ABC Trip Part 8 : Deurali ke Machapuchare



Assalamualaikum



26 Mac 2018 (Isnin) 

Hari Keenam Trekking (Part 1)

Deurali - Machapuchare Base Camp (MBC)

9.00 am - 12.00 pm



Gunung Salju Pertama!


Harini kami start trekking pada pukul 9.00 pagi. Dari Deurali 3200M nak ke ABC 4130m, kami perlu trekking yang menaik hampir ke 1000 meter tingginya. Jarak nak ke ABC lebih kurang 7km dari Deurali. 

Tapi perjalanan mengambil masa dalam 6 jam santai-santai sambil layan view yang paling cantik sepanjang 6 hari trekking!


Salji yang mengeras depan bilik kami! Kejung bak ang!


Depan dining hall


Capture the moment..it lives forever!


Sejuk beku boh!


Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba setelah 6 hari. Semangat tidak boleh luntur beb. Bangun pagi, kami disajikan dengan pemandangan depan guesthouse yang sangat indah dengan pergunungan yang diliputi salji.



“The mountains are calling and I must go.” – John Muir


Golden sunrise!


Kami dah tak zabarrr nak start trekking! hehee


Dengan Abe Pie!


Gudbye Shangrila guesthouse!


 Alhamdulillah, cuaca nampak cantik untuk pendakian hari ini. 


Salji cair dah jadi air terjun! Memang wowww!



Pendakian hari ini semakin mencabar. Bukan trek yang menjadi halangan utama tetapi ketinggian dan suhu. Hari ni aku pakaian baju lebih satu lapis lagi sebab sejuk yang menggigit. 4 lapis la maknanya.


Kat kawasan ni memang kena berhati-hati. Sebab lembah ni selalu terjadi kejadian salji runtuh! Salji yang tengah mencair tu memang bahaya! Porter pun suruh lalu kat sini cepat-cepat!

Zek & Soki
Wak

Porter kami yang sentiasa ceria!


Semasa dalam perjalanan aku cuba mengambil gambar di setiap sudut agar satu moment pun tak terlepas. Rugi kalau sampai sini tak ambil gambar. This is Himalaya beb! hahaa... Kalau balik nanti konpem dah bersepai! Nak pegang kamera pun dah tak larat nanti! hehee

Once in a lifetime adventurous journey!



Gorgeous!



Great things are done when men and mountains meet.



Selfie sorang ja ka bro?? hahaa



Fans hajak selfie, iolls layan jer! :p


“Once a heart breaks…it doesn’t just grow back. It’s not a lizard’s tail. It’s more like a huge stained glass that shattered into a million pieces, and it’s not going back together.


The Mountains between us!



Sambil trekking, layan lagu Yuna ni memang syahdu beb! hahaa


Sepanjang trek menuju ke ABC ni, trek dari Deurali ke MBC yang paling aku suka! 

Kalau buat wedding photoshoot kat sini pastinya superb! hahahhh.. Kiri kanan gunung yang besar. Lepas tu ada sungai di bawah dan tengah-tengahnya. Phewww.. cantek giler!





Action, camera! Strike a pose!


Ingat kat sawah padi je ada orang-orang! Rupanya kat atas gunung pun ada la... haha


Perjalanan masih lagi diteruskan. Angin bertiup kadang-kadang kencang, kadang-kadang perlahan. Sejuknya terasa amat. Sebelum ni aku cakap trek ke Poonhil best, tapi sini lagi best sebab kelihatan sungai-sungai kecil yang terbentuk dek ais yang mula cair.

Pemandangan yang terlalu indah, teruja! Terlalu sukar untuk dinyatakan dengan kata-kata. Magnificent!


Menyaksikan sungai yang begitu deras airnya terasa kagum!


Diantara gunung batu dan gunung salji!


Fish Tail’s adalah nama lain untuk Machapuchare, bersesuaian dengan nama tempatannya dan rupa puncaknya yang seperti ekor ikan.

