Pengalaman Bersalin
Assalamualaikum
12 April 2021. Isnin, 9.00pm, 30 Syaaban 1442H
Ingat ke aku nak start solat teraweh lepas dah solat isyak. Memandangkan esok dah start 1 Ramadhan, aku rasa nak cuba puasa walaupun dah sarat. Tapi aku dah start sakit perut memulas. Memang rasa nak buang air besar. So pergi la toilet. Ok la dah membuang tapi rasa memulas tu macam tak berkurang pulak. Aku pun terfikir macam ni ke sakit contraction??
Ermm aku tak pasti sakit nak beranak tu macam mana. hahaa.. Memang rasa macam nak terberi ke? Aku pun pergi la toilet lagi. Nak dekat 3 kali dah aku membuang nih.
Ok la aku pun dah rasa macam mengantuk ni. Jam pun dah menunjukkan lebih kurang pukul 11 malam. Tapi masa dah landing atas katil tu, sakit dia still tak hilang. Setiap 5 minit dia datang. Tapi aku cuba bertahan. Tapi makin lama makin sakit pulak. Aku pun rasa ni la kot rasa contraction. Aku pun buka la apps 'Pregnancy' dekat phone. So aku cuba track sakit contraction ni. Memang setiap 5 minit dia menyerang.... Fuhhh... berguling juga la tahan sakit atas katil.
Last-last lebih kurang pukul 1.30 pagi, aku pun cakap kat hubby jom pergi hospital. So bawa la semua beg baju skali & makanan skit. Bila dah sampai kat Hospital Shah Alam, pergi dekat bahagian emergency. Tapi awat tak de orang? So aku pun tunggu la dengan tahan sakit tu. Sekarang sebab kes covid makin bertambah, so nak masuk hospital jadi leceh. Kena jawab dulu la soalan2 yang dia tanya, ada contact rapat covid ke apa ke.
Lepas dah isi borang sume, nurse pun cuba la check perut. Kena pakai alat untuk check jantung baby tu, CTG (Cardiotocography). Hubby tak boleh masuk langsung. Dia pun tunggu la dalam kereta. Masa ni dah pukul 2.30 pagi.
CTG ialah sejenis alat yang dipasang di perut ibu hamil bagi mengesan kadar degupan jantung bayi dalam kandungan dan juga contraction. Alat CTG biasa digunakan di hospital terutama di dewan dan wad bersalin. Alat CTG sangat berguna untuk mengesan tanda-tanda 'fetal distress' iaitu jika bayi berada dalam keadaan tertekan.
Fungsi CTG adalah sama dengan 'Fetal Doppler' yang kecil iaitu untuk mendengar degupan jantung bayi dalam kandungan. Tetapi maklumat yang diperolehi dari mesin CTG adalah lebih lengkap kerana digunakan selama 30minit setiap sesi bagi mendapatkan graf degupan jantung bayi dan juga contraction.
Lepas tu nurse pun buat vaginal examination (VE) kat aku iaitu selukan jari pada vagina. Ini dilakukan untuk mengukur bukaan pintu rahim sama ada sudah bersedia untuk melahirkan atau tidak. VE juga akan memberitahu mengenai pintu rahim masih keras atau sudah bertambah lembut, kedudukan kepala bayi, selaput air ketuban masih ada atau tidak, terdapat uri atau tali pusat ketika pemeriksaan.
Aku pun cuba relaks, bertenang, tarik nafas dan hembus secara perlahan-lahan. Jangan keraskan badan, jangan kemut kerana pemeriksan akan menjadi sukar dan akan berasa sakit. Rupa-rupanya bukaan dah 4 cm.
Ermm patut la sakit dia lain maciam...
Masa nurse seluk tu rasa macam senak sikit la. Setiap sejam nurse akan seluk. Nurse buat lembut jer. Lepas tu doktor pula seluk. Dia seluk tu agak kasar. Rasa sakit la jugak. Ke dia nak cepatkan bukaan kot. Tapi bukaan masih lagi 4cm. Masa ni dah pukul 3.00 pagi.
Aku pun sempat la wasap family aku. Aku sekarang dah dekat hospital. Aku ingat ke tak de sapa dah yang reply wasap pepagi buta ni. hahaa Maybe dorang pun dah ready nak bangun sahur kot masa ni.
Akak aku pun bagitau maybe pukul 9 ke 10 pagi nanti kot baru ko beranak. Sebab estimate 1 cm bukaan tu dalam 1 jam. Aku pun mashaallah, tak tahan weh sakit. Aku pun dok berzikir la. Dia baru jer lepas bersalin bulan 2 haritu. Dia pun share la tips skit2.
