ABC Trip part 11 : Pewai layan tangga di Chomrong!



Assalamualaikum




28 Mac 2018 (Rabu) 

Hari Kelapan Trekking 

Lower Sinuwa – Upper Sinuwa - Chomrong - Jhinudanda - Jhinu - New Bridge –Kyumi

9.00 am - 4.00 pm


'You rocked my world'


Hari kelapan trekking, tenaga pun dah semakin berkurang! Kami meninggalkan Sinuwa pada pukul 9.00 pagi. Kami perlu melalui sehari lagi yang penuh penyiksaan! Kami perlu mendaki pula tangga di Chomrong yang menjadi igauan sehingga goyang lutut semasa kami turun tempoh hari! 

Fuhhh..



Bukan setakat cedera hati dan mental koyak, kasut pon koyak juga! Kasut koyak boleh ditampal, tapi kalau hati yang koyak macam mana?? 

uhukkk


Topi kami sama! Bukan buy one free one ye! hahaaa


Masa otw balik ni baru la jumpa ramai rakyat Malaysia sepanjang jalan! Teruja la jumpa sek-sek kito kat Nepal nih! hehee.. Sempat la bertegur sapa dan wish gud luck kat dorang yang sedang berjuang menuju ke ABC!


Jambatan gantung!



Abe Qi steady ye!



Welcome to the hell!

Memang Syaitan guys! Nak layan tangga kat Chomrong ni! hahahhh



Memang trauma weh layan tangga nih! hahaa


Masa aku tengah nak posing kat tangga hazab ni, terjumpa pula dengan Abam Idola, Zain Asri! Dia yang tegur dulu, ni Nadz kan?? 

Aku macam blur-blur jap, ni sape eh *sambil garu kepala yang tak gatal... (sebab bro ni cover muka dia pakai buff)

Waa.. siyes tak sangka bro ni kenal aku! hahaa.. Memang kami dah lama friend kat facebook sebab aku suka tengok gambar-gambar dia pergi ABC! Memang cantik giler! Inspired! hehee

Kat Chomrong ni kami bertemu. Abang Zain tengah bawa trip sekumpulan doktor ke ABC. Sempat aku tanya, dah berapa kali abang pergi ABC ni?


*Dah 9 kali dah! 


*(Jaw dropped) Memang wowww giler! Kagum aku! hehee... 


Teringin juga aku nak join trip 'New Horizon Explorer' kelolaan Abang Zain ni satu hari nanti. Next bucket list yang aku dah lama teringin sangat nak pergi, India - Kashmir, Laddakh, Delhi (golden triangle) & Everest Base Camp! 


Bang kasi special price bole?? hehehhh


Abang Zain sempat perkenalkan aku dengan peserta trip beliau, seorang aunty ni umur 67 tahun kot & sangat fit! Hebatnya! Sama umur macam Opah aku ohoii! Salute!


Aku pun tak berapa fit sebenarnya, bersepai nak sampai kat Base Camp tu! Kah3... Kalau aunty ni pun boleh sampai kat ABC, korang yang masih muda remaja tu pastinya boleh! 

Nak trekking kat sini, selain perlukan fizikal dan stamina yang padu, paling penting mental kena kuat! Walaupun aku kadang-kadang koyak juga mental nak panjat tangga beribu nih! ekekeee



Tengok awek sebelah tu, rileks je macam nak pergi shopping mall! hahaa.. Turun tangga ok lagi! Nak naik balik memang goyang lutut weh! Sempuitt mak!


To step or not to step....

That is the question...


Bila nak abis daa tangga nih! huarghhhh....


Demi supaya semangat tidak luntur sambil mendaki tangga yang hazab nih, kita dengarkan lagu yang boleh jadi pemangkin semangat! Thanks Aswin tolong download lagu ni untuk aku! hehee

Nah, Rap God by Eminem! Ade la sampai nak muntah 100 kali dok ulang lagu nih! kah3


Slim Shady, you're on!

I'm beginning to feel like a Rap God, Rap God
All my people from the front to the back nod, back nod
Now who thinks their arms are long enough to slap box, slap box?
They said I rap like a robot, so call me Rapbot



Finally, sampai juga kat atas nih! Phewwww....

Tengah tunggu jodoh lalu sat! hahaaa


Rupanya jodoh dah berlalu pergi! Kbye!


Kembali semula di Pekan Chomrong!


Abam Manish, Hero Nepal persis bintang filem Hindustan! hehee

Air kemenangan! Sedap lain macam bila minum air tin kat atas gunung nih! hahaa.. X payah letak dalam peti ais pun sebab dah memang sejuk air tin ni dengan udara atas ni.


'New Horizon Explorer' flag spotted!

Neko Meow meow!



Sebelum ni, aku memang berhajat untuk singgah berendam di kolam air panas di Jhinu. Konon nak relakskan otot-otot yang dah kejung!

Tapi disebabkan kekangan masa dan semua pun dah barai teruk layan tangga, kami batalkan sahaja hasrat murni untuk mandi disitu. Nak ke hotspring, kami perlu trekking lebih kurang 45 minit juga! 

Fuhh… xpe la gudbye Jinhu!


Aku suka giler gambar ni sebab comel sangat miaww tuh disamping kak Pujah!

Meh sini iolls nak kiss! Alolooo... Manja angat2!

Siyes teringat kat kucing aku nama Jack yang sebijik macam ni. Jack dah hilang beberapa tahun dulu! uhukkk.. Rupanya kat Nepal ko ye Jack! Semoga ko tenang di sana!

I love you Jack!


Bagi laluan kat keldai!



Kemudian, kami singgah makan tengahari di New Bridge. 


Egg noodle soup = 230
Fanta Oren = 300
Top up drink = 100
lychee drink = 220

Total = 850 npr / RM33


Zek dah sihat dah dari demam dan simptom-simptom AMS! Kembali sengal dengan lawak hambarnya... kah3

Aku mudah terhibur!




Fuhhh, air fanta paling sedap yang aku pernah minum seumur hidup! Ohoiiii... Sampai bertambah 2-3 botol! hahaa


Ni la map yang paling complete aku rasa sepanjang aku trekking kat sini! So aku rujuk map ni untuk catitan travelog aku.





Anggaran masa yang diambil untuk ke setiap checkpoint!


Pewai?? Xpe kuda kan ada! Cuma sediakan duit je.. hahaa


Lalu balik kat sini


Miaww ni pun pewai tau! Cian diaa!


Plan asal kami juga terpaksa diubah kerana perjalanan yang masih jauh dan hari ni kami masih lagi tak sempat untuk sampai ke Nayapul. Jadi kami akan bermalam di Kyumi.


Kami selamat tiba di guesthouse pada pukul 4.00 petang. Jarak perjalanan harini adalah sejauh 13.1km yang mengambil masa selama 7 jam.


Mikirkanmu buatku senyum sendiri! 

Amboi Abe Pie! miahahaaa


Masih disni, dengan perasaan yang sama, untuk orang yang sama... Ehhh


Dinner :

Egg noodle soup = 250
hot water = 20
Room = 600/2 = 300

Total = 570 npr / RM22

Sharipah in da house!


Malam masih lagi sejuk, dengan hujan lebatnya!


Selamat malam! Moga mimpi yang indah-indah!




Bersambung.....




Previous entry :














Comments

Popular posts from this blog

XPDC Gua Batu Maloi

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Jumaat Di Kota Mekah

Bukit Marak, Kelantan

Asykar Pencen!

BAHASA HIKERS