My Princess!


Assalamualaikum


Alhamdulillah saat ni baby dah masuk 2 bulan dah. Nampak sangat dah lama sis tak update blog. heheee. Kadang-kadang macam tak percaya lagi dah jadi seorang ibu. Hidup memang bertukar 360 darjah. Tak de dah masa nak rileks2 macam dulu.. Hahaa.. Agak kelam kabut sikit la nak urus baby. Nasib baik hubby rajin menolong.


Dah semakin debab, tangan ketak-ketak! hehee

masa ni baru sebulan dalam perut mama

Bila aku dah jadi ibu ni, banyak benda yang nak kena belajar. Sekarang masih berperang dengan emosi, penat, mengantok. Tapi dari hari ke hari sebenarnya semua ni mengajar aku jadi lebih sabar.

Macam ni rupanya pengorbanan seorang ibu , kesian mak aku dulu jaga aku ngan adik beradik 6 orang plak tu.. fuhhh sado betul bila dah jadi mak2 ni kan. kalau tak sado tak mampu nak bersalin la kan even sakit sangat2. Tapi jangan risau sebenarnya kekuatan tu akan datang sendiri. 

Nampak je tak kuat tapi semangat tu akan datang lebih2 lagi tengok muka baby, cuma semangat ibu2 akan hilang bila suami tak menyokong, tak support wife dia. So bagi suami2 di luar sana tolonggggg sangat hargai isteri anda kerana mereka terlalu berharga! cewahhh gitu...

i'm home!


Hai onty2 & uncle2. Nama saya Aleesa Naufa! Nick name babyAN. hehee.. Mama yang bagi kite nama ni. Maksud nama Aleesa Dilindungi Tuhan. Naufa bermaksud setia, luhur.


Masa ni kite kecik lagi baru 2 minggu. Mama suka amik gambar kite! Masa ni rambut belum potong lagi, so mama amik gambar kita banyak-banyak nak buat kenangan katanya. hehehh


Sebab mama rindu nak hiking, camping, masuk hutan, bau hutan, mama buat tema jungle pulak kat kite. Tak pelah asalkan mama bahagia. hahaa.. Nanti dah habis covid kita pergi camping sama-sama ye!


Ni pun mama rindu nak fly, pergi travel naik kapal terbang. Pergi backpacking. Nanti kita jalan-jalan kat Europe ye mama!


Masa ni babyAN banyak tidur jer so senang nak ambil gambar. Kalau sekarang ni dah makin beso asyik nak mengamok jer! hahaa


Mama buat je la apa-apa. Kite mengantuk nih nak sambung tido! hahaa 


Ustajah Aleesa. Kite dah penat mengaji ni. hehehh

Flower girl!

Seketul babyAN




My Princess!



Princess tengah beradu! Nak tunggu prince datang.. hahaa



Dah celik mato dah dia!


Ni kita dah sebulan!


Kena kurung dalam bedung sebab kite suke mengamuk! hahaa

why so serious??



Nasib bek Aleesa ikut muka mama.. hehehh :p


Princess ni asyik buat muka ketat! ehehh



In a nutshell, semoga anak mama sentiasa dilindungi Allah selalu. Membesar dengan sihat & bijak, memiliki sifat-sifat peribadi yang luhur dan baik, setia sentiasa dipercayai dan boleh diharap dan yang penting menjadi anak yang solehah! 

Mama & abah love you!

amin



Comments

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS