Hiking ke kebun Che Mah

 

Assalamualaikum

What'sup gaiss! Bertemu lagi kita dalam episod hiking with Dak Elsah!

Kali ni ke mana kita ye??


Korang pernah dengar kebun Che Mah tak? Ni bukan takat kebun biasa-biasa. Nak sampai sini tu pacak ye dia punya trek. hahaaa

Dengan bawa muatan berat 13 kilo ni kita tengok la macam mana perginya ya.. hahaa


Lorong nak ke Kebun Che Mah ini sama lorong dengan ATV Adventure Park, lalu sebelah Zoo Negara. Kemensah ini banyak kawasan cantik-cantik.

Kami sampai pun dah lewat dalam pukul 8.30am memang penuh la parking. Memang park hujung sekali yang paling jauh.


Untuk ke sini, korang boleh Waze sahaja Kebun Che Mah. Nanti korang akan lalui kawasan perumahan orang kayo (Tiara Kemensah 3). Kalau korang nampak satu lorong tu banyak orang parking tepi-tepi tu tanda destinasi korang nak tuju tu dah sampailah maknanya. 


Parking tak kena bayar, so boleh park tepi ini. Nanti korang akan jumpa official papan tanda Kebun Che Mah, maka bermulalah pendakian anda semua. 


Tengok entrance trek ni aku dah mengucap dah sebab start2 je terus pacak! hahaaa


Kami mulakan pendakian sekitar jam 9.00am macam tu. Permulaan pendakian pun agak mencabar. Korang kena melalui jalan 4x4 ini, ikutkan pendakian lorong sebegini lagi memenatkan berbanding lalu lorong hutan. 

Kejap dia kena mendaki, kejap mendatar, nak mendaki tu yang rasa azab sikit. Tapi boleh jalan slow-slow Insyallah sampai dengan selamat. 


Masa kami nak naik, ramai juga yang dah turun sebab dah start panas terik.



Take 5 dulu


Anda perlu mendaki sejauh 1.31 kilometer untuk sampai ke Kebun Che Mah. Jika anda ingin jimatkan masa dan tenaga boleh memilih untuk membayar perkhidmatan dengan menaiki kereta pacuan empat roda atau menyewa ATV.


Untuk masuk ke Kebun Che Mah kena bayar entrance fee, setiap seorang akan di charge RM3 (weekdays/weekends) same price. Kebun Che Mah ini kira besar, dekat sini macam-macam aktiviti sebenarnya, ada aktiviti berbasikal, main atv, camping. 


Mereka turut menyediakan kemudahan tandas untuk orang awam dan juga surau. So kalau korang takut terlepas solat Zohor atau Asar ke bolehlah singgah sembahyang. Kebun Che Mah ini pun bersih dan mendamaikan. 


Perjalanan dari bawah nak ke Kebun Che Mah ini mengambil masa hampir sejam jugalah (mengikut pace aku). Sesuai jugalah kalau nak bawa anak-anak ke sini, jalan tak berliku sangat.


Muka excited sampai kebun Che Mah, ini kira check point pertamalah. Pendakian seterusnya kami nak pekena air kelapa muda di Dusun Tok Lee, so kena naik ke atas lagi. 


Kebun Che Mah juga turut menjadi pilihan para pelawat, pelancong serta kaki hiking untuk datang bersarapan di Off Road Cafe ini.

 Masa kami datang hampir licin dah makanannya.



Dak kecik ni kalau dah dapat air manis habis la.. Dia yang minum air mama tu. uhukkk


Nasib bek ade lagi nasik lemak. Boleh la isi perut skit. Carbo loading katanya


Minum susu dulu. hahaaa


Dak kecik ni dah breakfast susu dah! hahaa


Gi tengok anjing kat atas tu dengan onty Zue


Anjing sini nampak jinak je


Sun kissed! terbako ohoiii


Kebun Che Mah juga merupakan laluan ke Permatang Kuarza Klang Gates atau lebih dikenali sebagai Bukit Tabur.

Dulu zaman muda-mudi sis dah pernah naik semua bukit tabur. Sekarang dah tak boleh hiking ke bukit tabur dah. Ditutup sebab kes ramai yang jatuh & mati kat gaung. Leh usha sini :



Kebun Che Mah juga terletak bersebelahan dengan perkampungan Orang Asli Kemensah.


Misi diteruskan lagi dengan harapan nak minum air kelapa kat atas bukit di Dusun Tok Lee


Sebenarnya kami main redah jer. Sepanjang jalan xde jumpa orang pun. So xtau berapa jauh lagi


Rasa macam jalan tak sampai-sampai. Jauh namatiiiii wehh


Nak patah balik pun macam jauh jugak. ahhh macam trek penyesalan dah ni. Dengan bawak dak kecik ni dah lentok bape kali dah tak sampai lagi ni. hahaaaa


Tiberrrrrrr, dari jauh ku lihat hujau!!!!

Wehh kita dah kat mana nih??


Perghhhh, rupanya kami dah sampai kat Empangan Klang Gate!!!


Ahhh sudah mana dah air kelapa nyer?? Dah la air kami bawak botol kecik jer memang dah habis la. Adehhh


In a nutshell, today's hiking very damn tired la sampai ke Klang gate dam! hahaa.. Patah balik sampai kat kebun che mah kami turun bwah naik hilux jer. Dah pewai teruk sis. Dusun Tok Lee next time la kita ripit... Ermm kempunan betul air kelapa. hahaa




Comments

  1. Woww best, thanks for sharing. Boleh pergi nanti. Cantik semua foto.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS