Bukit wawasan


Assalamualaikum


Trip redah mendaki Bukit Wawasan yang terletak di Puchong, Selangor. Saja nak test stamina yang dah kelaut sebab dah lama tak hiking! hahaa


Lokasi:

Bukit Wawasan


Alamat:
Persiaran Bukit,
Taman Wawasan,
47100 Puchong, Selangor.


Taraf Kesukaran:
Sederhana ke Susah



Nak datang sini senang je. Boleh waze Taman Wawasan, Puchong. Lepas tu boleh park kereta kat tepi sepanjang jalan ni!

So, let's go!



Untuk makluman korang, Bukit Puchong ni dah lama wujud. Ianya merupakan Hutan Simpan Ayer Hitam yang diuruskan bersama oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan Universiti Putra Malaysia (UPM). 

Walau pun ianya merupakan hutan persendirian, tetapi kerana treknya yang tidak berbahaya dan sering digunakan oleh penduduk di sekitarnya. Bukit Puchong ini telah menjadi salah satu tempat rekreasi dan riadah yang boleh digunakan oleh orang awam.



Line up harini, Me & my lil sis! Kami sama tapi tak serupa! Lol.. Tapi selalu aku gebang yang kami ni kembar. Ramai pula yang percaya. hahaaa.. Almaklumlah nampak macam sebaya je kan.. (sis acah muda) :p


Isha, Nadz, Ana (Emilin, Mel, Miya, Emi, Milin) Banyak betol dia punye nickname. lol.



Into the woods



Eh kat sini pon ade prayer flag! Teringat pula kenangan kat Nepal.


Rupanya ada tokong Buddha kat sini!




Weh pewai siot! Ni la padahnya bila dah lama mereputs! Sumpah sis ta kuaddd... Boleh tahan pacak dia punya trekk! Bersepai!






Time ni depa berdua dah berdesup kedepan tak nampak bayang! Woiii hanat tinggalkan aku tercicir kat belakang ni.. hahaaa.. Mampos aku nak kejar! Barai..


Ni landai sikit trek dia.


Treknya redup. Banyak pokok-pokok yang tinggi. Jadi takdelah terasa panas walaupun korang datang mendaki pada waktu tengahari. Masa aku naik ni, waktu petang lebih kurang pukul 5.00pm.




Dia punya pacak macam kat trek Bukit Saga pun ada. Bukan biasa-biasa! Semput juga iolls! :p



Finally, lebih kurang 2 jam hiking pace siput, sampai juga kat puncak dia.


Puncak Bukit Wawasan 233 meter checked!



Dari puncak ni actually ada laluan untuk ke Blue Lagoon, Air terjun dengan air jernih warna biru yang terdapat di Hutan Simpan Ayer Hitam. Air terjun tersebut sebenarnya kawasan larangan. Tapi ramai je yang pergi kat situ sebenarnya.

Ana tu dah banyak kali pergi situ. Dia cakap trek dia jauh sikit menurun. Aku & Isha dah tak larat. Hahaa.. So next time la pergi sana sebab hari pun dah lewat petang.



Acah-acah kachakk!




Iklan Colgate! :p


Kat atas ni lebih kurang macam Bukit Saga la, takde view pun. Ada signboard je.



Charli's Angle! :p


Awaa, saia rasa berat saia semakin turun la.

Kenapa?

Sebab awaa la selalu ambil berat pasal saiaa... :p


Pokok bunga warna oren! Cantekk


Turun je dari bukit ni, pekena lu air kelapa! Terbaek!


In a nutshell, next time boleh repeat nak terjun tiruk kat Blue Lagoon pula! 

Till then!



Comments

  1. Selalu folo nadz punya hiking log.. sggh berinspirasi👍🏻

    ReplyDelete
  2. alaa... ingat ada g ke air terjun tu.. tp best log ni. keep it up

    ReplyDelete
  3. Rasa mcm nak pergi sini lah dalam bulan ni, tapi tak tau lah dlm pkpb skrg ni dah boleh ke tak, ada kata boleh, ada kata tak boleh, tp dengar2 ramai je gi hiking, so okay kottt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je gi.. kitorg baru balik dari sini tghari tadi.. naik sejam lebih, turun sejam lebih.. ready tongkat ye sbb licin sgt treknye

      Delete
  4. nak tanya bukit wawasan buka pukul berapa ye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. slalu ramai orang naik pagi2 lepas suboh sebab sejuk & xpanas bila turun nanti

      Delete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

Paintball

YUNNAN, CHINA

Gunung Besar Hantu, N9

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

BAHASA HIKERS