Baby hiking @ Bukit Guling Ayam
Assalamualaikum
Hi peeps!
Bersua kembali dalam blog, baby Aleesa hiking ke mana kali ni? hehee
Haa harini baby Aleesa nak naik Bukit Guling Ayam di Gombak.
Kenapa nama dia Guling Ayam??
Mungkin kerana ada seekor ayam tu lepas berkokok di puncak bukit menandakan telah masuk waktu Subuh, lepas tu dia tergelincir lalu jatuh terguling dari puncak bukit ni kot?! entah hahaaa
Starting point dia kat sini. Selalu jer isi minyak kat sini dulu masa sis kerja ulang alik KL-KB. Rupanya ada bukit kat celah ni.
Masuk dari sini, sebelah Stesen Minyak Petronas Lingkaran Karak DT.
Alamat:
Bukit Guling Ayam
Jalan Lingkaran Tengah 2,
53300 Selangor.
Waktu Pendakian:
8.30 - 11.00 pagi
Tahap Kesukaran:
Mudah
Kalau malas nak mendaki boleh merempit terus ke atas ni. Naik kereta pun boleh tapi agak curam la. Risau muatan berat. hahaa
Boleh tahan semput gak layan pacak dia dengan bawak budak debab 10 kilo ni. Dah macam bawak backpack. hahaa
Rupanya ada restoran stim boat atas ni. Waa macam menarik ni. Tapi dia bukak petang sampai malam. So memang ada tempat parking kereta atas ni.
Santai-santai jer
Pacak lagi
Tak de plak wattini wazzaitunn.... tinggal singboard je kot.
Baru ingat nak petik.. ehh
Farm kat sini macam terbiar jer tinggal semak.
Bila toleh belakang rupanya dah tinggi jugak kami mendaki. Leh nampak view bukit sebelah tu
Kat tepi tu ade la bangku kecik kalau pewai leh rehat kejap minum air.
Masa kitaorang nak naik, ramai dah yang turun sebab dah start panas. Matahari terpacak. Mesti dorang naik lepas subuh syok la dapat tengok sunrise!
Kami nak kesini pun nak dekat sejam jugak perjalanan naik kereta sebab tersesat skit. hahaa
Kami naik berlima jer
Boleh tahan curam & gayat jugak kat sini. Teringat macam naik bukit tabur
Nice view!
Kita dah training hiking dari baby! haha
Haus betul dak kecik tu macam dia plak yang penat mendaki.. hahaa..
Mama yang pewai ni tau x?
Hendak tengok permandangan yang menarik tetapi tidak mahu bersusah payah menempuhi pendakian yang panjang. Disini tempatnya. Mudah dan memuaskan hati melihat permandangan dari puncak.
Dinasihatkan supaya membuat pendakian pada awal pagi disebabkan keadaan puncak yang terbuka. Lewat sikit terbakar diri dibuatnya.
Our first peak together! We did it!
Nak senyum tapi grumpy. hahaa
Manja ngan uncle dia ehh
Selamat Hari Malaysia!
Nak turun kasi uncle dia la plak dukung. Mama sakit pinggang. hahaa
Ok lepas dah turun bukit kita nak p mandi sungai plak! yeayyyy
Sampai dah di Taman Eko Rimba Sungai Tua.
Alamat : B23 Jalan Hulu Yam Bharu - Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor
Ramai gler harini sebab cuti hari Malaysia. Semua pakat nak pacak khemah tepi sungai.
Tapi sekarang taman ni ditutup kepada orang awam bermula 1 November 2022 hingga 31 Januari 2023. Sebab dah start musim hujan. Takut kepala air.
Nak masuk kena bayar RM2 sekepala. Kalau nak camping tak sure berapa.
Semua kawasan memang full pack dengan khemah. Sekarang ni trend bercamping makin bercambah bak cendawan lepas hujan. Tengok khemah pun bukan biasa-biasa. Siap bawak segala peralatan memasak dengan periuk kuali meja kerusi bagai. Perghhhhh.. Amat-amat dahsyatt lah! hahaa
Tq to onty Ana & oncle Maman tolong setup bbq bakar ayam! Tq jugak to sis Xulianne masak spagetti. First time rasa air tangan sis ni masak! hehee
Sedap sis makan ayam bakar dengan air asam & nasi kukus! Padu! Nanti boleh buat lagi tau onty & oncle Aleesa. hehee
Yeayyy time for mandi manda!
First time dak kecik ni mandi sungai. Dia geli nak pijak pasir sungai tu.. hahaaa.. lawak la dak ni.
Pastu air sungai ni sejuk glerrrr! Nak beku rasa berendam dalam ni. hahaa
Dok atas baju jap sejuk dalam air tu
Seronok dok usha budak-budak lain mandi sungai. Air dia cetek jer. Memang sakan la ramai budak kecik main air.
Nampak enjoy dah main air!
Massage dia pakai pasir sungai buat scrub badan. hahaa
Berendam sampai gigil sejuk! hahaa.
Ade toilet untuk tukar baju kat sini, tapi ermmm kotor yang amat. Please la tolong jaga kebersihan tandas awam especially taman rekriasi macam ni. Apa guna kami bayar entrance fee tapi maintaince tempat ni tak terjaga.
In a nutshell, memang enjoy la budak kecik tu panjat bukit & mandi sungai harini. Next kita pergi tempat lain pula. Kbai!
Jom layan video :
Comments
Post a Comment
In a nutshell, Thanks for your comment!