Bila sakit contraction bermula, pintu rahim menjadi semakin nipis dan perlahan-lahan akan membuka. Darah bercampur lendir dinamakan 'show' akan keluar dan ini dikenali sebagai tanda nak bersalin.
Pangkal rahim ini akan membuka perlahan-lahan bermula dari 1 cm sehingga la diameter nya mencecah 10 cm sebelum ibu boleh meneran bayi keluar.
Lepas tu nurse suruh aku tukar baju hospital & tunggu dekat PAC. PAC tu maksudnya Patient Access Centre yang mana merupakan tempat untuk ibu ibu bersalin mendaftar masuk. Masa ni dah pukul 4 pagi. Kat sini memang ramai la ibu-ibu bersalin yang tengah menahan sakit nak beranak.
Aku pun layan la sakit sorang-sorang. Sadis la zaman covid ni suami langsung tak boleh masuk. Kalau nak bagi barang pun pass dekat guard kt pintu masuk jer nanti guard yang akan bagi barang tu kat kita. Memang mental kena kuat la.
Masa ni pulak perut lapar giler. Aku pun makan la biskut yang ada dia jual kt tepi tu dengan minum air mineral. Aku pun berjalan-jalan la sekitar PAC tu dengan harapan cepat la bukaan ni. Dah pergi toilet 2-3x dah. Ade ruangan rehat, mana katil yang kosong boleh la baring. Aku cuba la baring tapi contraction makin kuat. Lepas tu dah keluar lendir & darah sikit.
Lepas tu doktor pun datang lagi cek. Baru 5cm. Aduhhh... Aku pun baring je la berzikir sambil tahan sakit. Sempat la sembang-sembang dengan orang kat katil sebelah. Dia dah 2 hari tak bersalin lagi. Bukaan dia lagi lambat. Dia pun cuba tenangkan aku. Aku pun rasa lega sikit. Atleast ada jugak orang yang teman aku layan sakit. Husband aku tido dalam kereta.
Makin lama makin padu sakit sampai aku menggigil tak tahan. Pegang besi katil sampai bergoyang. Darah dan lendir dah makin banyak keluar. Sumpah terlalu sakit. Doktor pun datang cek, rupanya dah 9cm! Dorang pun tolak aku masuk labour room. Masa ni dah pukul 8 pagi.
Masa kat labour room ramai giler nurse & doktor. Dalam 6-7 orang. Dorang cakap dah boleh dah ni kalau nak teran. Aku pun cuba la teran. Tapi rasa macam tak de energy. Lepas tu aku cakap tak boleh. Ok la doktor pun bagi masa dulu biar betul-betul 10cm baru teran.
Nak tunggu 10cm tu lama juga aku rasa. Nurse bagi aku sedut gas campuran oksigen + nitrous oxide ( ENTONOX ) bila sakit tu datang aku pun sedut gas tu dalam-dalam dengan harapan untuk kurangkan sakit! Tapi ermmmm sakit 10cm ni yang terpaling-paling sakit rasa nak mati! fuhhh.....
Bila sedut tu aku terus rasa berpinar mata & lalok. Tapi bila sakit tu datang memang menggigil badan aku! Masa ni dah tak de nurse & doktor sebab dia tahu nak tunggu 10cm tu memang lama. Aku pun layan lagi sakit sorang-sorang. Memang aku sedut banyak kali gas sampai rasa mengantuk, macam diawang-awangan tapi bila sakit tu datang aku dah rasa macam baby nak terkeluar. Tak tahan sangat-sangat!!
Aku pun cakap dengan nurse rasa nak terberanak dah. Nurse pun tengok dah buka 10cm. Ok dia pun suruh aku teran. Tapi aku tak reti macam mana nak teran. Nurse pun ajar kena teran macam nak berak tu tapi tahan dalam 10 saat mata tengok kat perut jangan angkat punggung.
Aku pun cuba, rasa 1-2 saat jer aku mampu teran. Dah la aku tak makan apa-apa dengan tak de energy nya. Aku cuba banyak kali untuk teran. Nurse tu tekan-tekan perut aku & dia korek2 vagina nak bagi keluar kepala baby. Last-last dia... poppp, aku dengar nurse tu gunting. Phewww... xrasa apa kena gunting hidup-hidup sebab contraction tu terlalu sakit. Lepas tu dengan sehabis tenaga aku teran....... Tahan nafas beberapa saat... Argh......
13 April 2021. Selasa, 11.00am, 1 Ramadhan 1442H
Haaaa... keluar la seketul baby girl tepat pukul 11.00 pagi. Kira 14 jam juga aku menahan sakit nak beranak. Leganya rasa lepas baby dah keluar dia bagi letak kat dada. Aku pun memang menggigil habis badan. Terketar-ketar nak pegang baby. Tapi rasa syukur dah lepas nikmat nak beranak. Ingat ke dah habis dah sakit. Lepas tu dia keluarkan uri & jahit. Ermmm... masa jahit ni pun sakit giler nak mati. Aku rasa nyilu yang amat. Dia tak bius pon. Memang ketar kaki aku dok menahan sakit dia jahit. Rasa macam kena renjatan tiap kali dia jahit. Dah habis jahit tu nurse bagi minum air milo panas. Ahhhhh rasa lega.
selepas bertarung nyawa |
Aku pun ambil phone sempat la snap gambar baby & bagitau husband. Dia pun seronok la dia boleh naik kejap untuk iqamatkan baby tapi guard hantar baby kat luar kejap jer untuk husband iqamatkan. Aku pun suruh husband belikan makanan terus sebab tak tahan sangat lapar.
hello world! |
Ahh... bila tengok baby memang rasa bersyukur & happy sangat! Macam tak percaya dah jadi ibu! hihii Baby montel pipi pau! hahaa.. Berat 3.33kg. Cukup 38 week 3 day dia keluar. Ukur lilit kepala dia 33cm. Ermm.. bayangkan la bukaan 10cm jer nak keluarkan kepala dia yang 33cm. So memang kena teran kaw2 la nak keluarkan baby nih. Memang salute pada ibu2 yang bersalin tanpa gunting, koyak & jahit. Apa la amalan mereka agaknya ya??
Baru aku tau macam ni rasa sakit nak beranak. Terus teringatkan mak aku yang beranak kan kami 6 beradik! Salute! Memang betul la kalau mati masa beranak tu memang syahid!
Lepas tu nurse tolak aku ke ruangan menunggu pakai kerusi roda. Tapi aku rasa sakit giler bila duduk kat kerusi tu. Masa nak duduk kat katil pun aku rasa sakit sangat. Doktor pun bagi ubat tahan sakit. Dia suruh susukan baby tapi susu aku macam tak de. Masalah nya sakit ni tak habis lagi. Aku pun pergi tukar pad yang dah melimpah dengan darah. Lepas tu doktor datang cek lagi.
Dia pun korek-korek dengan tempat jahit tadi. Dia cakap ada darah beku kat dalam. Time dia korek tu aku memang rasa nak meraung sebab baru lepas jahit kan. Darah pun habis meleleh kat katil & lantai. Aku baru jer tukar pad & kain batik baru terus penuh dengan darah.Terus aku rasa macam pening nak pitam. Doktor cakap kena buka balik jahitan & jahit balik.
Aku pun dah tak peduli la buat je la apa-apa. Aku rasa tak bermaya langsung. Nurse terus tolak aku masuk operation theatre. Masa ni dorang bacakan la apa prosedur dia, kompilasi kemungkinan yang berlaku apa semua. Aku pun sign jer form sume tu sambil baring. Dorang pun call husband kata aku kena masuk bilik bedah semula.
Kali ni dia bius kat belakang aku. Masa dia suruh aku duduk tegak nak bius kat tulang belakang pun aku rasa sakit nakmati bila duduk. Lepas dah bius tu terus rasa kebas dari pinggang ke bawah. Masa ni aku rasa menggigil teruk badan tangan, gigi. AKu cakap kat nurse aku menggigil sangat2. Walaupun dorang dah selimutkan aku dengan wap panas still terketar-ketar badan aku. Tak tahu la efek bius ke atau badan aku yang tak tahan.
Lebih kurang sejam juga dia jahit balik. Lepas tu terus dia tolak aku masuk wad. Dia pasang tiub kencing. Memang terbaring je la aku lepas tu sampai esok pagi. Tapi kena susukan baby. Aku agak stress sebab terlalu letih. Tak sempat rehat dari malam semalam.
Bila tengok baby tidur rasa tenang jer. Tapi bila dia lapar, dia menangis kuat giler sampai 1 wad ni dengar. Aku pulak semakin stress sebab susu badan pun macam tak keluar. Sampai sakit gler puting aku baby hisap. Sampai luka. Aku pulak rasa nak menangis. Memang time ni aku rasa down giler sebab ko sorang-sorang uruskan baby. Sakit bersalin pun tak habis lagi. Tak de sape pun yang tolong.
Last-last ada mak guard datang tolong dukung & tenangkan baby aku sebab dia asyik nangis jer. Mesti dia pun kesian tengok aku macam tak terurus. Aku pun rasa lega sikit. Tapi aku tak boleh tidur pun sebab setiap sejam baby akan menangis nak susu. Aku memang terlalu penat. 3 hari juga aku duduk wad.
Aku memang stress bila la nak keluar wad nih. Kena cucuk kat tangan aku banyak kali nak masukkan ubat. Darah memancut-mancut. Darah luka yang jahit pun banyak. Doktor monitor takut jadi darah beku lagi. Kena cucuk ubat cair darah kat peha 2x sehari. Masukkan antibiotik semua. Ni la first pengalaman aku masuk hospital seumur hidup aku setelah 32 tahun! Fuhh...
Memang ngeri bila teringat balik. Rasa macam trauma pula nak beranak lagi. hahaa.. Tapi benda yang paling aku takut lepas dah beranak ni bila nak terberak. Rasa macam seriau takut jahitan terbukak balik ke. Luka dah la still pedih. Masa kat hospital tiga hari tu perut aku dah memulas tapi aku takut giler nak teran keluarkan tahi. Adehhhh... Aku minta ubat untuk lembutkan najis.
Akhirnya hari khamis pukul 4.00 petang baru aku boleh balik rumah. Tapi baby ada kuning kena tahan dekat NICU. Kat rumah baru la aku dapat rehat betul-betul. Dapat tidur & mandi air panas. Dapat juga memerut dengan selesa kat rumah. Nasib baik najis dah lembut. Kalau kena sembelit lagi la aku trauma. Memang lega sangat! Tapi dah rindu dengan baby.
Esok tengahari pergi tengok baby kat NICU. Baby duduk dekat bawah lampu biru. Tengok dia terketar-ketar tengah tahan sejuk kot. Terus aku rasa sedih nak nangis tengok anak aku. uhukkk.. Doktor monitor baby kalau kuning dah turun dah boleh balik petang nanti. Lepas tu malam tu lepas husband dah buka puasa dah boleh bawak balik baby. Alhamdulillah syukur!
Tapi kena check kat KK setiap 2 hari nak pastikan kuning baby turun. Dalam 2 minggu juga ulang alik kk. Kena check darah & air kencing baby. Kena pastikan baby selalu menyusu & berak untuk turunkan kuning. Susu badan aku pun tak banyak. Bagi baby minum susu formula jer.
baru baca pengalaman bersalin awak ni..sama la dgn saya beranak di hospital shah alam, tersalah jahit kerana ada benang jahitan di lubang dubur, masuk balik LR bukak dan jahit semula.. beranak pun sorang, tiada nurse dan doctor.. nasib nurse sempat sambut baby sy dari jatuh ke bawah berat pula 3.82kg.. lps tu tobat tak nak ke shah alam lagi. (2016)..anak ke2 (2019) terus ke HTAR klang nak beranak disitu..layanan tip top mcm swasta dr wad, labour room.masa jahit pun tak sakit..
ReplyDeleteoh yeke igt ke zaman covid jer mcm ni, so dari dulu lagi la ye ade kes mcm ni.. fuhh tu la ngeri bila ingat kne jahit balik tuh. lepas ni mmg beranak hospital lain la.. hehee.. waaa terbaik ye HTAR.
Deleteya allah sakitnya tersalah jahit. moga dipermudahkan kehidupan sis dan diberkati anaknya.
ReplyDeleteitulah macam trauma bila teringat balik.. hehee.. Btw tq sis atas doanya. Amin
DeleteSubhanallah...debabnya baby awak...comei sgt
ReplyDeletehehee tq sis :)
DeleteWahh.. best baca.. jemput singgah juga ya.. 🥰 https://foreverbyfbonur.blogspot.com/2022/01/9th-pregnancy-journey-ibu-nur.html?m=0
ReplyDeletetq sudi baca. Tahniah juga atas kelahiran baby yg ke 9 :)
DeleteSaya baru baca pengalaman awk...rasa seriau sambil laya air mata mngenangkan sakit yg awk alami..saya doakan semoga Allah angkat darjat awak ditempat paling tinggi dan diberikan kesihatan, kemudahan dan rezeki yang baik...Mohon doakan saya juga bakal melahirkan tahun ni..due March 2022. Terima kasih...-Nurhanim
ReplyDeleteTerima kasih sudi baca & tq juga diatas doanya. aminn. Moga dipermudahkan urusan bersalin nanti ya! :)
Delete