Temuan Hills Glamping, Rembau N9


Assalamualaikum


Glamping retreat at Temuan Hills in Rembau, Negeri Sembilan 
sempena birthday sis yang ke ..... rahsia! hehee


Lokasinya terletak di Lot 2204, Jalan jeram peti kampung senama hulu, Rembau.


Kami pilih Luxe Glamping, Jati Emas 1 malam RM489. Ada dua tilam queen & ada aircond. So tak risau bahang tidur dalam khemah. Korang kene book awal sebab memang selalu fully booked kat sini.

Toilet memang ade private toilet kat luar khemah. So senang lah privacy skit. Toilet pun bersih jer siap ada sabun & shampoo.


Seronok dak kecik ni ada cousin dia join skali. Baru la ada geng nak main & gaduh! hahaa


Masuk jer dalam khemah dah dak2 kecik ni berkubang lah atas tilam!




Layan ayam penyet dulu!


First experience lah glamping. Senang tak payah nak angkut barang2 camping. Bawak baju jer




Petang2 lepak depan khemah sejuk gler weh sebab angin kuat. Dia bukan angin sepoi2 dah tapi angin kus2 dah macam ribut! hahaaa.. Risau khemah terbang jer mungkin sebab lokasi dia kat atas bukit so angin dia memang berlegar-legar kat atas khemah ni jer.


View gunung-ganang bikin hati tenang 




Untuk dinner, kami makan kat Temuan Hills cafe.

WAKTU OPERASI CAFE:

Selasa - Ahad
2.00 Petang - 10.00 Malam


Mushroom soup with garlic bread. Sedap!


Disebabkan today iolls punya birthday, i lanje sume ok! hahaa



Signature Woodfire Temuan Hills Wagyu Pizza. Harga RM150. 

Actually sis memang teringin sangat nak rasa Napoli Wagyu Pizza. So order jer lah walaupon harga kayangan skit. Review pizza 3/5 jer sebab rasa dia macam biasa jer bagi sis lah. Wagyu dia pun sikit sangat. Agak kecewa.. ermmm


Beef pizza lagi sedap dari wagyu.. Baru RM40. hahaa




Esok pagi breakfast dulu kat cafe. Breakfast dah include dalam pakej stay in.




Pagi ni kami nak main ATV

\

Kami ambil pakej ATV ke Jeram Peti RM160. Masuk trek hutan dalam 2 jam jugak.











Sampai di Jeram Peti selepas sejam naik ATV




Sejuk oii jeram nih! Gigil dak kecik nih. hahaa






Mak kite hajak selfie








In a nutshell, best lah glamping ni sebab boleh feel camping & duduk dalam hutan tapi tak payah pasang khemah. Sesuai untuk bawak anak kecil, cuma kena sediakan duit jer. hahaaa.. Cuma kat sini tiada sungai besar yang boleh nak terjun tiruk. Tidur tilam empuk & tandas selesa. Overall 4/5. 

See ya on next glamping? or back to basic, kita gi camping balik lah.. Tengok bajet macam mana. hahaaaa

















































































































































Comments

Popular posts from this blog

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Jade Dragon Snow Mountain (JDSM)

BAHASA HIKERS

Camping with baby @ Teratak Tok Mat

Gunung Silipat, Betong Thailand

Hiking Bukit 527, Sepang

Bukit Sapu Tangan

The Jerai Hill Resort, Gunung Jerai