Forrest Skywalk, FRIM

Assalamualaikum

Hari ni kami nak healing kat atas Jejantas Rimba gais! 

Nak tau kat mana? Jom ikut sis


Jika sebelum ini Frim terkenal dengan keindahan serta kehijauan semulajadi, juga tenang dan damai dengan alunan air terjunnya, kini Frim telah membuat satu lagi tarikan baru iaitu ‘Forest Skywalk’ atau juga dikenali sebagai jejantas rimba. 

Forest Skywalk telah dibuka pada 31 Ogos 2020. Jejantas ini berukuran 18-50 m tinggi dan 250 m panjang. Ia dibina menggunakan bahan aluminium sebagai struktur utama dan dikukuhkan dengan ‘guy wire’. 


Dari sini, pengunjung boleh menyaksikan pelbagai flora dan fauna liar. Berada di titian jejantas ini .. selain berpeluang melihat penghuni rimba, pengunjung juga dapat melihat panorama bandaraya kuala lumpur walaupun dari jarak jauh.

Waktu Operasi: 8am – 5pm

No Tel: 03-62797592

Alamat: Forest Skywalk Kepong, Taman Botani Frim, 68100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur.


Nak masuk kena bayar tiket per entry Taman Botani Frim & parking.


Nak ke Forest Skywalk kena beli tiket online. Tak boleh beli on the spot. Sebab kena tengok waktu kita nak naik tu pukul berapa. Ada slot dia. Kuota 1 slot hanya 40 pax jer. 

Boleh book kat sini :



Waktu operasi Jejantas Rimba FRIM adalah seperti berikut:

Isnin-Ahad: 8.30 pagi–4.30 petang
Jumaat: 8.30 pagi–12.15 petang; 2.45–4.30 petang
Kemasukan terakhir: sejam sebelum penutupan

Bilangan pengunjung setiap hari: maksimum 150 orang.


Disarankan korang datang 30 minit sebelum slot masa korang naik jejantas ye sebab boleh tahan juga hendak menapak dari tempat letak kereta ke pejabat Forest Skywalk.

Dalam 15 minit ada.

Cantik je pemandangan menghijau sepanjang perjalanan cumanya memang ketibas juga la. hahaa



Boleh tahan gayat jugak nak naik tangga dia semakin tinggi & tinggi


Nak ambil gambar pun ala-ala berdebar sebab takut terlepas telefonnya ke bawah. Kalau telefon terlepas memang selamat jalan romeo la jawabnya ye. hahaa

Jadinya jangan lupa berhati-hati bila hendak bergambar sakan di sini.



Laluan jejantas ni mempunyai 11 menara dan 8 jejantas.

Kami mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk selesai meniti satu pusingan jejantas ni.


Kalau korang dekat setiap pelusuk hendak bergambar, memang lama lagi la masa yang diperlukan. hahaa... Lepas tu orang belakang jadi jem nak lalu.


Sis Nunue Puma gulzzz, Nadz in a Nutshell, Datin Kina Vogue!!


Anda boleh menikmati kecantikan hutan buatan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Taman Botani Kepong (KBG)


Kalau nak naik lagi menara paling tinggi tu kena bayar tiket lain plak. Ingat ke saja la boleh nak naik. Tapi ada krew yang jaga. adehhh... hahaa


Kanak-kanak bawah 7 tahun tidak dibenarkan meniti jejantas ni ye sebab struktur binaannya yang kurang sesuai untuk kanak-kanak.

Sis ni pun seriau jugak masa menaiki dan menuruni tangga di menara-menara yang ada sebab ianya agak curam.

Kalau tersalah langkah memang akan jatuh tergolek.


In a nutshell, selamat berjalan-jalan di FRIM Forest Skywalk Jejantas Rimba Kepong Botanical Garden. Memang awesome view kat tempat ni.








































Comments

  1. Menarik nya.. Hari tu try riki2 tapi tak jumpa pulak tmpt ni.. Kena pergi ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha dia kena masuk ikut taman botani Frim. Kalau masuk ikut entrance Frim memang xjumpa

      Delete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

BAHASA HIKERS

Taman Tasik Perdana KL

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

Gunung Silipat, Betong Thailand

Paintball

Ada apa di Taif?