The Cave


Anda pernah meneroka ke dalam Gua? Jika belum, mari saya membawa anda meneroka ke dalam Gua Tempurung.



Gua Tempurung terletak di Perak di antara Gopeng dan Kampar, kira-kira 36 kilometer ke selatan bandar raya Ipoh, ia merupakan antara destinasi menarik yang wajar dikunjungi.


Gua Tempurung terdiri daripada lima kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagtit dan stalagmit yang berbeza. Selain itu, setiap kubah berbeza dari segi suhu, aras air dan kandungan batu kapur dan marmar.

Gua Tempurung merupakan salah satu gua batu kapur terbesar di Semenanjung Malaysia dan menjadi tumpuan pelancong tempatan mahupun luar negara.

Pemandangan di sekitar tol Kampar 

Perjalanan dari KL ke Perak sejauh 180 KM mengambil masa selama lebih kurang 3 jam. Kami bergerak selepas solat Subuh dan sampai lebih kurang dalam pukul 9.15 pagi. Ahli rombongan kami seramai 20 orang dan kami bergerak dengan menaiki 2 buah van.


Peace Yo!

Selain menyimpan khazanah alam, gua ini turut tertulis di dalam sejarah Malaysia. Gua ini menjadi tempat persembunyian komunis pada suatu masa dahulu daripada tahun 1950 hingga 1960. Manakala semenjak daripada tahun 1970, Gua Tempurung telah dijadikan sebagai lombong bijih timah.


Sebelum memulakan aktiviti, 
kita buat 'warm up' dulu bagi meregangkan otot-otot..

Untuk meneroka ke dalam gua ni, terdapat 4 pakej yang ditawarkan untuk anda:

1. Golden Flowstone
   Tiket berharga RM 6 dan mengambil masa lebih kurang 40minit.

2. Top Of The World
   Tiket berharga RM 9 seorang dan mengambil masa 1 jam 45 minit.

3. Top Of The World & Short River Adventure
    Tiket berharga RM 11 dengan masa 2 jam 30 minit.

4. Grand Tour
    Tiket berharga RM 22 dengan masa perjalanan 3 jam 30 minit.

Pakej 1 & 2 adalah laluan kering dan pakej 3 & 4 adalah laluan basah.

Pintu masuk gua

Waktu lawatan di Gua Tempurung mengikut jenis:
  • Golden Flowstone bermula dari jam 9 pagi hingga 4 petang
  • Top Of The World bermula dari jam 9 pagi hingga 3 petang
  • Top Of The World & Short River Adventure bermula dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari
  • Grand Tour bermula dari jam 9 pagi hingga 11 pagi

Disebabkan kami semua ni 'adrenalin junkies', kami telah memilih Grand Tour, yang merupakan pakej paling panjang, bermula dari platfom 1 hingga platfom 10.

Tingginya tangga!


Bagi menjamin keselamatan pengunjung, sebanyak 640 anak tangga disediakan. Tambah menarik lagi apabila terdapat beberapa lampu menghiasi kawasan gua menjadikannya sangat menarik jika dilihat dari jauh.


Aktiviti penerokaan gua sebenarnya bermula dari platfom ini sehinggalah ke platform 10. Tiada kemudahan disediakan, yang ada hanyalah trek yang kotor dan basah.

Bentuk Kaki Kuda


Semasa berhenti di check point first, tour guide menyuluh lampu dan menunjukkan batu-batu yang terdapat pada dinding gua. Najis-najis kelawar yang bercampur dengan kencingnya menghasilkan lukisan-lukisan abstrak semula jadi pada bumbung dan dinding gua.



Kelawar boleh dilihat pada bulan Mac hingga Mei kerana bulan tersebut adalah musim mengawan bagi haiwan itu.


Antara bentuk-bentuk yang boleh dilihat menyerupai ayam, kepala buaya, ikan dolphine, muka harimau dan kuda laut. Selain itu, kejutan yang paling mengujakan kami adalah bentuk sebuah stalagmit yang besar menyerupai imej wanita mengandung berambut panjang. Ia seolah-olah sedang berdiri memegang perutnya.


Moon , Syida & Nadz

Gua Tempurung yang berusia lebih 400 juta tahun ini adalah yang terbesar di Perak manakala trek guanya memanjang sehingga 1.9 kilometer sehala.


Golden Flowstone

Golden Flowstone dikenali kerana dinding-dinding gua yang terdapat di sini terdiri dari pasir-pasir halus seperti kristal.
Sebahagian dinding gua ini yang basah dan berair kelihatan berkilauan apabila terkena suluhan lampu. Suasana ini akan memberi mod warna keemasan di sekitarnya.


Terdapat ramai juga kumpulan-kumpulan kecil yang bersama-sama kami semasa aktiviti ini.

Sejuk je kat sini


Platform empat pula yang setinggi 90 meter dari aras laut merupakan laluan angin. Situasi ini memberikan suasana nyaman kepada pengunjung kerana angin yang menerusi lorong ini sangat sejuk dan nyaman.

Angin ini datang dari dua arah bertentangan iaitu melalui pintu masuk dan pintu keluar gua ini. Pertembungan ini akan memberi suasana angin pelbagai arah. Bagaimanapun kelajuan angin banyak bergantung dengan keadaan cuaca di luar.

Jika waktu hujan, angin di sini menjadi lebih kuat dan sejuk begitulah sebaliknya. Oleh itu, lokasi ini menjadi lokasi popular untuk berehat bagi semua pengunjung.






Platfom lima pula adalah kawasan tertinggi di sini. Dikenali sebagai `top of the world’. Dengan ketinggian 125 meter dari aras laut, ia merupakan lokasi tertinggi buat pengunjung.


Sliding
Bersedia untuk menggelongsor ke bawah!

Turn aku plak. Yang lain get ready!...yehuuuuu...


Disini pentingnya 'team work' bagi membantu kawan-kawan terutamanya apabila melakukan aktiviti menggelongsor. Rakan yang sedang tunggu dibawah akan sambut rakan yang tengah 'sliding' daripada jatuh ke lantai. Tips untuk 'Sliding', pegang lantai gua dengan tapak tangan dan kawal pergerakan dengan kaki. 


Kadang-kadang kami pun tak dapat nak kawal 'Sliding' kerana tahap kecerunan yang tinggi, jadi gelongsor je la sampai ada orang sambut dibawah..hehe...


Yeah semua dah berjaya turun!

take a break!

basah lenjun dah..

3,2,1 Jump!..horeyy!

why so serious?..haha

Ni baru separuh perjalanan

kuang ajaq hampa!

Lepas berehat dalam 20 minit di sungai, kami meneruskan perjalanan untuk berpatah balik ke pintu masuk gua. Perjalanan balik dua kali ganda lebih mencabar kerana trek yang dilalui lebih curam dan tinggi. 



Dari sini, kami perlu merangkak, menggelongsor, menyusur, meniarap di sungai dan menyusup ke dalam lubang-lubang kecil bagi meneruskan penerokaan ke tahap seterusnya.

Kotor dan basah menjadi mainan sepanjang penerokaan bahagian terakhir gua ini.


Rasa macam di alam lain. Pemandangan seperti di permukaan bulan.

Kagum melihat suasana di dalam gua ni

Cantiknya!

Merangkak berhati-hati..

Ini memang curam!
Gema suara, hiruk-pikuk jeritan dan gurauan kami memenuhi setiap ruang gua.

Kempiskan perut masing-masing supaya tak tersangkut nak masuk lubang tu..hehe

Yeah semua dah bejaya melepasi lubang !

Sepanjang perjalanan meneroka gua ni, aku teringat 'movie' ni yang mengisahkan sekumpulan rakan yang memang suka adventurous2 ni. Cerita ni aku tengok masa zaman-zaman sekolah dulu. Cerita ni memang best! 'The Descent' tajuknya. 

The Descent adalah sebuah filem seram British diterbitkan pada 2005 yang ditulis dan diarahkan oleh Neil Marshall. Filem ini mengisahkan tentang enam wanita yang memasuki gua yang tidak dipetakan, terperangkap, dan diburu oleh 'humanoid' yang memakan daging di bawah tanah. Last2 seorang demi seorang dibunuh dengan kejam!...Thriller habis movie ni!

Movie : The Descent

Cuba untuk melepasi lubang yang kecil dan sempit


Ni la makhluk 'Humanoid' yang bunuh mereka dengan kejam


Last2 seorang je yang berjaya keluar dari gua dengan selamat
Yeah, we did it! Awesome!

Last shot for sliding!

Akhirnya selepas hampir 4 jam penerokaan, kami berjaya keluar dari gua dengan selamat. Cuma terdapat sedikit lebam dan luka - luka kecil akibat terlanggar batu dan terkena permukaan yang tajam dan kasar. Kami merasa sangat seronok dan berpuas hati dengan aktiviti ini dan sebelum pulang, kami singgah di kawasan air terjun.

hey, what's up!

kene naik tangga lagi

Cantiknya air terjun ni!

Chill out!

Phewitt............!

Banyaknya rama-rama!

End of journey!

Tips untuk aktiviti ini:

1) Pakai pakaian sukan yang selesa


2) Pastikan seluar trek anda tahan lasak untuk menggelongsor di gua..
Untuk selamat pakai 'tight' di dalam kerana dijangka seluar anda akan koyak & rabak setelah menggelongsor di permukaan gua seperti seluar aku....hehe

3) Pastikan kasut yang dipakai juga tahan lasak kerana terdapat banyak tapak kasut yang tertinggal di dalam gua..Kasut untuk digunakan dipermukaan paling ekstrem, berbatu, di dalam sungai, memanjat dan menggelongsor.

4) Bawa tuala

5) Bawa air secukupnya

6) Bawa makanan sebagai bekalan di sepanjang perjalanan di dalam gua seperti coklat bar, gula-gula dan snek.

7) Bawa kamera. Digalakkan bawa kamera kompak untuk memudahkan perjalanan dan diletakkan di dalam beg kalis air.

8) Bawa pakaian lebih untuk tukar pakaian yang basah

9) Paling penting, bawa lampu suluh kerana di dalam gua keadaannya sangat gelap. Digalakkan guna 'headlamp' supaya 'handfree' untuk memudahkan perjalanan untuk merangkak di dalam air, mendaki bukit dan menggelongsor.








Done my list #13


Comments

  1. wah seronok nye...
    kalo abg kompem x muat merangkak kt tempat sempet..
    sbb geng PKD
    hahahaa...
    ╔════════════════════════╗

    ║ My Blog ► http://abgdude.com/blog

    ╚════════════════════════╝

    ReplyDelete
    Replies
    1. PKD tu ape?..heheee...memang ade tempat tu sempit & boleh sesak nafas dlm gua tu..spe yg semput tu mmg xlepas la..keh3

      Delete
  2. wahh... teringin nak pergi sana.. doakan saya ye

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. highly recommended utk spe2 yg suke outdoor yang lasak2..memang best! ;)

      Delete
  4. kalau org gemuk bole lepas ka lubang tu? klu xlalu lubang tu pon bole an?

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Paintball

Gunung Silipat, Betong Thailand

BAHASA HIKERS

YUNNAN, CHINA

Jumaat Di Kota Mekah

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Bukit Merah Laketown Resort, Perak

Ada apa di Taif?