna nih!

So, impossible is nothing! Just do it babe!

With the porters!

Himalayan Boys!
Gugurls!


Kita tidak harus mendaki gunung untuk bermegah dengan memacakkan bendera tetapi untuk berani mendepani cabaran yang harus ditempuh sepanjang pendakian!

Hiruplah udaranya, nikmati pemandangan. Dakilah agar anda dapat melihat dunia, bukannya untuk dunia melihatmu!


“The mountains are so wild, stark and very beautiful that I wanted to cry. I breathe in another wonderful moment to keep safe in my heart” 


Pada dasarnya kita sendiri yang menentukan apa nantinya hidup kita. Bahawa dengan bermimpi kita akan mampu menembusi sekat sekat imaginasi kita. Tapi puncak gunung bukanlah akhir dari perjalanan itu sendiri. Intipati dari suatu perjalanan adalah sampai ke tujuan dan kembali pulang dengan selamat, berkumpul dengan orang-orang yang kita sayangi.

Teringat satu quotes :

Logic can bring you from A to B, but imagination will take u everywhere...


Dreaming is big and your voice is loud. Let it be heard and taken seriously. Don’t live life in the corner of a closed door. Step around and kick it in!


Permulaan perjalanan masing-masing kelihatan gembira dan ceria dengan suasana persekitaran yang amat indah pagi tu.





I had to let her go. She's not coming back. The distance is too great. The mountain between us is the one mountain I cannot climb...












Ini bukan sekedar trekking, ini adalah pelajaran berharga, Life lesson. Terima kasih Annapurna untuk semua pembelajaran yang kami dapatkan. Semoga suatu saat nanti kita bisa kembali bersua! 


Selamat tinggal cintaku , Annapurna!


"All I Ask"


Look, don't get me wrong
I know there is no tomorrow
All I ask is

If this is my last night with you
Hold me like I'm more than just a friend
Give me a memory I can use
Take me by the hand while we do what lovers do
It matters how this ends
'Cause what if I never love again?



Wak jalan laju-laju nak pi mano??



Laju jer Abe Pie tinggalkan aku! huhhh


Aku rasa macam satu kerugian sekiranya kita tergesa-gesa untuk turun ke bawah sekiraya keadaan cuaca masih bagus. Bukan setiap hari kita boleh menikmati panorama indah pergunungan salji dengan sumber udara oksigen yang tidak tercemar.

Aku akui bahawa pendakian aku memang tidak pantas. Sebabnya aku cuba menghayati pemandangan di atas ni.


Bila jumpa port dengan panorama cantik sikit, aku berhenti, ambil gambar, tengok puas-puas lepas tu baru jalan dan teruskan pendakian. Aku rasa jurugambar atau sesiapa sahaja yang minat fotografi akan menjadi pendaki yang paling perlahan kerana ada sahaja benda yang hendak mereka rakam. Bertabahlah porter yang sweep aku! Gogo pon nampaknya dah tak boleh sabar nak ikut pace aku.. hahaa


*Lagi syok kalau dapat kawen dengan abam photographer! ekekeee..


Kat sini aku dah terasa bahangnya terik mentari! Tak tahan kena buka juga downjacket ni sebab panas! hahaa


Sampai je kat Machapuchare Base Camp, perut aku sekali lagi buat hal! Ahh sudah, nak ceri beri lagi! Aku pun pergi la memerut kat toilet dulu. Yang lain dah terus jer ke Deurali tak singgah kat MBC. Nasib baik ada porter yang masih lagi setia menemani aku. 




Salju yang masih lagi tersisa di MBC.



breathtaking view!


Kat sini dah tak de salji yang memutih macam semalam! Cuma tinggal rumput kering. Dah cair salji sebab cuaca yang panas terik! Masa pergi tu memang patut la korang tangkap gambar banyak-banyak! Masa balik ni memang tak la nak bergambar sebab yang lain sume laju jer ke depan tak pandang belakang dah. hahaaa




I'm tired Aswin! Very-very tired!



Lepas jer turun dari Machapuchare Base Camp, bermula lah azab yang sebenar! Jalan-jalan tak sampai-sampai! Sumpah jauh gilerrr nak mati! Trekking sampai malam.


Thanks Wak & Aswin sweep aku sampai ke Sinuwa! 
Memang mental koyak betul weh! hahaa



Lunch kat Himalaya :

Noodle soup = 350
Hot water = 60
water 1L = 90

Total = 500 npr




Ni lagi terok pewai bersepai kak Roja! heheehh.. Sama juga kena ceri beri.

Bertabahlah!


Tah kenapa aku rase sebak betul bila tengok gogo pewai bersepai. Sumpah aku rasa nak menangis! Aku sendiri pun memang dah barai terok! Ada masanya aku mudah sangat mengalah dengan diri sendiri, hilang keyakinan diri akibat kepenatan yang melampau.

 Lepas tu dia pula nak tolong bawakan beg aku! Dia pun kena cirit birit terok lepas tu! Alaa siannye! Btw thanks sebab banyak tolong aku, sweep aku yang pewai dan sanggup susah payah untuk aku! Terharu siot! 

Maafin gue ya! 

*tears

My cute little bag!

Untuk yang tahu arah tolong
Bagitahu kepada aku, kemana hati ini harus melangkah?


Perjalanan turun hari ni adalah yang paling teruk dan letih sekali kerana kami trekking selama 12 jam dari pukul 8.30 pagi sehingga ke 8.30 malam! Perjalanan harini adalah sejauh 25.2km naik turun merentasi gunung! Kami cuma ada 2 hari untuk turun ke Nayapul semula. 

Memang pewai bersepai braderr!





Bersambung......




Previous entry :











Comments

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Asykar Pencen!

Bukit Keluang, Besut

Jumaat Di Kota Mekah

BAHASA HIKERS

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat