Genting Snoworld



Assalamualaikum


Cuti-cuti hujung minggu tak tahu nak pergi mana? Jom naik ke Genting Highland! 


Glass Floor Gondola Awana Skyway 

Kalau drive sendiri, korang boleh je park kereta dekat Awana Car Park di mana terdapat lebih 4,500 petak parkir disediakan. Manakala kalau korang naik bas, nanti bas akan berhenti di Awana Bus Terminal. So dari situ korang naik ke tingkat 4 untuk menuju ke kaunter cable car. Jangan risau sesat sebab ada signage yang jelas di sepanjang bangunan.


Cable car yang baru ni namanya Awana SkyWay, dan stesen untuk naik bukan tempat yang sama macam yang dulu tu. Stesen baru ni atas sikit dari stesen lama. Stesen baru ni adalah sama tempat dengan Genting Premium Outlet (GPO). Kiranya nanti kalau nak park dalam GPO pon boleh. Masa kami sampai dalam pukul 8.45am, GPO pon belum buka lagi. hahaa


Kitorang naik cable car hari tu dalam pukul 9 pagi. Masa ni orang tak ramai. Tak kena beratur panjang pun. Tiket cable car beli kat kiosk layan diri jer, lebih cepat dan senang. Lagi senang korang beli return tiket terus sebab tak perlu beli lagi dah masa nak turun nanti. 

Harga tiket cable car Genting Highland adalah RM8 seorang one way. Dewasa atau kanak-kanak harga sama jer, cuma kanak-kanak ketinggian kurang 90cm adalah percuma.


Nak naik cable car yang biasa tu, is too mainstream. Lol. So kami nak try yang lantai kaca. Tiket menaiki glass floor gondola ini RM25 seorang untuk one way.



Dari Awana Station, gondola ni akan bawak kita terus ke SkyAvenue Station, iaitu station terbaru di puncak Genting Highlands. 


Sebanyak 99 buah gondola termasuk 10 buah gondola jenis glass floor akan berjalan setiap masa. Setiap satu gondola jenis biasa boleh memuatkan seramai 10 orang setiap satu manakala glass floor gondola boleh memuatkan maximum 6 orang. 

So kira-kira 3,000 orang di anggarkan setiap satu jam untuk perjalanan sehala. Ramai kan. So don't worry kalau kena beratur panjang sebab masa beratur sangat pendek.


Gondola buatan Perancis ini sekarang terletak di ketinggian 2.1 meter, kalau nak dibandingkan sebelum ni 1.6 meter je ketinggian kereta kabel yang lama tu. Sekarang pun lagi mudah untuk penumpang keluar masuk gondola. 


Yang nak rasa pengalaman lain dari yang lain boleh la spend duit lebih sikit untuk naik gondala cermin ni. Untuk pengalaman sekali seumur hidup rasanya worth it. Baru la boleh test diri tu penggayat ke idokkkk… hahaa


Ini gondola kami yang punya! hahaa.. Me with my gojes mom & sis!


Awak teman saya jenjalan nak tak?

Nak jalan pergi mana tu?

Jalani sisa hidup kita bersama... chiaaa3... hahaa


Kalau korang nak tau, Awana Skyway ini berketinggian 1,105 meter dari aras laut manakala ketinggian SkyAvenue Station ialah 1,725 meter dari aras laut dengan beza ketinggian 2 stesen setinggi 620 meter.


Jarak antara 2 stesen pula adalah sejauh 2.8km dengan masa perjalanan menaiki gondola selama 10 minit. Antara 2 stesen tu korang akan melalui sebanyak 22 buah menara (tower) dan menara yang paling tinggi adalah setinggi 53 meter iaitu ketika gondola menuju ke arah puncak.


Bagi aku, tak gayat pun naik gondola ni. Sebab dia gerak slow jer. Kalau laju macam roller coster tu ha maybe la gayat! hahaa.. Tapi best la layan view!


Dibuka setiap hari jam 7 pagi hingga 12 tengah malam, aku suggest the best time untuk naik adalah awal pagi around 7 atau 8 pagi masa matahari baru nak naik dan kabus mula berarak lalu... cewah... atau ketika petang, matahari baru nak terbenam so kabus tu datang semula. 


Outdoor theme park masih lagi under construction. Tak tahu la bila '20th Century Fox World Theme Park' ni akan dibuka. Last aku masuk kat sini masa habis form 5 dulu kot. 12 tahun yang dulu. hahaa


Last time aku pergi Genting Highland, indoor theme park masih dibuka seperti biasa. Fun jugak walaupun hanya ada indoor games jer, tapi rupanya indoor pun dah ditutup untuk pembinaan baru. So macam tak tahu nak buat apa selain cuci mata, kami pun pergi ke Snow World!


Ticket Prices

The genting snow world ticket for child 3-11 years old or above 76cm
Malaysian: RM 30
Non-Malaysian: RM 40

Snow world Malaysia ticket price for adult 12 – 59 years old
Malaysian: RM 40
Non-Malaysian: RM 50

Snow world genting price for senior citizen 60 years old & above
Malaysian: RM 30
Non-Malaysian: RM 40

The snow world genting ticket price is inclusive of jackets, boots & gloves.


Hours

Snow World in Genting Highlands timing
Monday to Friday: 9 am - 12 am
Saturday: 8 am - 1 am
Sunday: 8 am - 12 am


About Snow World


The temperature in the snow world genting highland is maintained at -4 degree Celsius.

Genting snow world timing, 9:30 am - 11:30 pm

Best time to visit snow world genting (prefered time ) : 11 am - 5 pm


 Harga tiket adalah termasuk harga sewa baju sejuk, gloves, kasut.


To be your next polar crush that will melt your heart! Fjallraven Polar on! 

Teringin nak pergi ekspedisi merentasi Alaska naik husky ni! hahaa

Layan lagu ni :



My fav song all the time. Best gler dia buat remix nih! 
Berkobar tengok dia drift kereta kat salji! hahaa


Acah-acah salji


Memandangkan suhu yang sangat sejuk, korang hanya dibenarkan untuk berada dalam ni 30 MINIT sahaja. Maknanya hanya 30 minit diperuntukkan buat para pengunjung setiap sesi. Macam tengok wayang pula. lol So korang kena well spend masa dalam tu. Rugi bayar kalau tak sempat nak explore semua dalam tu.


Hello from the other side!


Sejuk bak ang! Nak selfie pon ketaq tangan! Lain machiamm dia punya sejuk. Sikit lagi dah nak beku macam dok dalam peti ais. Pergi Annapurna pun tak sejuk macam ni weh! hahaa


Snow World di Resorts World Genting ni terletak di LEVEL 2 FIRST WORLD PLAZA dan merupakan WINTER WONDERLAND TERBESAR DI MALAYSIA dengan keluasan seluas 22.8k kaki persegi.


Korang tau tak suhu dalam Snow World tu boleh mencecah sehingga -6°. Mesti korang boleh bayangkan sejuk dia macam mana kan. Bayangkan masa kita bercakap boleh nampak asap keluar dari mulut.



Ho ho ho... Merry Christmas!



Bagi yang kaki bergambar, di WINTER DOWNTOWN ada mural dinding yang
sangat menarik yang menonjolkan suasana musim salji sebenar. Antaranya ialah English Tea Shop, a French bakery, an Italian Pizzeria dan banyak lagi.



Ehh dah sampai Netherland ke sis?? haha



Snow World Resorts Genting 


The Castle!






Sebenarnya agak tergesa-gesa nak bergambar dalam ni. Tak puas lagi nak enjoy tetiba dia dah bunyikan visel suruh semua keluar sebab masa dah tamat! lol


Eskimo girl!



Bagi aku, snowalk di i-City lebih menarik sebab boleh keluar masuk banyak kali kalau tak tahan sejuk. Tiada had masa. Boleh enjoy sampai puas sampai beku kat dalam tu. hahaa.. Ada beberapa permainan yang boleh main kat dalam tu macam gelongsor ais & train ride kat i-city. Kalau kat genting ni hanya ada satu gelongsor ais tu jer.. Tu pun boleh naik sekali jer lepas tu masa dah habis. 

Katanya harga baru nak masuk ke snowalk i-city dah naik. Lebih mahal dari Snoworld Genting. Ni review aku kat Snowalk i-city :



Nak main game kat indoor ni tak siap lagi.


Tapi canggih la screen memenuhi segenap ruang kat sini. Dah macam kat Las Vegas uolls! hahaa


I Love Yoo! Aummm


Dinosour makan orang! lol





Dah puas jalan-jalan kat dalam, ambil angin kat luar ni! Sejuk juga!

#ootd sambil usha mamat kachakk :p


Balik kami naik gondola biasa jer. RM8 sehala






Dah puas melepak, kitorang naik skyway sekali lagi untuk turun ke GPO. Konsep Premium Outlet ni setahu aku, adalah barangan branded yang season terdahulu dan dijual murah berbanding butik di shoping mall. Kalau nak cari barang yang latest design biasanya takda kat Premium Outlet. 

Persekitaran dan konsep butik kat sini sama jer dengan mana-mana Premium Outlet. Tapi best shoping sini sebab tak panas tapi takde la sejuk pun.


In a nutshell, gud bye Genting Highland! See ya next round. Ta zabarr nak tunggu 20th Century Fox World Theme Park siap! Katanya lebih gempak dari Universal Studio! hehee








Comments

  1. 20th Century Fox World Theme Park mmg x kan siap..baru2 ni masuk paper Genting saman diorg sbb ada isu psal bina thema park tu..

    ReplyDelete
  2. Salam..nak tny, kalau fast lane naik gondola ada x? Mmg senang ke nk cari lift sbb bawak ibu guna wheelchair?

    ReplyDelete
  3. Looks like a wonderful trip. From this info I saw that Grand Ion Delemen Hotel provides free shuttle bus to First World Hotel. Is it true?

    ReplyDelete
    Replies
    1. I'm not sure. Maybe u can check from the hotel website

      Delete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

Paintball

YUNNAN, CHINA

Gunung Besar Hantu, N9

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

BAHASA HIKERS