Press Release EKSIM@GUA 2018







SIARAN MEDIA 


Gua Wang Burma, Perlis 21hb Oktober 2018: Mengambil iktibar darpada kejadian remaja Thailand yang terperangkap di dalam Gua Tham Luang, Chiang Rai, Thailand. Pertubuhan Nadisihat dan Jabatan Perhutanan Negeri Perlis dengan kerjasama Jabatan Bomba dan penyelamat Malaysia dan beberapa agensi terlibat mengambil inisiatif untuk menganjurkan program Ekspedisi dan Simulasi Menyelamat di Gua Wang Burma, Wang Kelian Perlis pada 20 – 21hb Oktober 2018. 

Untuk makluman program ini adalah kesinambungan daripada kejayaan kerjasama penganjuran Pertubuhan Nadisihat dan Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam menganjurkan EKSIM@Stong 2016 dan EKSIM@Belum 2017 yang lalu, kedua dua simulasi tersebut masing-masing menfokuskan kepada simulasi menyelamat di Gunung dan juga misi menyelamat di Air. 

Manakala, untuk program kali ini ia akan di jalankan selama dua hari bagi memberi pendedahan kepada semua peserta tentang kaedah penyelamatan dan langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan khususnya ketika berada di dalam gua, para peserta terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dan juga kumpulan kumpulan pendaki yang berpengaruh, antaranya Pertubuhan Nadisihat, Kumpulan Hiking And Camping Arround Malaysia (HACAM), Persatuan Malim Gunung Malaysia (PMGM), Malaysian Mountain Search & Rescue Society (MOSARS), Persatuan Muafakat Harapan Perlis, Komuniti Wang Kelian dan pelajar Universiti Malaysia Perlis yang berjumlah 120 orang keseluruhannya. 

Manakala dari sudut penyelamatan pula ianya diharapkan dapat memberi manafaat kepada agnesi agensi menyelamat tentang kesiapsiagaan mereka dan kerjasama antara agensi agensi. Untuk program kali ini Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia telah menghantar Unit Storm dari tiga negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang seramai 44 orang untuk melaksanakan misi ini dengan dibantu oleh agensi lain seperti Jabatan Perhutanan Negeri Perlis, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, Polis Diraja Malaysia. 

Program ini juga disertai oleh unit pengambaran daripada Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) dan juga Pensyarah dan pelajar pelajar dari Jabatan Fotografi dan Pengimejan Kreatif UiTM Perak, rakan rakan media seperti Utusan Malaysia, portal Online MalaysiaGezzette dan bloggers aktiviti lasak 'In a Nutshell' nadzirahata.blogspot.com 

Majlis penyerahan bendera program pelepasan peserta akan disempurnakan oleh YB Haniza Talhar, ADUN Lembah Jaya merangkap EXCO Perumahan dan Kehidupan Bandar Negeri Selangor. Ianya bertempat di kediaman Dato’ Dr Maamor Osman di Sri Taman Baru Ampang Pada 19hb Oktober 2018 jam 10.00 malam,sebelum semua peserta bertolak ke kangar menggunakan Bas. Dato’ Dr Maamor Osman merupakan Ahli Kerhormat dan juga merangkap Penasihat Program EKSIM@GUA 2018 

Program seterusnya akan bermula pada sebelah tengahari 20hb Oktober bermula dengan taklimat oleh Jabatan Hutan Negeri Perlis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Aktiviti utama pada hari tersebut adalah memberi pendedahan kepada peserta tentang kaedah menyelamat yang akan dilaksanakan keesokkan hari dan persediaan peralatan yang akan digunakan. Pada malamnya akan di adakan majlis solat hajat dan tahlil ringkas mengingati anggota BOMBA yang telah gugur sewaktu bertugas dan juga solat hajat memohon restu Ilahi agar perjalan program berjalan dengan lancar. 

Program simulasi akan bermula pada 21hb Oktober dengan taklimat simulasi oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat seterusnya pelepasan peserta simulasi oleh YBhg Tuan AG Shaffie Bin AG Ahmadni, Pengarah Perhutanan Negeri Perlis, manakala majlis perasmian penutup program akan di sempurnakan oleh YB Tuan Amin Ahmad, Ahli Parlimen kangar, turut hadir dalam majlis yang sama adalah Puan Azlina Abdul Aziz, Presiden Pertubuhan Nadisihat dan ketua ketua jabatan yang terlibat serta penduduk setempat 

Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan nadisihat En Shah Mustafa ketika ditemui mengharapkan agar perjalan program ini akan berlangsung dengan baik dan pengisian pengisian yang dirancang akan memberi manfaat kepda semua yang terlibat. 






Berita Nasional TV1


Selamat Pagi Malaysia!







Comments

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

Paintball

YUNNAN, CHINA

Gunung Besar Hantu, N9

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

BAHASA HIKERS