The 4x4 Offroad

Bosan dengan aktiviti hujung minggu? Berminat untuk meredah hutan dengan pacuan 4 roda? Disini anda boleh mencuba aktiviti lasak ini. 




4x4 Off Road Princess

Meet-up point: 

Kolam Air Panas Hulu Tamu, 
Pahlawan Hulu Tamu, 
Batang Kali, 
Selangor .

Perjalanan kami dari Ampang ke Batang Kali mengambil masa 45 minit. Kami sampai awal dan selepas 20 minit ada kumpulan kedua pula yang sampai untuk bersama-sama melakukan aktiviti ini.


4x4 Jeep dah sampai

Kami melakukan aktiviti di peringkat asas (Light & Easy), iaitu bagi mereka yang baru pertama kali untuk mempelajari cara teknik pemanduan 4x4 yang betul dan selamat.



Kepada sesiapa yang berminat untuk merasai sendiri pengalaman memandu secara lasak ni, mesti mempunyai lesen memandu dan boleh bawa kereta manual. Kami memang tak nak lepaskan peluang ni la. Nasib baik semua boleh bawak manual. 

Jom test skill korang kat sini.


Ni la kawasan perkampungan orang asli di Hulu Tamu..Kene mintak permission dulu nak masuk kawasan ni. Orang Asli selalu basuh baju di sungai..Mintak maap kami nak redah sungai  naik  Jeep..
Kamilah 4x4 Offroad Princess...hehe

Sebelum nak memandu tu, kene dengar 'safety briefing' dulu.


Akak ni la yang bagi 'Safety Briefing'

Setiap 4 wheeler harus bersedia bukan sahaja dengan kenderaan 4×4 ketika mengharungi laluan off road tetapi juga dari segi mental, ketahanan diri dan juga yang penting keberanian dalam menghadapi segala kemungkinan ketika melakukan aktiviti-aktiviti offroad.



Ada ketika, kami akan memandu dalam keadaan permukaan bumi yang mendaki, menuruni bukit bahkan ada ketikanya cerun yang didaki itu atau turuni itu sangat curam dan merbahaya sekiranya langkah-langkah keselamatan tidak di ambil kira.

Boy, Diana, Nadz, Fiq & Bro Instructor

Nampaknya semua dah tak sabar nak drive..Jom kita redah!


Slow2 nak masuk sungai..Time ni Fiq yang bawak..
Fuh...best!
Ini Tips untuk Merentasi Sungai :

  • Jangan menyeberangi sendirian.
  • Periksa kedalaman air. Jika perlu guna laluan lain.
  • Tentukan kelajuan arus air, pemukaan dasar sungai dan segala kemungkinan halangan.
  • Menyeberangi hendaklah turunkan tingkap kenderaan dan memasang tali pinggang keselamatan.
  • Gunakan gear 1 atau 2.
  • Jangan tukar gear di dalam air dan jangan bermain dengan klac
  • Sekiranya laluan berpasir, tambah kelajuan agar tidak terbenam.
  • Sekiranya engin mati dalam sungai yang dalam. Jangan hidupkan enjin.
  • Pastikan keluar dari sungai terlebih dahulu.
  • Jika perlu pasang penanda.

Sekarang turn aku pulak drive
Korang dok kat belakang tu diam-diam ye...Kang mati enjin plak..hehe
Syok....!
Time ni la aku nak tunjuk skill..hehe

Ni laluan berlumpur atau dalam bahasa kaki-kaki offroad “geli-geli” atau ”Mud hole” dan mendaki cerun..Laluannya sangat licin . Pada yang dah biasa dengan situasi begini, inilah satu keseronokan apabila melayan kenderaan 4 wheel . 


Walaubagaimanapun kami akan sentiasa berwaspada kerana kadang kala laluan yang berair dan licin ini akan menyebabkan kenderaan berpusing dan lebih merbahaya mungkin melanggar pokok, batu, tebing tinggi dan akan menyebabkan kenderaan 4×4 terbalik.


Terbaik!!...
Brother ni la yang instuct kami masa drive...Thanks bro!
Dah sampai atas bukit, kami jalan kaki je menuju ke air terjun.

Ni la namanya 'Drain'. Kalau nak naik 4wheel kat sini 4 jam pun x  sampai lagi kt air terjun..
Dalamnya..

Selalunya mereka yang dah expert je boleh redah lubang yang dalam ni dengan 4 wheel. Ni kira peringkat medium core & hard core..Memang extreme..Disebabkan kami ni beginners, dan masa juga terhad, kami lalu je kat situ. Tapi pihak penganjur memang ada sediakan juga pakej extreme ni. 3 hari 2 malam meredah hutan dengan 4 wheel. Ha, time tu memang mereka akan ajar sume r..Kalau ade kesempatan lagi memang aku nak pegi lagi..hehe




Kepada yang berminat dengan 4x4 offroad ni boleh tengok rancangan ini


ONE CAR TOO FAR

Aku sangat suka rancangan ni. Bagi penonton yang menggilai aktiviti sukan lasak serta kenderaan pacuan empat roda, rancangan ini pastinya ditunggu-tunggu siarannya.

Keseluruhannya rancangan realiti padat dengan aksi tanpa skrip ini memaparkan kehebatan dua teraju utamanya, Gary Humphreys dan Bill Wu menggabungkan kemahiran diri dengan penggunaan jentera moden, iaitu sebuah Jeep Wrangler untuk mengatasi setiap rintangan ditempuhi mereka.



Sebanyak lima siri rancangan ini yang bersiaran sejam setiap episod, penonton akan menyaksikan kecekalan Humphreys, bekas anggota Pasukan Khas Tentera dan Marin Diraja British dan pencinta kereta serta pelumba jalanan profesional berdarah kacukan Taiwan-Amerika dari California Selatan, Bill Wu mengatasi cabaran di persekitaran paling mencabar di Chile.

Ini adalah list episod rancangan ini:

1) Rainforest
2) Volcano
3) Mountain
4) Desert
5) Under the Hood
Boleh lihat di sini



It's all about the drive to survive.
Pokok-pokok menjulang tinggi
Trek yang perlu dilalui untuk ke air terjun
Sampai jugak di air terjun
Yeay!!
Yahoooo!!
Sekarang turn Boy pulak bawak 



Tip menuruni cerun tajam

  • Gunakan mod gear 1 adalah terbaik
  • Biarkan kenderaan menuruni curam dengan ‘engin breaking’ pada permukaan licin. Tidak perlu menggunakan brek atau klac.
  • Kawalan stereng amat penting ketika menuruni bukit
  • Jangan menekan brek secara mengejut.
  • Sekiranya kenderaan tergelongsor, tekan minyak sedikit secara tapping untuk mengembalikan kenderaan ke posisi asal.
  • Sekiranya cerun terlalu curam minta bantuan kenderaan di belakang anda untuk support
  • Sekiranya menuruni bukit ketika hujan dan terlalu licin, gunakan pokok yang berdaun yang di ikat di belakang kenderaan sebagai beban untuk mengurangkan kelajuan menurun
 Turn Diana pulak drive 
We support you!
Berjaya sudah xpidisi kami hari ini!
Kalau banyak duit aku dah beli sebijik Jeep...hehe



Kepada anda yang suka dan berminat dengan sukan lasak, perlu mencuba aktiviti ini. Dan jika seseorang itu berjiwa kental, kuat fizikal dan mental, sukan ini pasti untuk anda.


 Done my list #10



Comments

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Paintball

Gunung Silipat, Betong Thailand

BAHASA HIKERS

YUNNAN, CHINA

Jumaat Di Kota Mekah

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Bukit Merah Laketown Resort, Perak

Ada apa di Taif?