Selamat Tinggal Patta Timo!


Assalamualaikum.....


30 September 2014, Isnin


Harini kita sambung jalan-jalan di sekitar bandar Kota Bharu, Kelantan. Aku dok perati signboard kat sini suma dalam tulisan jawi. Fefeling macam kat negara timur tengah plak.. hehehh



Ada pokok kurma kat tengah2 roundabout jalan raya

Pintu gerbang waktu siang
Kampung kraftangan
Muzium diraja, Istana Batu
Bazar Tengku Anis


Kitaorang nak pergi shopping kat Pasar Besar Siti Khadijah





Pasar ini menjadi 'trademark' bila berkunjung ke Kota Bharu. Nama Siti Khadijah diberi adalah sebagai penghormatan ke atas golongan wanita yang banyak berniaga di kompleks ni.


Pasar ini mempunyai 4 tingkat dan berbentuk segi lapan. 


Telur penyu



Tingkat bawah

Di bahagian bawah pasar, antara yang dijual adalah barangan basah, kuih muih, sayuran, beras, buah-buahan, lauk dan keperluan asas dapur. Barangan di tingkat bawah biasanya dibeli oleh penduduk setempat.




Tingkat 1


Tingkat 1 banyak menjual pelbagai makanan kering seperti keropok segera, dodol, serunding daging, kerepek, pelbagai jenis keropok, makanan segera, pelbagai kuih muih, alatan memasak, barangan plastik, rempas ratus, ikan kering dan bahan dapur.



 Interior design pasar tampak baru. Cantik & menarik dinding pasar yang berwarna-warni.









Selain kuih muih, kat area sini jugak korang boleh lah usyar kalau nak beli parang ke, sabit ke, cangkul dan pelbagai lagi alatan kraftangan yang jarang-jarang jumpa di tempat lain. Mu nak cari gapo?? Mace-mace ado sini.. Cari gewe?? Gewe xdo sini... hahaa..


yeayyy!!
Bahagian luar Pasar Siti Khadijah
Restoran McD tulisan jawi

Memandangkan perut pon dah lapar, cek mek Yuni bawak kitaorang makan kat satu kedai yang memang femes kat sini. Restoran Nasi Ulam Cikgu. Lokasinya sangat strategik iaitu berdekatan dengan pintu gerbang Kota Sultan Ismail Petra di dalam Kampung Kraftangan.


Makan secara hidang – lebih jimat dan murah
Bagi penduduk Kelantan, restoran Nasi Ulam Cikgu atau Nasi Ulam Kraftangan memang tak asing lagi. Ia sangat terkenal dengan masakan kampung asli Negeri Kelantan yang menggunakan resipi turun temurun keluarga Cikgu Hamid.


Keunikan kedai ni ia mempunyai beraneka jenis ulam-ulaman. Antara menu popular adalah budu, masak gulai tempoyak ikan patin, pelbagai jenis ulam-ulaman dan banyak lagi masakan kampung. Korang kene try keli goreng berempah yang disajikan. Ikan keli dia besar giler, segar dan sangat sedap!..




Restoran ini hanya menyediakan makan tengahari dan disediakan secara buffet ala-ala dewan kenduri kawin.. Korang amik sendiri je seberapa banyak hidangan yang korang nak. Layan diri jerr...

Kami berpuas hati menjamu selera disini kerana selain masakannya yang sedap, harganya amatlah murah!.. makan tengahari untuk 4 orang dalam RM20++ jer... kat KL mane nak dapat!... hahaa


Layan makan aiskrim dulu~


Terima kasih banyak2 Cik Ayuni sudi bawak kitaorang gi derak, jale-jale kat Kota Bharu & hantar kat airport. Jasamu dikene. Gua dah leh kecek kelate sikit2... hahaa ;p Next time kalau turun KL roger2 r kitaorang!.. 
hehe ;)


Lepak2 dulu kat airport sementara tunggu flight pukul 7pm.

Sang Elang sedang menunggu flight pertamanya untuk kembali ke pangkal jalan! ;p hahaaa....

Untuk uolls yang nak naik flight ke Pulau Perhentian, adalah disarankan untuk ke Lapangan Terbang Kota Bharu yang hanya mengambil masa lebih kurang 45 minit ke sejam untuk sampai ke Jeti Kuala Besut. Berbanding kalau korang turun kat Lapangan Terbang Kuala Terengganu yang mengambil masa 2 jam untuk sampai ke Jeti Kuala Besut.


 Dari Lapangan Terbang Kota Bharu korang
 boleh menaiki teksi atau boleh menyewa van untuk ke jeti Kuala Besut.





Dok sorang2 tepi tingkap...

Selamat Tinggal Patta Timo!




Dok termenung dalam flight. Layan sunset atas awan! Subhanallah indahnya awan ciptaan Allah.






Safely landed. Lepas turun kat KLIA2 kitaorang terus naik shuttle bas ke KL sentral. Tiket bas beli skali dengan tiket flight haritu. Kalau nak redah je pon boleh bayar RM10. Lagi jimat dari naik KLIA express.

Perhentian terakhir, naik komuter kembali ke pangkal jalan!... hahaa


Bajet perbelanjaan dan Total damage tiap sorang :


In a nutshell, tamat sudah pengembaraan adventure aku & travel buddies di Pulau Perhentian & Kota Bharu. Satu pengalaman yang sangat best tak mungkin aku lupakan.  Next, mana pulak destinasi bajet yang kitaorang nak redah?? Till then... XOXO


Sometimes when you travel, it's not about the DESTINATION, 
but about the JOURNEY itself.



Toodles!




Comments

  1. ehh macam cantik pulak pasar siti dalam gambar ni..hahaa

    ReplyDelete
  2. eh..ade jual telur penyu? dgr2 tlur pnyu slh disisi undg utk jual

    ReplyDelete
  3. rindu pulak nak balik kelantan :)

    ReplyDelete
  4. Makan tengahari untuk 4 orang RM20++? Wow, memang murah!

    ReplyDelete
  5. tengok gambo ajer malas nak baca coz gamba da menerangkan segalanya

    ReplyDelete
  6. bestkan Kelantan..pernah pergi sana 3 tahun lepas..huhu Salam perkenalan..

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Jumaat Di Kota Mekah

Gunung Silipat, Betong Thailand

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS