First time kami menjejakkan kaki di Masjid Nabawi di Madinah Al-Munawarah. Cuma 100 meter dari hotel kami.
Mashaallah tenang rasanya disini!
"Masjid an Nabawi" atau "Masjid Nabi" ialah masjid yang kedua paling suci bagi umat Islam. Di sini juga terdapat Makam Rasullullah SAW.
Masjid ini asalnya dibina oleh Rasullullah sendiri, bersebelahan dengan rumah yang baginda diami selepas peristiwa Hijrah pada tahun 622 Masihi.
Satu jam sebelum solat Subuh akan berkemundang azan untuk mengejutkan korang dari lena tidur dan bergegas ke Masjid.
Cuba belajar solat jenazah, sebab di masjidilharam dan Masjid Nabawi, selepas solat fardhu akan ada solat jenazah. Banyak ganjaran pahala yang Allah SWT janjikan lagi-lagi korang berada di masjid paling berkat.
Korang akan dapat 1000 ganda pahala solat dalam masjid Nabawi manakala 100,000 ganda pahala solat di Masjidilharam.
Dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu dari Nabi Muhammad Sallallhu 'alaihi Wasallam sabdanya :
"Tidak sepatutnya (bersusah payah) keluar belayar (untuk menziarahi mana-mana masjid) kecuali (pergi) ketiga-tiga buah masjid (yang berikut): Masjidil Haram di Mekah, Masjidir Rasul ( Masjidi an-Nabawi di Madinah ) dan Masjidil Aqsa di Palestin." Hadis Al-Bukhari
Umrah bulan November hingga Mac boleh dikategorikan musim sejuk, sediakan kelengkapan yang sewajarnya. Bawa juga ubatan2 asas untuk demam , selsema, batuk, kulit kering untuk persediaan.
Usai solat subuh, kami menuju ke hotel untuk sarapan pada pukul 6.30 pagi. Depan ni jer hotel kami, Taiba Front.
Setiap kali lepas solat & menuju ke hotel, bersiap sedia la kesesakan di lobi hotel sebab menunggu lif. Menguji kesabaran jugak la setiap kali nak naik lif. Bersesak-sesak sebab lif dia kecik jer.
Nak ambil makanan pun memerlukan kesabaran jugak nak beratur. hahaaa.. Jemaah negara lain dorang jenis selamba jer potong barisan. Kena banyak bersabar la kat tanah haram ni. Nak marah tapi kena sabo, so marah dalam hati jer la.. hehee
Kena jaga percakapan xleh cakap yang bukan-bukan, kena jaga perbuatan. Di Mekah dan Madinah, jangan cakap sembarangan kerana doa semua cash Allah akan makbulkan.
Alhamdulillah kat Madinah kami ambil full board pakej. Makan 3x sehari. Tapi lauk dia dok ulang itu je la sampai dah hari kelima xleh telan dah. hahaaa
Tips nya korang kena bawa la sambal bilis ke serunding ke, budu ke untuk membangkitkan selera. Sebab makanan dia tak berapa nak ada rasa. (sabo lagi) hahaa
Lepas ni kami nak ziarah Madinah ke Masjid Quba
Kena ingat nombor bas sebab bas kat sini semua lebih kurang sama.
Takut tertukar plak nanti.
Masjid Quba (atau Masjid al-Quba) ialah masjid pertama yang dibina oleh orang Islam. Masjid ini terletak di Kota Madinah kira-kira 3.2km daripada Masjid an-Nabawi. Masjid ini diasaskan oleh Nabi Muhammad (SAW) sebelum baginda tiba di Madinah ketika berhijrah dari Makkah.
Masjid Quba dianggap antara masjid paling suci dalam pegangan penganut agama Islam, mengikut turutannya ialah Masjidil Haram (Makkah), Masjid an-Nabawi (Madinah), Masjidil Aqsa (Baitulmuqaddis), Masjid Quba (Madinah).
Masjid Quba disebut di dalam Al-Quran sebagai masjid yang dibangunkan di atas dasar taqwa.
Ketika Nabi dan para sahabat berhijrah sebelum sampai ke Madinah mereka telah singgah di sebuah perkampungan yang bernama Quba maka di situlah terbinanya Masjid Quba
SEJARAH RINGKAS PEMBINAAN MASJID QUBA
Awal cerita ketika itu nabi Muhammad S.A.W sedang melakukan perjalanan berhijrah ke kota Yastrib atau sekarang ini lebih di kenal dengan sebutan kota madinah. Ketika tepat pada hari Isnin tanggal 8 Rabiulawal tahun 1 hijrah Nabi tepat berada di kampung Quba iaitu perkampungan golongan Ansar. Disaat itu Ammar RA mengusulkan untuk membangunkan sebuah tempat yang berguna untuk tempat beristirehat pada waktu siang untuk Nabi dan ia juga berguna untuk tempat solat Nabi dan sahabatNya.
Khalifah Abu Bakar dan Ammar RA menggunakan peralatan asas seperti batang dan daun kurma serta batu-bata di sekitar perkampungan berkenaan, akhirnya selama 4 hari Masjid Quba berjaya dibina dan dapat dimanfaatkan setiap umat Islam ketika itu untuk beribadat serta melakukan aktiviti kerohanian yang lain. Bahkan Nabi sendiri yang telah meletakkan batu kiblat pada masjid tersebut.
Masjid Quba didirikan di atas tanah seluas 1,200 meter persegi milik keluarga Kalsum bin Hadam dari Kabilah Amru bin Auf.
Setelah Nabi dan para sahabat selesai mebangunkan masjid Quba ini (Quba pada masa dahulu belum dimasukkan dalam persempadanan Kota Madinah lagi), mereka melanjutkan perjalanan menuju ke kota Madinah. Tepat pada hari jumaat tanggal 12 Rabiulawal tahun 1 hijrah, Nabi tiba di kota madinah.
Para penduduk madinah sangat gembira dengan kedatangan Nabi. Mereka beramai-ramai menyambut Nabi dengan suka cita, penuh kerinduan dan juga penuh rasa hormat untuk Nabi. Dan tepat pada hari itulah Nabi Muhammad SAW mendirikan solat jumaat untuk pertama kalinya dalam sejarah islam dan juga untuk pertama kalinya Nabi mengkhutbah jumaat pada hari tersebut. Dan semenjak itulah kota yastrib berubah menjadi “madinatun Nabi” yang bererti kota nabi. Atau lebih di kenali dengan kota Madinah.
Usaid bin Zahir Radiallahu Anhu pula meriwayatkan sebuah hadis yang maknanya
"satu solat di dalam masjid Quba' diberi pahala seperti menunaikan satu ibadat umrah."
Burung-burung bebas berterbangan di depan masjid Quba
First time jumpa. Benda rare ni. 3 keping 10 riyal.
Khasiat hati unta adalah boleh merawat ASMA, Menyembuhkan lelah, Merawat batuk,Tambah darah dan stamina.
Pelbagai Cara utk makan:
1. Boleh rebus sedikit, kemudian campur dgn air dan minum airnya.
2. Boleh goreng hati itu dan di makan begitu sahaja
3. Boleh dibakar sedikit/goreng tanpa minyak, tumbuk dgn halus kemudian makan serbuknya atau dicampur air/telur+madu
Ladang kurma
Bersebelahan bukit Uhud ini, terbina sebuah masjid yang diberi nama Masjid Syuhada’ bersempena 70 orang para syuhada’ yang wafat di dalam peperangan Uhud.
Bukit Uhud merupakan tempat berlakunya perang Uhud di antara tentera Islam Madinah dan tentera kafir Mekah dan peperangan itu tentera Islam mengalami kekalahan kerana pasukan yang berkubu di Bukit Uhud melanggar arahan Baginda Rasulullah supaya tidak meninggalkan tempat masing-masing.
Kejadian ini mengakibatkan 70 pejuang Islam mati syahid pada Syawal Tahun Ketiga Hijrah termasuk bapa saudara Rasulullah, Saidina Hamzah Abdul Mutalib di Lembah Bukit Uhud, Madinah, Arab Saudi.
Lokasi Bukit Uhud atau Jabal Uhud adalah 5 Kilometer di sebelah utara kota Madinah dengan ketinggian 1,077 meter dari aras laut dan panjangnya sejauh 6 Kilometer. Sesuai dengan namanya Uhud bererti bersendiri iaitu bukit ini tidak bersambung dengan banjaran gunung yang lain.
“Jika kita ingin melihat bukit yang ada di syurga, maka ziarahlah ke Bukit Uhud. Nabi SAW bersabda, ‘Bukit Uhud adalah salah satu dari bukit-bukit yang ada di syurga’,” HR Bukhari.
Terdapat kisah menarik tentang bukit Uhud yang pernah bergoncang ketika Rasulullah mendakinya.
Daripada Anas bin Malik RA berkata, ketika Nabi SAW, Abu Bakar RA, Umar RA dan juga Uthman RA menaiki bukit Uhud, lalu Nabi SAW bersabda:
“Tetaplah (jangan bergerak) Uhud, sesungguhnya di atas kamu terdapat Nabi, al-Siddiq (Abu Bakar) dan dua orang yang syahid (Umar dan Uthman).” [Riwayat al-Bukhari (3686)]
Tak lama setelah itu Uhud berhenti bergetar. Demikianlah tanda kerinduan dan kegembiraan Uhud menyambut Rasulullah.
Seronok dengar Mutawif cerita pasal sirah nabi. Esok kami akan ke kaki bukit Uhud pulak untuk tengok lebih dekat lagi & menghayati kisah peperangan uhud ni. Nanti sis cerita pasal perang Uhud ni dalam next posting.
Hati sangat sayu dan dipenuhi rasa syukur apabila direzekikan Allah SWT untuk berada di bukit yang dicintai Rasulullah SAW ni. Di sinilah berlaku pelbagai peristiwa yang memberi kesan kepada kehidupan Baginda SAW dan umat Islam seluruhnya.
Petang tu kami jalan-jalan di sekitar perkarangan masjid.
Banyak kedai-kedai jual baju jubah, sejadah kat sekeliling ni. Sambil cuci-cuci mata shopping la skit souvenier.
Frame gambar besar di hadapan masjid Nabawi
Langit ungu di ufuk timur. Cantiknya. Azan Manghrib pun telah berkumandang.
Sementara nak tunggu waktu ishak tu ada la sembang dengan jemaah dari agency lain. Dorang ada share macam mana nak masuk Raudhah tanpa apps Nusuk. Tapi agak extreme skit sebab kena berebut-rebut. Kami yang dengar pun agak teruja.
Itu la terfikir juga macam mana kalau orang yang tiada handphone macam mana nak masuk Raudhah. Sebab ada juga tengok jemaah yang nampak macam orang susah dari negara India, Pakistan, Afrika dlln. Dorang henfon pun xde apatah lagi internet. Nampak kesian, tidur pun kat masjid. Kalau makan memang ramai orang bersedekah kat sini.
Kami pun pergi ke pintu no 30. Jauh gler terasa berlari-lari anak, kami dari pintu 3 xsilap. Kena pusing hampir separuh masjid ni nak cari pintu 30. Lepas tu kami solat betul-betul kat sebelah pintu tu tapi dia tutup dengan kanvas. Lepas habis jer solat ishak dia buka......
Phewwwww.... meluru semua berlari nak masuk Raudhah! Seriuss macam marathon dah! hahaaa.. Aku just lari biasa-biasa je la sebab dok risaukan mak aku kat belakang. Mak cik aku memang champion! Orang paling pantas berlari! hahaaa
Sekali sampai kat sini dia tutup lagi dengan kanvas! Tercungap-cungap kami. hahaa
Kat sini ada orang yang jaga dia suruh duduk dulu. Tunggu yang belakang tu sampai.
Sekali lagi dia buka kanvas tu........
Phewwww pecutan terakhir! Macam lari tak pikir apa dah macam nak jadi orang pertama yang masuk syurgaaa! gittewww.. hahaa
Memang ramai yang tengah berlari-lari. Antara ramai-ramai tu kami jer yang jemaah dari Malaysia. Sebab ramai yang tak tahu sebenarnya. Bila dah sampai depan tu memang berhimpit sesak betul.
Teringat macam peristiwa Hallowen crowd crush dekat Itaewon street tu. Kalau sorang jatuh ni memang confirm semua akan jatuh. Risau mati kena pijak jer. hahaaa.. Kami pun tak boleh lama-lama rasa macam sesak nafas pulak. Slow-slow berundur keluar.
Jaga akhlak diri ketika dalam Raudhah dan Makam Rasulullah. Jangan tolak-tolak. Jangan terlalu taksub, tengok dorang yang dari negara mana xtau la macam sembah ke apa. Agak extreme sampai menangis meraung depan makam Rasulullah tu. Mungkin mazhab lain.
Boleh solat di ruangan bukan Raudhah yang berhampiran Raudhah. Berdiri dalam ruangan Raudhah hanya berdoa sahaja. Ruangan Raudhah untuk kita yang masuk tanpa apss Nusuk ni sikit je dia bagi dan ia nasib-nasib sahaja dapat, ikut rezeki masing-masing. Tengok dan KENALI TANDA bunga pada tiang berhampiran tempat orang baca khutbah tu.
Alhamdulillah setelah keluar dari Raudhah bergambar depan kubah hijau.
18 November 2022, Jumaat 5.18am waktu Subuh
Selalunya solat subuh pada pagi jumaat di masjidil haram dan masjid Nabawi, Imam akan membaca surah Sejadah pada rakaat pertama. Kalau pun korang tak hafal keseluruhan surah sejadah, at least korang tahu ayat pertama surah tu, then korang boleh alert bila Imam takbir untuk sujud sejadah.
Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur.
Assalamualaikum Rasa macam nak throwback masa zaman belajar dulu! hahaa.. Aku dulu study kat UPNM. Sepuluh tahun dulu ramai lagi yang tak tahu UPNM tu apa dan kat mana.. Dulu dipanggil dengan nama Atma. Kerajaan menaikkan taraf Akademi Tentera Malaysia (Atma) kepada Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) menunjukkan bukti kesungguhan kerajaan mempertingkatkan mutu perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). MOTO KEWAJIPAN, MARUAH DAN INTEGRITI (Duty, Honor and Integrity) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) atau National Defence University of Malaysia (NDUM) adalah sebuah universiti tentera yang terletak di Kem Sungai Besi Kuala Lumpur. Universiti ini merupakan universiti unik dan butik pertama di Malaysia dengan keperluan dan pembangunan angkatan bersenjata moden. Pada tahun 2008, memiliki sekitar 1,500 pelajar, dengan lebih daripada 1,300 daripada mereka adalah...
Assalamualaikum 29 April 2017, Sabtu, 4.00 am Sempena cuti hari buruh yang lalu, aku telah join XPDC mendaki gunung Baha, Ayam & Stong selama 3 hari 2 malam di Taman Negeri Gunung Stong. Ia terletak di Dabong, Kelantan iaitu di Daerah Kuala Krai Selatan . Penganjur program ni ialah dari team B88outdoors yang diketuai oleh gogo Hafiq. Memandangkan aku, Aishah dan Jamil aka Tee Jay memang duduk di Kota Bharu, kami telah bertolak ke Dabong pada pukul 4 pagi. Yang lain semua dari KL dan JB bergerak pada malam semalam. Pukul 7 pagi kami dah sampai di area Dabong dan berkumpul di area stesen keretapi Dabong untuk menunggu team yang lain sampai. Abam Apis yang setia menunggu jodohnya iaitu Puteri Saadong yang tak kunjung tiba di stesen Dabong nih! Bertabahlah abam! huahaaa Memandangkan aku memang dah duduk di Pantai Timur nih, memang aku dah lama aim nak naik gunung stong nih! Hahaa. Sekali adik aku ajak naik dengan ...
Assalamualaikum Harini kami nak hike ke Bukit 527, Sepang. Bukit 527 (atau “Peak 527”) terletak di Sepang, Selangor. Lebih spesifiknya dekat kawasan Bandar Baru Salak Tinggi / Salak Perdana. “Exploring the world together, one hills at a time.” “Started young, born to climb.” “Raising a wild soul, one trail at a time.” “Some of the best childhood memories are made on the trail.” Pemandangan dari puncak boleh nampak kawasan sekeliling Salak Perdana & bandar Baru Salak Tinggi. View macam dekat Bukit Sri Bintang pun ada. Hahaaa /sri-bintang-hill-20.html#google_vignette Elok datang pagi, udara lebih sejuk, laluan kurang ramai, dan nampakkan pemandangan yang jelas (tak kabur sebab kabus/haze). Trail tanah merah dan laluan boleh jadi sangat licin bila hujan. Kasut yang ada grip dan pakaian yang sesuai sangat membantu. Bawa air yang mencukupi & sedikit kudapan, nak hiking kadang rasa haus cepat terutama bila ikut laluan curam. Kat puncak macam-macam ada. Siap ada kerusi meja unt...
Assalamualaikum Macam dah berkurun kan tak hiking. Ni pun sis pergi lama dah ni baru nak update. hahaa Kali ni kita ke Rimba Komuniti Shah Alam (Shah Alam Community Forest). Sebenarnya aku dah pergi sini beberapa kali tapi trek dia kan ada banyak jalan yang bercabang. So kalini kita nak ke buaian yang ada kat tengah hutan! Nak pegi Bali nak naik Swing yang besar tu xtau la bila, so kita pergi Jungle Swing! heheee Permulaan trek Ada tasik kecil Mirror lake Hey, do you have a map? Cause I keep getting lost in your eyes.... ehh Layan pacak skit tak skit jugak la Kalau dah sampai sini korang boleh decide nak pergi puncak ke nak pergi swing. Sebab jalan dia lain-lain. Nak ke swing kena jalan depan lagi & tak de orang pun yang pergi ke arah swing sebab tak de apa-apa papan tanda. Kami pun tanya-tanya orang kat situ tapi ramai juga yang tak tahu. Kira macam hidden jugak la swing ni. Kami pun redah je la jalan ke depan terus jer. Jumpa signbord ni Tasik pun nak broken skang ni e...
Indoor Petting Zoo, The Mins @ Kota Damansara theMINs@KD 2A-H, Jalan Teknologi, Pusat Teknologi Sunsuria, Kota Damansara PJU5, Petaling Jaya, Selangor Business hours: 10am-10pm daily a hidden gem where you can meet all kinds of reptiles and animal species some of the animals such as the goats and snakes are available for sale Mammals, reptiles and fishes, from Africa to Southeast Asia and South America Baa, Baa, Black Sheep.. ehh white goat ahhh... so kiut! Canadian marble foxes Gering-ding-ding-ding-dingeringeding! What the fox say? Fox ni special skit dok tempat ade aircond! Sejuk skit dalam ni. hahaa White kanggaroo My brave girl! Mama pun tak berani nak pegang sebab geli skit dengan binatang berbulu ni. hahaaa Lepas dah penat tengok animals boleh lepak cafe dia makan2. In a nutshell, korang yang ada anak kecil tu memang sesuai la datang sini boleh main dengan animals dekat sini jinak-jinak. Till then guys!
Assalamualaikum Actually sis naik bukit ni masa cuti new year haritu, 1.1.2025. Sekarang baru sempat nak update. hahaaa Bukit Sri Permata ni salah satu bukit hiking santai yang terkenal di sekitar Klang Valley , biasanya orang pergi untuk short hike & exercise pagi. Lokasi: Seksyen 2, Taman Sri Permata. Landmark dia dekat kawasan kubur Taman Sri Gombak. Boleh waze jer. Baru nak start hiking terasa insaf sekejap. Salam ya ahli kubur! Sesungguhnya kami, insyaAllah akan menyusuli kalian. Ketinggian: Lebih kurang 200–250 meter (bukit rendah, sesuai beginner). Masa hiking: 30 – 45 minit ke puncak (ikut pace). Laluan: Trek tanah merah + hutan, agak teduh & redup. Tarikan: View bandaraya KL, sunrise cantik, tempat orang jogging/hiking santai hujung minggu. Tips kalau nak naik: - Datang awal pagi atau lewat petang (tak panas sangat). - Sesuai untuk bawa anak-anak / family (tak extreme). - Kasut hiking ringan atau kasut sukan dah cukup. - Kalau musim hujan...
Assalamualaikum Aku sebenarnya baru je tahu pasal Bukit Marak. So aktiviti hujung minggu, boleh la nak pi meredah bukit ni. Kebetulan Syafiq member satu ofis yang familiar kat area sini jadi guide kami. hehee Bila aku try cari info, sebenarnya Bukit Marak merupakan sebuah bukit yang agak tersohor kerana mempunyai hubung kait dengan sejarah Kesultanan Negeri Kelantan. Puteri Saadong yang merupakan anak angkat kepada Che Siti Wan Kembang dikatakan pernah bersemayam di Bukit Marak yang terletak di daerah Bekelam, Bachok, setelah kemangkatan suaminya, Raja Abdullah pada tahun 1671. Sebelum berangkat dan bersemayam di Bukit Marak, berlaku pertengkaran di antara Puteri Saadong dengan Raja Abdullah. Permulaan trek terus pacak menegak! Sempuit juga sek kawe boh! hahaa Perbalahan antara suami isteri itu terjadi setelah Puteri Saadong mendapat tahu Raja Abdullah berkahwin lain. Puteri Saadong sebelum itu telah menyerah diri kepada Raja Siam yang terpikat dengan...
Dulu impian aku tinggi… setinggi gunung yang pernah aku daki, setinggi bangunan KLCC yang megah berdiri. Banyak benda yang aku nak capai, banyak mimpi yang aku simpan dalam diam. Tapi hidup ni tak selalu indah macam yang kita bayangkan. Kadang-kadang kita terlalu sibuk bertahan sampai terlupa tentang impian sendiri. Life been so messy lately… sampai tak ada masa nak rehat dan tenangkan diri. Kadang-kadang kesedihan tu terlalu lama menemani sampai penat nak pura-pura kuat. Banyak sebenarnya impian aku yang tertangguh. Banyak benda yang aku nak capai, tapi hidup tak selalu berjalan macam yang kita rancang. For now, aku cuma nak fokus besarkan anak dengan sebaik mungkin. Menara The Exchange 106 Semoga Allah permudahkan setiap perjalanan hidup aku, kuatkan hati aku dan gantikan segala penat ni dengan kebahagiaan satu hari nanti.
Comments
Post a Comment
In a nutshell, Thanks for your comment!