Lebih menarik, kisahnya puncak itu adalah tempat lepak Siva, dewa ranggi bagi penganut hindu. Tempat dia berehat di sisi isterinya, Annapurna, dewi yang memberikan kasih dan makanan buat alam semesta, dan semestinya menjaga makan pakai dewa Siva.



Trek agak basah dan lecak kerana salji yang turun mudah mencair. Banyak kali juga aku hampir tergolek sebab jalan licin! hahaa


Kalau jalan atas salji tebal pula nanti kaki tenggelam! hehee.. So pastikan korang pakai hiking boot yang waterproof!


Steep glacier carved cliffs in the valley of the Modi Khola river on the trail to the Annapurna Sanctuary, between Deurali and Machhapuchhare Base Camp!


Over every mountain there is a path, 
although it may not be seen from the valley.

Model wannabe!


“Beneath every mountain lies a valley and beyond every problem lies a solution.” ― gugu


"To walk in nature is to witness a thousand miracles." - Mary Davis


Hari ini trek kami melalui celah gunung dan tepian sungai yang berbatu. Lembah ni luas, diapit dinding batu bersalju di kanan dan kiri. 

Amazing sangat view kat sini! Mashaallah!


Daerah lembah di samping sungai Modi Khola. Sungai yang cantik jernih & sejuk warna biru kehijauan!




I've been a liar, been a thief
Been a lover, been a cheat
All my sins need holy water, feel it washing over me
Well, little one, I don't want to admit to something
If all it's gonna cause is pain
The truth and my lies now are falling like the rain
So let the river run


“The best view comes after the hardest climb.”


Ekspresikan dirimu! hahaa


Walaupun matahari ada, tetapi cuaca amat sejuk, yang mana kami terpaksa pakai berlapis jaket. Seperkara lagi, aku sentiasa memakai sunblock kerana bimbang wajah bertukar menjadi seperti Nepali. hahaa... Pantulan cahaya matahari yang terik pada salji yang menjadikan kulit cepat sunburn!


Geng-geng yang padu berdesup kat depan!


Kami berjalan di atas salji dengan pemandangan Himalaya yang sangat cantik di sepanjang perjalanan menuju ke MBC! Ahhh..sungguh teruja rasanya seperti jatuh cinta pandang pertama! Impian untuk bermain salji tercapai jua!

First time jumpa salji weh! heheee.. Sambil trekking, sambil main baling ais kepal! 'snow war is on'!  Persis kanak-kanak riang! ekekeee


Semput nak main kejar-kejar dengan deme2 nih! Baring atas salji lagi best, lembut macam tilam vono bak ang!.... hahaaa


It’s not about the Journey or Destination, but its about the People we met along the way!



Nantikan album terbaru kami dari 'Macha Boyband' ! 
Tajuk single terbaru, 'Terri Merri' hahaa






Pewai weh trekking atas salji dengan cuaca sejuk! Hingus meleleh non stop! hahaa




Arghhhhh... it's too cold! 



Tulis nama kat salji!


Ps I love you!


Perkataan Himalaya berasal dari kata-kata Sanskrit 'Hi-ma' - salji, dan 'a-la-ya' - tempat tinggal.

Jajaran gunung di Asia Selatan-tengah yang meluas sekitar 2,414 km (1,500 mi) melalui Kashmir, India utara, Tibet selatan, Nepal, Sikkim, Bhutan dan Assam mengandungi sembilan daripada sepuluh puncak tertinggi di dunia, termasuk Gunung Everest.


Banjaran Himalaya merentasi dari Pakistan ke India melalui Nepal, Tibet melalui Bhutan dan berakhir di Myanmar. Himalaya meliputi lebih kurang 75% Nepal.


Himalaya adalah rumah bagi banyak gunung tertinggi di dunia. Puncak terkenal termasuk Everest, Karakora (K2), Kailash, Kanchenjunga, Nanga Parbat, Annapurna, dan Manasklu. 


Himalaya adalah deposit ais dan salji yang ketiga terbesar di dunia, selepas Antartika dan Artik. Terdapat kira-kira 15,000 glasier yang terletak di seluruh kawasan Himalaya. Di sepanjang 48 kilometer (72 km), glasier Himalayan Siachen adalah glasier terbesar di luar kawasan kutub. Amazing kan!


The entire sanctuary was held as sacred to the Gurung people, one of the many native people to inhabit the area.


Until recently, the local Gurung people forbade anyone from bringing eggs or meat into the Annapurna Sanctuary.




Sonata musim salju!



Aswin & Manish!



Annapurna Sanctuary Trek was quite possibly the greatest experience of my life so far.....hehee. Next Bucket List, Everest Base Camp!


Di sini, boleh tengok dengan lebih dekat gunung sekelilingnya seperti Fishtail, Himchuli, Annapurna South, Annapurna I & III, Annapurna Fang, Tent Peak, Ganga Purna, Gandarbachuli dan Glacier Dome. 


"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"
 (QS ar-Rahman: 13)



Perjalanan yang panjang tak terasa pun bila melihatkan pemandangan indah yang dapat dinikmati sepanjang jalan! Terasa sangat bersyukur dapat sampai ke sini dengan selamat. 

We are still alive! 


Lepas trekking 2 jam, rasa panas pula sebab berpeluh! Kami pun rasa rimas, so tanggalkan jaket yang berlapis tuh! Ni mat salleh ni lagi selamber buka baju terus! Tapi bila lepak kejap dan tak bergerak dah menggigil sejuk! 


So kalau nak berehat kejap-kejap jer! Sekali angin kuat datang, beku terus kami! hahaa


Tengok salji runtuh depan mata weh! Teruja & seram! hahaa


Dab pose!


Majestic view of Machapuchare!



Stairways to heaven!



Nak ke ABC lagi 2 jam ohoii!

Yeahhhhh!

Hanya satu kawasan pit stop yang ada sebelum sampai ke ABC iaitu di Machhapuchere Base Camp (MBC).






Puncak Machapuchare, antara gunung lagenda yang tak pernah dijejak manusia.

Percubaan mendakinya pernah dibuat oleh seorang British kelahiran India pada tahun 1957 bersama dengan beberapa sahabatnya dan penduduk tempatan. Tetapi ketika cuma tinggal 150 kaki sahaja untuk ke puncak itu, hasrat mereka terbatal. Ada beberapa sebab, antaranya tentulah untuk menghormati kepercayaan penduduk, dan kedua, kerana mereka rasa ‘sudah cukup’!

Cukuplah sampai disini kisah kita... Ehh


Sarangheyo!



Menu yang sama tapi harga yang berbeza... Kenapa bayar lebih?? Gunakan Trivago... Ehh eh.. 


Macam biasa la, semakin tinggi gunung didaki semakin mahal harga makanan yang perlu dibayar oleh para pendaki! Bertabahlah...


mai secawan!


Anjakan paradigma bila kena kopi


Rindu nak dengar cerita kopi Malaysia
Aku cerita dia ketawa
Tak kering gusi jatuh kerusi


"Awak nak air teh atau kopi?"
"Hmm.. saya nak kopi"
"Kopi?"
"Ya. Kopinang (ku pinang) Kau dengan Bismillah".

Chia chia chia! :D


Ni perampok gunung namanya! hahaa


Serius tak boleh move on, luncheon atas gunung sambil layan view gunung ais 360 weh! Heaven on earth! Phewww.... Rasa macam dalam mimpi! hihiii


Lunch kat MBC :

Nasi : 380/3 = 126

Potato Soup : 350/3 = 116
Vege Omellete : 320/3 = 106
Hot water x2 : 70+70 = 140
Vege soup : 350/3 = 116

Total : 604 npr / RM23




To be continued to the heart of Annapurna......









Comments


  1. Terimakasih atas informasinya, semoga sukses selalu dan Silahkan Kunjungi website kami ^^
    Obat Herbal Kolesterol

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS