PD Gateway Tanjung Tuan

Assalamualaikum


PD gateway with my inlaws!

Trip ni kami pergi masa bulan 3 hari tu. Sekarang baru sempat nak update. hehee


Kami menginap di Rumah Mara, Regency Tanjung Tuan Beach Resort. 

Kakak ipar sis kerja dengan Mara so dia yang booking. 


main pasir pantai



Best hotel ni, kalau nak pergi mandi pantai,
betul-betul jer sebelah kolam, x yah jalan jauh.


Aktiviti utama apa lagi, terjun swimming pool la budak-budak ni semua. 
Syok air dia tak sejuk sangat sampai menggigil. hahaa







balkoni mengadap pantai..

sejuk mata memandang.. layan sunset



  • "Sunsets are proof that no matter what happens, every day can end beautifully." – Kristen Butler

Bagi budak ni pijak pasir. Dia geli. haha




Buat muka ketat plak dak kecik ni! hahaa



struggle is real nak ajak dak kecik ni amik gambo



Sepupu-sepupu semua lebih kurang jer umurnya 4-8 tahun. 

Tapi Dak Elsa ni la yang paling kecik!


Comel-comel jer semua! Tengah mesyuarat apa tah?


Mak & abah mertua sis masih sihat dan kuat. Moga dipanjangkan umur mereka. Bila tengok pak mertua mesti sis teringat arwah abah sis. Memang muka dorang seakan-akan sama. Terubat skit rindu. uhukkk


Semoga Allah SWT menempatkan Allahyarham Mohamad Hata Bin Ghazali di Jannatul Firdaus.


Tak sangka ni percutian kami sekelurga yang terakhir bersama biras saya, Abang Rozi. Arwah telah menderita sakit kanser darah sejak 3 tahun lalu. Dia telah pergi buat selamanya pada 21 September 2023 lalu.

Moga kakak iparku Kak Syima, diberi kekuatan untuk membesarkan 4 orang anaknya.


Innalillahi wa inna ilahi rojiun. 

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya. Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Al-fatihah


Comments

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS